Assalamualaikum
Fuh! Aku baru jer sampai ofis. Pagi tadi ada kerja di Ipoh. Penatnya lahai...
Hari ini kita bercerita kisah diri sendiri pulak lah yer. Asyik cerita hal anak-anak saja, nanti Mak ambil kisah pulak, hihi...[jangan marah, Mak ^_^]
Minggu lepas, aku kan bercuti seminggu. Dua hari di rumah emak sempena hari raya dan selebihnya membuang masa di rumah saja. Tak berjalan makan angin pun sebab encik papa KERJA.
Namun, istilah membuang masa aku tu, dimanfaat sepenuhnya menjadi suri di rumah. Apa yang disimpan, sengaja diselongkar untuk dikemas semula. Mana yang dah kotor berhabuk, dibuka dan dicuci. Memanglah kan, tak ada kerja, mencari kerja pulak!
Buat kerja ni, bukan seorang diri, tetapi dengan satu-satunya anak dara di rumah tu. Anak bujang besar dan bujang kecik mengikut papa mereka. Cuti sekolah melepak dengan papa ajer kerjanya, walaupun katanya papa kerja. Bujang comel saja dengan mama.
Maka, anak yang ada di rumah paksa-relalah kaedahnya menolong mama kerana bab memanjat untuk tukar langsir kenalah orang yang lebih muda, gitu....haha.
Sambil menyelongkar almari untuk mencari langsir, aku terjumpa kain cross-stich yang dah berkurun tersimpan. Zaman tok kadok punya hasil kerastanganku.
Di zaman bujang trang tang-tang dulu, aku rajin bebeno jahit cross-stich. Asal balik kerja mengadap benda alah ni. Banyak jugalah yang terhasil. Yang satu ini, asalnya di rumah emak. Framenya dah pecah dan emak beri untuk buat bingkai baru.
Tapi al-maklumlah, dah kahwin ni, bila diberi buat bingkai pun, rasa malas aje nak ke kedai. Kalau simpan tu, terus buat khazanah harta karun!
Nak tengok ke kome oii?
Nah!
-
-
-
-
-
Amacam? Kreatif tak I dulu-dulu.
Mira tanya, betul ke mama yang jahit ni? Hah, kalau minta mama dia tunjuk skill jaman sekarang ni, alamat anak-anak tak makanlah jawabnya...asyik men'cross-stich ajer nanti, siang-malam. Habislah!
kira kreatif la tu kak cantik je, kalau saya terus tak jadi rasanya tu
ReplyDeleteAkak pun masa zaman takde anak dan anak baru 2 dulu rajin juga buat cross stich ni dan diframe kan tapi bila frame dah rosak ,nak ganti pun sampai skg ni tak dibuat pun...udahnya tersimpan gitu je lh.
ReplyDeleteSkg ni walau banyak masa terluang akak dah tak kuasa nak hadap crossstich tu je apatah lagi mata dah kabur,dah tua ni ,nak cucuk jarum pun terketar..
KB ni memang isteri yang rajin ,masa cuti pun rajin buat kerja tambahan kat rumah ya.
cantiknya...dulu mmg minat sgt buat gini tapi motif bunga ros je
ReplyDeleteBetullah KB kalau zaman anak dara dulu memang mengulek benang dan novel tak sudah. Bila dah ada anak semua macam tak kesempatan rasanya. Tunggulah anak besar sikit KB nanti macam kakak ada balik asal walau tak segigih dulu. Cuma baca buku akan balik semula cuma bukan novellah tapi more ke buku motivasi.
ReplyDeleteCantik hasilnya baik framekan sebelum rosak. Kenangan tu...
cantiknya... saya sebelum kawen..rajin je buat kraftangan..siap wat bisnes... tp bila dah kawen..ntah bila laa da masa nak wat balik semua tu.. tu belum ada anak lagi ni..haha
ReplyDeleteBuatlah frame, sayang simpan mcm tu, cantik tu kalo diframekan.
ReplyDeleteLa, tak sangkalah KB ni kreatif juga rupanya! Habis tu siapa yang nak masuk team kejungtangan dengan saya ni? I m lonelylah cenggini, you know!
ReplyDeleteCantik dah tu katanya hasil kerastangan zaman muda. Kalau nak dibandingkan dengan saya, memang jauh panggang dari apilah KB oi. Kenapa tak nak framekan? Boleh buat kenang-kenangan, at least adalah bukti tangan tu tak keras mana pun sebenarnya!
Buat benda ni kena tekunkan kome!...... Ko ni mesti jenis tekun kan Rul. Bolehlah geng dengan mil mak hikhikhik....Mak ni bukan penekun orangnya KB. Jadi benda benda gini memang tak pernah sentuh. Kalaulah tetiba sawan apa yang hinggap haruslah hasilnya separuh jalan hihi....Dah confirm dah!
ReplyDeleteSekarang ni menurun kat anak. Tak pernah buat kerja sampai habis kalau bab bab kerja kerastangan mcm ni
wah..cantik kak. bolehlah jadi sifu saya. lama dah teringin nak belajar
ReplyDelete