Friday, September 23, 2016

Hep! Hep! KB Tengah Sibuk Ni...

Salam Jumaat...

Lepas balik dari out-station kelmarin, aku sudah kembali sibuk ya. Maka, blog mengalami siaran tergendala sementara waktu demi tuan blog memberi keutamaan pada tugasan hakikinya di pejabat. 

Semalam pun, sudah celam-celum di pejabat dek sibuk mengisahkan hal-ehwal anak-anak.

Pagi-pagi lagi sudah keluar ofis kerana membawa Yusuf ke klinik untuk check-up 18 bulan. Petangnya pula menghadiri majlis bacaan Yasin di kelas KAFA untuk UPKK Amirah. Letihlah teman sehari dua ni!

Nak mengharapkan papa mereka pun, susah juga kerana dia kan spesis yang busy memanjang. ^__^.

Malam tadi, aku hampir-hampir menjadi 'si burung hantu' seperti MD, tapi tak terdayalah. Baru ajer pasang niat, sudah tak lalu menongkat mata. Tidur ajerlah, yang baiknya kan.....hehe

Ok, lah ye, aku nak sambung buat kerja. Sehingga bertemu di lain minggu, assalamualaikum!



"Mama kita sibuk"


Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang! T____T













11 comments:

  1. Ok KB takpe,kerja dan keluarga mesti diutamakan .Kesihatan juga perlu dijaga....

    ReplyDelete
  2. Bizilah ni ek..... Faham, gitulah kalau puan puan yang berkerjaya memang tugas hakiki harus diutamakan.
    Tugas sampingan ni nanti nantilah ye...... Tambah lagi nak layan kengkawan yg kena sawan mcm mak ni haha

    ReplyDelete
  3. Nak buat macamana, KB. Kita ni emak yang berkerjaya. Kalau dah namanya makan gaji, kenalah dulukan apa yang penting. Takpalah, nanti dah senang-lenang goyang kaki di pejabat, kita beramah-mesra semula di alam maya ek ^_^

    Bukan senang nak jadi burung hantu ni KB. Lagi-lagi orang macam kita. Memang most of the time, tak terdayalah. Memanggil-manggil katil tu. Saya pun nasib baiklah dapat cari plan B, kalau tidak pengsan jugalah nak jadi burung hantu walaupun setakat melayan hobi jerk ^_^

    ReplyDelete
  4. SALAM JUMAAT KB..SIBUK2 PUN JAGA KSHTN N DIRI YA

    ReplyDelete
  5. jaga kesihatan kak. begitula tugas ibu2 bekerjaya kan, bertabah ye

    ReplyDelete
  6. KB sibuk ye, patutla lama tk nyinggah ke umh akk. Apapun selamat menjlnkan kewajiban seharian.

    ReplyDelete
  7. Ish, ni memang betul-betul sibuk ni! Dah beberapa hari refresh pun masih entri yang sama ^_^

    Apalah yang disibukkan sangat tu, KB? Bos tak beri izin kelip mata pun ke? Melampau weyh boss ni!

    ReplyDelete
  8. Ha 'alah ....kome dah kenapa mak?

    ReplyDelete
  9. Ha 'alah ....kome dah kenapa mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal jangan kerja muntah-muntah lepas tu senyap setahun udahlahkan, Mak. Bahaya ~_^

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^