Monday, September 19, 2016

Mandi Air Lata Yang Sejuk Bedi

Assalamualaikum

Marilah aku nak bercerita kisah hujung minggu kami. Petang Sabtu lepas, Yusuf, kak Mira dan mama mereka melepak di rumah. Sambil-sambil kami tengah 'bermain' dalam rumah, Pakchu encik papa dan anak-isterinya yang tinggal di Kuantan datang bertandang. Oh, terkejut aku! Dah lah anak saudaranya [encik papa] tak ada di rumah - pergi main bola di Ipoh bersama Amir.

Apa lah yang hendak digebangkan kerana aku bukannya pandai beramah-mesra. Lainlah kalau si suami ada sekali kerana I is pendiam orangnya, hihi ^__^. Mereka sekadar singgah bertandang saja dan menumpang solat sebelum meneruskan perjalanan ke kampung. Lagipun orang yang nak ditemui tak ada.

Ke kampung, aku diajak mengikut sekali, kebetulan Daniel pun ada di kampung juga bersama sepupu-sepapatnya. Dah dapat 'lampu hijau' dari suami, kami bergerak balik kampung. Encik papa dengan Amir pun dari Ipoh terus saja ke kampung untuk berjumpa dengan Pakchu kesayangannya.

Malam tu kami semua tidur di kampung - rumah Makchik. Hoiiiii...alahai memalam di rumah Makchik wajiblah ada 'gebo' sorang satu. Nanti meringkuk tidur dalam kesejukkan lah jawabnya kalau tak berselimut. Sejuknya sungguh tak terkata ya. Bagaikan tidur dalam aircond bersuhu negatif berapa entahlah. Bukan kerana aku yang tulang tak ada isi ini tetapi encik papa yang bertubuh sado itu pun tak tahan sejuk kampung. Nak saja aku menyondol masuk bawah ketiak encik papa sebab sejuk sangat. T__T.

Keesokkan hari, nak mandi pun tak sanggup di waktu subuh sepi'e. Sejuuuk!! Mahu menjerit-jerit umpama dicurah air dari peti ais ke badan. Sumber air di kawasan rumah Makchik ni dari air lata/ air gunung.

Tambahan pula, encik papa dah berjanji nak bawa kami budak-budak ni mandi lata. Maka, anak-anak aku campur sekali sepupu mereka [anak adik suami] pakat-pakat tak mahu mandi pagi sampai lah ke tengahari.

Aku pun sama jugak lah kaedahnya. tak mandi pagi hahaha....tapi janganlah kecam sembarangan pula. cuci muka dan gigi tetap ku gosok ya.

Lepas makan tengahari dan solat zohor, semua dah mengelupur nak ke sungai. Bising! Sapa yang berjanji kenalah tunaikan walaupun letih baru balik dari menebas di kebun, katanya.

Bila sebut aje, jom!....semuanya angkat beg pakaian dan tuala. Tengok, semua sudah get ready, tunggu diajak saja.

Dalam kereta, Yusuf asyik mem'bye-bye' orang.

Byeeee, nak ndi ngaiiii.

Suka sangatlah tuuu. Sampai sungai, dia yang terketar, ketar, akuuuut.....akuuuut.

Yang lain, menggelitis sorang-sorang debus, debus, terjun sungai. Airnya sejuk juga, tapi mandi sungai punya pasal, tetap diterjuni.



Air lata yang sejuk tapi tetap nak mandi juga.


Gambar mandi tak ada lah ya sebab tuan blog pun berdebus terjun juga! ~____^.


p/s: hari ini first day kerja setelah seminggu jadi suri di rumah. Syok betullah duduk rumah, rasa malas nak masuk office. Tambah-tambah pagi tadi hujan, rasa nak jer tarik selimut panjang-panjang. Tapi apa boleh buat, cuti sudah tamat. 












12 comments:

  1. Oitttt..... Salam Aidiladha...Kenyang ke makan daging hihi....
    Mak oiiiiii bestnya tengok air sungai tu KB. Kat kg mak tak de ar sungai jernih cenggitu...Mmg best gedebus tuuuu

    Si Pokchu tu tak inform dulu ke nak datangnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidiladha mak. kenyang tak kenyanglah mak..asyik lembu aje menu saya minggu sudah!
      Saya, kalau sungai macam ni mmg mandi sbb takde org. sejuk aje berendam lama2.
      Pakchu dah informed suami, si suami yg di Ipoh tu tak inform saya...saja jer tau dia tu!

      Delete
  2. Bestnya kat kampung KB ada lata.Kalau tempat akak ada lata macam tu pun akak yang dah tua ni pun gedebus juga lah main air...kan yusuf kan ndi ngai ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...jom kak SI kita gedebus sesama, berkelah pun best kak.

      Delete
  3. SERONOKNYA MANDI PAGI DI LATA WALAU SEJUK TAPI SEGAR BADAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami mandi tengahari kak Paridah. kalau pagi2 dah terjun, mahu keras kesejukan agaknya, hihi

      Delete
  4. Air sejuk tu tanda masih bersih lagi KB
    Apa lagi air sungai yg belum tercemar.
    Tak ramai org lag, memang seharian pun tak apa kalau macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. air gunung kakzakie, itu yg sejuk tu. tambahan pula ianya dalam hutan simpan yg dipelihara. jadi, belum dicemari lagi. diapers anak pun takut nak tinggalkan kat situ, nanti org marah.

      Delete
  5. Kita pun tarik gebo juga, KB. Sejuk ^_^

    Aha, by the highway utara-selatan, kita ada di Seri Iskandar yerk hujung minggu lepas. Entah mana jalan HD bawa masa balik ke KL (ikut kampung, Pokok Sena ke apa entah namanya). Bil nampak sungai lebar besar, main bantai aje kata Sg Perak (sebab geografi gagal) sambil dengan bangga kasi tau itu suami ' One of my blogger friends, katanya masa kecil main terjuk tiruk jerk kat Sg Perak ni tau' ~_^

    Yes, tetiba teringat kat awak tau, KB ^_^

    ReplyDelete
  6. Syiok nya dia gi mandi air gunung. Kat sini, kalau ada pon gi masuk kampung dalam2 nu baru ada dekat2 gunung.

    ReplyDelete
  7. Singgah baca, bukan singgah mandi..hihi

    ReplyDelete
  8. Lama sungguh tak mandi lata... Fuhb.. Blh bayang sejuk bedi tu camne... Hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^