Assalamualaikum
Hari ini cerita mandi lagi. ~__^.
Cuti Aidiladha, encik papa bekerja. Maka, kami melepak di rumah emak. Tidak juga balik ke rumah atok di Ipoh. Di rumah emak pun hanya duduk rumah saja kerana atok terlibat dengan acara korban.
Sebelah petang, adik aku mengajak anak-anak saudaranya mandi di Kolam Renang KK. Aku tak pergi pun. Sangkaan aku mestilah kolam tutup kerana cuti umum tapi rupa-rupanya buka.
Jomlah tengok aksi dan gaya mereka mandi kolam. Tengah minat bermandi-manda, balun lah kome, selagi mahu yer........T_T.
Tukang bawak budak-budak ini pun, berendam di kolam budak.
Selamba dia ajer tak payah pakai baju. Ingat swimming pool di rumah sendiri, ke apa?
Mujur tak kena hambat dengan pakguard.
~ Lima sepupu dari tiga orang emak ~ |
Yusuf tak ada lah sebab aku tak pergi. Amir pun tak mahu ikut. Hanya kak Mira dan Daniel saja yang pergi dengan sepupu-sepupu mereka.
Habis tu, siapa yang mengambil gambar? Oh! sudah tentulah bukan aku ya. Adik aku yang memetik kamera. Itu, isteri kepada si tukang rendam kat atas tu, hihi T__T
Ok, itu saja nak gebang. Tak boleh panjang lebar. Sekarang ni, aku sudah ada bos baru. Beliau suka merayau ke work-station staff, katanya. Maka, kena selalu berhati-hati dalam membuat kerja sampingan ini. Bye (n_n)
'Jaga' kenalah ikut kehendak anak-anak
ReplyDeleteBukan utk gembirakan diri sendiri tapi lebih pada anak-anak sebenarnya KB
Sebab itu mandi tempat anak-anak mandi:)
Hah, tengok siapa yang datang~_^ Walaupun dihalang, tetap juga kita merempit ke sini tau, KB ^_^
ReplyDeleteLegalah masalah dah selesai. Tak payah cerita detail sangat sebab kita boleh tengok gambar di sini ^_^
Seronoklah sepupu-sepapat pergi mandi kolam ya. Takda orang ke masa ni? Macam seluruh kolam tu mereka aje yang punya ^_^
Cakap pasal kolam mandi, dah lama tak bawa anak-anak pergi mandi. Maklumlah kat hutan batu ni kalau nak mandi-manda bersejuk-sejukan (gitu...) kenalah keluar dari hutan!
Hahaha! Baik-baik tertangkap KB ^_^
Anak2 KB mesti terror bab berenang kan bila dah biasa main air.Nampak seronoknya dorang ...kalau Yusuf ada pasti jerit2 dia suka kan.
ReplyDeleteNampak tak Amir jugak yang disebutnya....bujang tersado sangatlah katanya hihi....
ReplyDeleteDulu dulu kan Rul mak rajin gi kolam renang kat Putrajaya tu ha....Nak berenang katanya, exercise. Bayo 3 henggit jer. Puas hatilah..... Lama dah tak pergi....
Tengok air ni mcm kena sawan airlah pulak haha
Kemain seronok lah bebudak kalau dah jumpa kolam, boleh tak hengat dunia..
ReplyDeleteSinggah baca, bukan singgah mandi kolam, haha..
ReplyDelete