Thursday, February 23, 2017

Yusuf Minggu 7 :: Role Play Tak Menjadi

Khamis, 26 Jamadilawal 1438


Kisah Yusuf minggu lepas, hari Rabu baru masuk ke taska semula selepas bercuti panjang kerana hfmd.

Hari Khamis dapat kad rawatan gigi ini untuk diisi oleh mama.
Yusuf dah ketinggalan rawatan gigi semasa dia sakit dulu.

Hari Jumaat - berbaju melayu bagi lelaki. Kebetulan sama warna pulak.
Isnin dan Rabu pakai t-shirt taska, manakala Selasa dan Khamis pakaian bebas.

~ main puppet ~
Jumaat lepas, teacher nak buat 'Role Play Memberi Salam'. Sebelum tu murid-murid diberi puppet untuk bermain. Yusuf pegang elephant rasanya tu.

Selepas itu, murid-murid ni dipakaikan costume haiwan. Setiap orang dengan costume yang berlainan. Mari ler kita saksikan muka-muka comel dan reaksi seorang demi seorang dengan costume mereka ya. hihihi...^__^


anak ayam...chick chick chick ^_~
>
<
>
Tiba-tiba.....

'sang bedal' menangis huhuhu...

'si burung' pun sama melalak jugak!  huwaaaa


'pak belang' tengok kawan-kawan menangis,
dia pun join sekaki meraung...bukannya mengaum!
hehehe

Oleh yang demikian, role play hari itu tak dapat nak buat sebab budak-budak ni menangis tak henti-henti. Dah berhenti menangis pun, mereka terdiam kaku tak nak bergerak dengan costume masing-masing. Nak menghayati watak agaknya, kata teacher T__T.










8 comments:

  1. Haha, kelakarnya bebudak ni, agaknya rasa pelik bebeno kena pakai baju pelik2, riuh rendah agaknya suara menangis tu. Hai, budak2 ni, penghibur hati tau.

    ReplyDelete
  2. Bila pakai pelik pelik tu yang bebudak comel comel tu menangis memanjang.. tapi menangis secara berjamaah la plak

    ReplyDelete
  3. Hihi... tak suka dgn costume itulah aganya mereka itu KB
    Alahai cikgu ni kenalah kenalkan dulu pakaian itu jgn terus sarung ke badan mereka - kesiannyaaa...

    Tak apa cikgu kena cuba lain kali..

    ReplyDelete
  4. comey jer tengok anak-anak pakai baju maskot tu

    ReplyDelete
  5. Hihi.....takut tengok diri sendiri gamaknya. Kelakarkan tengok keletah budak kecik ni kan Rul. Agaknya bila ada kawan yg menangis tu yg menjangkit tu...

    ReplyDelete
  6. hehehe comellah memasing, menangis secara berjemaah

    ReplyDelete
  7. Hahhahaa..
    Gelak akak depan PC ni KB..
    Takut dengan baju binatang tu kot..
    Alahai...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^