Wednesday, September 28, 2016

Kampung Halaman: Jalan-Jalan Tepi Sungai

Assalamualaikum

Cerita tertunggak.

Hari raya Aidiladha, kami adik-beradik perempuan semua ada di rumah emak. Adik-adik lelaki, di rumah mertua. Mana yang dekat, malam baru tiba. Yang mana mertuanya jauh, tak ada lah. Petang itu, tak tahu apa nak buat, kami jalan-jalan di tebing Sungai Perak.


Dulu, waktu aku kecil-kecil tempat ni boleh turun mandi. Jernih saja airnya. Sesetengah tempat masih boleh nampak pasir dan batu. Aku dan adik-adik pun rajin mandi sungai dan acah-acah berenang. Tapi hairan, dah besar panjang, tak pandai berenang!

Malah, zaman emak aku muda remaja, inilah tempatnya untuk mandi dan mencuci pakaian kerana bilik airnya di atas sungai.

Kalau nak 'melepas', bertenggong aje. Terus tinja jatuh ke dalam air. Kemudian, anak-anak ikan pun berenang-renang menghampiri untuk 'mencari sesuap nasi' [hihi, faham ke?].


Sekarang, keadaan sudah berubah.

Sungai sudah dalam dek kerana aktiviti mengepam pasir sungai. Janganlah cuba-cuba nak terjun mandi. Risau, terjun-terjun, naik dah arwah!

Selepas taukeh pam pasir stopkan aktivitinya, tempat ni jadi lubuk memancing. Sampai sekarang, berpusu-pusu orang datang, tak tahu dari mana. Setiap hari siang malam, ada saja kenderaan keluar masuk. Termasuklah suami aku pun sama naik memancing juga di sini.

Waktu kami ke mari pun berderet joran terpacak. Malas nak menyibuk dekat pemancing-pemancing tu, kami naik bot saja lah.

Di situ juga, ada sangkar ikan tilapia. Kalau nak makan ikan fresh, belilah dari penternak di sini.

Oh ya, terkenang semasa dahulu...waktu kenduri kahwin aku, salah satu menunya adalah ikan tilapia goreng cicah air asam. Ikan-ikannya dibawa segar dari sangkar tau! Jenuh jiran-tetangga menyiang ikan pagi-pagi tu. Aku, intai jer di sebalik langsir kamar..^_^.


Dah nak senja, maka kami pun beransur balik. Jalan kaki saja sebab depan rumah aje kan. Sebelah kanan tu, ialah sungai. Tapi tak nampak pulak!














Ini pun satu kepelikan. Bujang comel ni takut naik bot. Takut, takut, sesaja. Tengoklah muka dia, berkerut-kerut. Tak tahulah apa yang dia takutkan sangat. Lagi dia takut, lagi mama dia bawa naik!













17 comments:

  1. Bestnya KB rumah tepi sungai.Selain dapat beriadah dapat juga memancing bagi yang minat kan.
    Wah unik nya orang Perak buat kerja kawen dengan ikan talapia goreng air asam.Mesti ikan2 nya segar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang2 bestlah Kak SI. Kalau tengahari panas berdeting! Tapi pada kaki pancing, setiap masa pun best, hihi

      Kat Perak ni, tak ada lauk-pauk kemestian macam kat Johor tu. Ikut suka tuan rumah lah nak cari kelainan. Kdg2 buat menu masak kampung jer, kak.

      Delete
  2. anak2 la seronok kan, satu pengalaman yang tak dapat di kota raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak2 kota mereka mungkin ada pengalaman baru. Bagi anak2 saya yg hari2 pandang rasanya biasa saja Raihanah...^_^. Mungkin bila dah besar duduk di kota, ada lah rasa seronok balik kampung!

      Delete
  3. Ikan-ikan yang mencari 'sesuap nasi' tu akhirnya ke mana perginya, KB? Kena tangkap balik jadi hidangan dengan sesuap nasi ke? Hahaha!

