Assalamualaikum
Ini cerita hujung minggu dua minggu lepas. Seperti biasa kami berkampung di dusun lagi. Tapi kali ini, di 'dusun kunde' yang tak serupa dusun dek lama ditinggalkan. Hutan banatlah gelaran yang sesuai buatnya. Yang dikatakan banyak 'hantu', hahaha. Jenuhlah atok, cik papa dan adik lelakinya termasuk si Amir mengerjakan pagi-petang. Siap juga akhirnya!
Dah siap dimesin segala rumput, pokok-pokok kayu hutan ditebang, maka teranglah sudah hutan dan semak samun. Petang itu, kami kaum ibu ini menggedik ikut sama membawa anak-anak masing-masing. Sebab yang terutamanya nak mengutip buah cempedak dan rambutan yang dah masak ranum berjuntai-juntaian.
Namun, disebabkan takde siapa yang pandai memanjat, maka buah rambutan yang merah-merah itu ditinggalkan begitu saja. Galah pun tak ada nak mengaitnya! Badan Amir pun berat sangat, sampaikan Atok pun tak mampu nak mengangkatnya ke atas pokok. T__T.
Jadi, kami kutip yang tercapai dek tangan sajalah untuk dibawa balik bersama-sama dengan buah cempedak. Buah cempedak inilah yang aku terlajak peram sampai lembik lemau, tak boleh makan lagi. ~__^. Sabau ajer lah, tengah membilang hari bila lagi nak ke sana, nih!
Moh ler kita tinjau gelagat anak-anak yang diangkut masuk hutan. Mereka ini bukan saja rajin ke sungai tapi boleh juga diharap untuk berkebun ya.
Budak-budak ini kalau sudah ramai-ramai, tak payah disuruh-suruh pun, bukan main rajinnya. Alangkan, mandi sungai pun nak bergather-gather, inikan pula nak memeriahkan suasana bermain kayu. Memang sangat digemari. Semua kayu-kayan yang ditebang, dikumpul dan dilonggokkan. Dah kering nanti, kita bako, kita bako jer. ^__^
Hutan dah terang tu, boleh kome berkejar-kejaran ya. Sambil mengutip dahan yang dipotong, sambil bermain pedang-pedang. Sesekali kena jerit juga dengan aku ni. Mahunya tidak, kalau dah dihayun menghala ke badan orang, memang nak kena marahlah kan. Sabo je lah aku!
Amir tak ada geng nak bermain. Maka, buatlah apa-apa yang patut - mencantas pokok-pokok renik yang ditinggal sebab tak boleh dipotong dengan mesin rumput.
Ok, dah habis kerja. Bukannya buat kerja sangat pun. Main ajer yang lebih. Dah penat berkebun kononnya, marilah kita minum petang dengan cempedak goreng dan serawa durian cicah roti gardenia di dangau. Minum air masak saja. Eh! Yusuf kenapa nampak muncung saja tu?.
Aku, opah dan biras duduk di luar dangau menikmati cempedak dan rambutan yang baru dipetik dari pohon. Wah! enak bangat sih. Gambar tak ada lah ya.
Ini dia geng dusun kunde.
Lepas ni, kome bolehlah berlari guling-guling di kunde kaedahnya, kot-kot terjumpa harta karun, setempayan emas, cepat-cepat jerit mama tau!. hihihi T__T
Untunglah orang ada dusun Kunde....boleh bercempedak dan berambutan gader gader dengan Puan Ibuk....
ReplyDeleteBerkasih sayang nampaknya tu hihi....
Deletekalau dah balik kampung suami kenalah bergather-gather dan berkasih sayanng dengan mertua, mak. nanti tak boleh dapat hasil tuaian buah-buahan dusun pulak menantunya ini. T__T.
DeleteBest nye ada dusun...akak pon ada la...dusun lalang kat tepi dgn belakang rumah..hahaha...pasni nak pi dusun akak la dan kutip lalang buat goreng tepung...meh2 jemput dtg kite kunyah sesama...hahaha...matilanakkk dua2 masuk spital makan lalang goreng ;p
ReplyDeletehahaha kak mel, kalau lalang tu boleh dibuat makan, dah lama saya kutip. nak juga buat goreng tepung. memang bersihlah keliling rumah semua org! ^__^.
DeleteMemang seronok kalau ada dusun.
ReplyDeleteHendak2 kalau musim buah.
Bila meriah macam ni, monyet pun takut.
bukan setakat monyet je takut, org pun tak berani dekat
Deletedah asyik di dusun aje tiap2 minggu hihi
Bagus anak-anak didedahkan dgn situasi berkebun
ReplyDeleteWalau kelihatan main-main tapi sekurang-kurangnya mereka tahu bagaimana utk menjadikan dusun lebih selesa. Nikmat makan kat dusun tak sama makan di rumah kan KB.
hai, budak-budak ni memang suka sangat kerja macam ni kak. melompat sakan mereka bila diajak ke kebun. apa yg suka sangat pun tak tahulah.
DeleteEnjoy juga budak-budak kalau macam ni. Dah namanya budak-budak, kalau ada aktiviti bergather beramai-ramai macam ni memanglah mereka suka. Saya rasa walaupun KB terjerit terpekik, tak boleh lawan jeritan dan pekikan sayalah kot kalau kena bawa anak-anak pergi membersihkan dusun macam ni. Dengan atok-atok, bapak-bapak semua pun kena jerit sama. Hahaha!
ReplyDeleteOi, cempedak goreng lagi. Kenyanglah kome makan cempedak goreng yerk. Kita ni nak nampak seulas cempedak pun payah!
macam manalah agaknya jeritan MD ni ye, hihi. kuat sangat ke? ye lah org over protective memanglah tak hingat dunia dah kalau menjerit ye tak? mesti kerisauan merasuk diri kalau tengok anak2 bermain kayu2 tu.
Deleteduduk bandar susahlah nak tengok cempedak. apa boleh buat. nak ku lemparkan dari KK ni takut tak kesampaian pulak ke KL tu. T__T.