Assalamualaikum
Hari ini sengaja nak tayang pemberian dari boss sempena pertukaran beliau ke tempat kerja baru. Cenderahati buat kenang-kenangan dari dia, katanya.
Cantik tak?
Kain pasang batik dari Terengganu. Ada sepuluh pasang berlainan corak dan warna diminta ambil ikut pilihan masing-masing. Amboi, berebut-rebut mereka memilih corak pilihan hati risau disambar orang lain dahulu. Ye lah, barang percuma kan.
Aku saja yang cool, 'meh yang putih tu, bagi akak'.
Sekarang sudah tak berapa berkenan warna fancy-fancy, terang-terang, corak menusuk kalbu. Beri pada yang muda belia pakai pulak. Aku yang dah tua ni, biarlah yang sedang-sedang saja ya. T__T.
cantik apaaa!! ^_^
ReplyDeleteCantik kan dik, akak memang suka corak dia.
DeleteCantik dik...pasni beli kain ela kaler biru pekat...mabeles :D
ReplyDeleteoh kak mel pun suka biru ek? samalah kita hehe ^_^
Deletebatik trengganu mmg cantk berseni...
ReplyDeleteye lah kan kak, batik terengganu ni special sikit kainnya.
DeleteWahh bekenan lah kat batik tu Kb
ReplyDeleteDah lah akak jauhh nk beli batik trengganu
Telan ayaq lioq sajalahh ni nmpk nya
saya pun jatuh cinta pandang pertama dengan corak ni
Deleteterus minta nak yg ini, lagipun memang bukan pilihan kawan2
terbiar sepi aje atas meja. saya sorang je yg sudi,
takpelah kan...taste org dah berumur camtu lah.
wahhh... cantik... kita dah makin dewasa ni pki yg sebam pun ok kan...hehe
ReplyDeletecantikkan, kalau tanya pada org muda, mereka kurang suka
Deletekatanya, warna suram aje.
Wah ....bulan depan bakal pakai baju batiklah ek Rul....
ReplyDeleteKata org rezeki jangan ditolak, apa lagi sambarlah cepat cepat kan mak....
insyaAllah, kalau dah siap tempah bolehlah pakai batik baru hihi. Tapikan, kita tiap2 hari khamsi memang pakai batik ke ofislah mak. org gomen katakan!
Deletehuiihh, memang kena sambarlah, kalau tak, nanti tak merasa.
bestnya dapat hadiah camni..bukan murah ni..
ReplyDeletebestlah mar, free2 je, boleh buat baju pergi ofis...hihi
DeleteTapi ikut mata kakak pun berkenan pilihan KB tu - cantik/sweet.
ReplyDeleteBoss yg baik akan diingat sampai bila-bila.
Bos ni memang baik orgnya, jarang nak marah2 staff.
Deletemuda pulak tu, pangkat2 adik je dgn kita-kita ni.
Cantik ajelah KB dah namanya percuma orang berikan ^_^
ReplyDeleteEeiiii, kalau saya memang suka warna terang-benderang merelip-relip gitu walaupun tak berapa nak muda dah katanya. Bukan ke kalau pakai warna merah menyala, warna hijau, warna oren tu menampakkan lagi kemudaan kita, KB? ^_^
Ye lah MD kan org kota metropolitan, katanya. mestilah kena liplap-liplap menyerlah gitu kan. hihi
Deletesaya suka juga warna2 macam biru, hijau, maroon tp tak yg menyala2. cuma yg ini tetiba terbekenan pula. T__T.
Bangga jap ni. Tapi batik teganung mmg cantik, kain batik sarung arwah mak akk walaupun dah lama, ada yg dah lebih 10 tahun usianya, tapi corak dan warnanya masih maintain.
ReplyDeleteTrmkasih selalu singgah dan bg akk semangat.
ewah, bangga org ganu ni. boss saya org terengganu. hari tu dia balik lapor diri ke pejabat baru, terus bagi kain ni. cantik kan. saya suka.
Deletesama-sama kak.