    Amboi, rare juga menu kome masa kahwin ya! Nasib baiklah jadi pengantin, kalau tidak memang nangis-nangislah kena tolong menyiang ikan. Maklumlah anak dara kena rajin di dapur ^_^

    Kasihana alahai Yusof, berkerut-kerut muka takut naik bot ya. Kalau sayalah, bukan anak-anak yang takut, tapi saya yang takut nak benarkan anak-anak naik bot. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah MD, kalau ikan2 tu dah besar mungkin dah kena tangkap kot! hihi...tak mengapa, itu cerita zaman dahulu, sekarang takde lagi jamban air di Sg Perak.

      Tu lah, kena siang ikan. Nasib, masa adik2 kahwin tak de lagi menu tu. Selamatlah kita.

      Bot tu, bukannya berjalan pun MD. Kami naik nak ambil gambar saja. Dia yg penakut sgt, entahlah kenapa. gayat kot, bergolek2 atas air.

      Delete
  4. Bila nengok sungai besar mcm ni, seriau SB..takot nengok aik sbb tak reti nak berenang. Lagi lah kalau naik bot ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh!, org Sarawak takut sungai ke?

      Sg Perak memang besar SB. Kena berhati-hatilah selalu kalau dah hampir ke tebing, takut jatuh. Airnya laju!

      Delete
  5. Kampung ada sungai macam itu bestnya KB
    Kalau kakak ada peluang macam itu pun rasanya setiap kali balik akan picnik di tepi sungai. Boleh mandi-mandi lagi. Bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matilah kak! Mana boleh mandi dah sekarang. kalau jadi apa-apa nanti, jgn salahkan saya.

      Piknik bolehlah sambil2 campak joran dalam air. Kena ikut masa juga, kalau panas tak best!

      Delete
  6. Hihi....faham sangat mak bahasa sungai kome tu KB...Teringat masa mak kecik kecik dulu, parit jadi sasaran haha.....

    Bila dikenangkan....rasa susahnya hidup kita dulu dulu ye KB. Membasuh kena mencedok air sungai....aduhai siksanya. Tapi yelah..... alah bisa tegal biasa gitu....

    Selepas kome kawen ada ke yg membuat lauk talapia cicah asam lagi? Kalau tak de mmg selamatlah kome ye KB. Bukan senang tu tau nak menyiang talapia, Sisik dia je sekilo ! Huh, mau penyiang pulak yg berganti jadi ikan haha....

    Sedapnya Ikan talapia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, sapa biasa dok sungai pahamlah kan Mak. Tak sangka Mak selalu buat kat parit ke?

      Zaman dah berubah Mak. Skrg kalau kena cedok air sungai lagi, tak tahu sanggup lagi ke tak ni.
      Takde dah tilapia tp keli pulak! Tp org laki2 punya tugas lah menyiang keli. I tak pandai.

      Delete
  7. Hehehe...faham kak, ikan-ikan memcari sesuap nasi kikiki.

    bestnya rumah dekat sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha paham bagus lah!
      Rumah tepi sungai ni risiko banjirlah AA tp selama akak hidup tak situ tak pernah merasa lagi. Zaman emak, pernah.

      Delete
  8. CANTIKNYA VIEW TEPI SUNGAI KAMPUNG KB...TAPI KALAU MUSIM HUJAN BERUMAH TEPI SUNGAI NI TAKUT BANJIR PULAK KAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. View mmg canti kak. Sejuk mata memamdang!
      Mmg betul pun, musim hujan kalau empangan dibuka bersiap sedialah menghadapi banjir. Tp setakat ni belum pernah terjadi sebab tebingnya tinggi.

      Delete
  9. Lamanya ika tak masuk blog akak. Huhu kekangan masa kat office baru buat eka jadi tak sempat nak update. Padahal macam2 nak cito huuu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^