Tuesday, September 6, 2016

Alan-Alan Naik Ite

Assalamualaikum

Minggu ni aku sibuk sikit banyak dari biasa. Boss aku hendak bertukar pejabat, balik negeri asalnya. Maka, segala tugas kenalah diselesaikan dahulu sebelum beliau berangkat pergi. Nanti tertinggal tandatangannya di sana dan di sini, susah pula nak cekau nun jauh di Ganu sana.

Oh ya! hujung minggu lepas aku pergi kenduri kahwin dengan anak-anak. Encik papa seperti biasa - kerja, kerja dan kerja. Rumah orang kenduri sederet saja dengan rumah aku, jadi tak perlulah bersusah payah menghidupkan enjin kereta. Maksudnya, kami berlenggang kangkung saja pergi makan nasi minyak.

Waktu petang, kami menghabiskan masa di rumah. Aku pula memulakan tugas sebagai 'pembantu rumah tak bergaji'. Lebih afdal, aku melangsaikan kerjarumah sementara berada di rumah. Risau kalau-kalau encik papa tiba-tiba timbul terus mengajak balik kampung. Pada ketika itu, haruslah kerjarumah ditinggalkan demi kerukunan rumahtangga. Eh! tiba-tiba... (n__n).

Petang itu juga aku sempat menggoreng cucur bawang campur kucai dan taugeh untuk minum petang bersama anak-anak. Bonding time lah kononnya. ^_^. Hari hujan pulak tu, memang mantop sesangat rasanya kalau mengunyah cucur dengan kopi panas.

Sebenarnya perut mama mereka yang keroncong sebab pergi kenduri awal bebeno. Makan nasi pun, normallah kan, mana ada tambah-tambah. Ada hidangan sampingan lain pun, dah berat punggung nak pergi mengambilnya dek Yusuf di atas pangkuan. Memang ada sikit dasar femalas masa tu. Padahal sendiri mau makan!. Tengok aje lah soto di sana tu, tapi tak ada nafsu nak mengambil. T__T.

Bila dah pukul 6:30 petang macam tu, si Yusuf meraung-raung pulak mengajak keluar berjalan. Sambil menangis, tangannya tunjuk ke luar rumah. Ini gara-gara abang Amir, yang keluar nak bermain bola, si adik pun turut nak ikut sama. Berlari-lari adik mengekori bontot abang, tiba di muka pintu, daun pintu ditutup. Apa lagi meraunglah si adik.

Alan....alan..... (jalan, jalan)
Ite.....ite...... (kereta, kereta)

Alahai anak bertuah, malas betullah mama ini nak bawak berjalan dalam hujan renyai-renyai begitu. Agak-agak hujan dah 'seroyat' kata oghang kuale, barulah ada hati nak keluar. Dalam pada tengah memandu kereta, berlegar-legar dalam kepala sama ada nak ke Persisiran Sungai Perak atau ke Laman Budaya saja. 

Tiba-tiba baru tersedar Yusuf berkaki ayam diangkat si kakak masuk kereta. Kasut yang selama ini sememangnya sentiasa ada dalam kereta sudah dikeluarkan semasa pergi kenduri tengahari itu. Aiseyman! tak dapatlah berjimba sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai.

Nak jalan-jalan shopping atau makan-makan? Oh! tidaklah aku. Makanya, aku terus tegak ke rumah emak. Tak kisahlah, janji 'alan-alan naik ite' kan Yusuf. Abang Daniel dan kakaknya  ikut saja ke mana pergi.

Permandangan di hadapan rumah emak. Boleh juga hirup udara petang ^_^

Cadangnya, kami nak sekejap saja di rumah emak tetapi bapak suruh tunggu dulu makan nasi baru balik. Oh! seronoklah mama mereka kerana tak perlu mencari makanan makan malam. hehe. Selesai makan, baru balik. Aku tapau lauk untuk Amir yang tinggal di rumah. 'Taknak ikut' katanya sebab kegilaan bermain bola mengatasi alan-alan naik ite.......hehehe



~kampung boys~













6 comments:

  1. seronok je dia yer dapat jalan-jalan naik keter.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoklah dia, berangin-angin sambil joget dengar lagu dalam kereta. duduk rumah sepanjang hari dia bosan!

      Delete
  2. Manalah Amir teruja sekarang ni nak 'alan-alan naik ite', KB. Lebih baik dia 'jalan-jalan cari awek'! Hehehe!

    Untunglah kome ya. Semuanya 'being sponsored' dari makan di rumah orang kahwin sampailah ke rumah mak. Kalau sayalah duduk dekat dengan emak, memang hari-hari rasanya angkut anak-anak balik rumah emak nak makan! Lepas tu sebelum datang siap call lagi tanya mak masak apa! Bertuah punya anakkan kalau jadi macam saya ni ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari awek? ada ke awek yg berkenan? hihi

      oh memang hari tu saya gantung kuali, tak masak nasi langsung. saya pun samalah MD, kalau rasa malas masak, kadang2 order dari rumah emak jugak, hihi

      Delete
  3. Comelnye lahaiii Yusuf secomel nama nya...akak dulu berangan nak nama kan anak lelaki mikail atau yusuf tapi somi akak x setuju pulak T_T
    Dik bestnye kampong hang ada sungai sume ek...depan rumah je tu...kalau mancing ada ikan x dik..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke kak mel. nama anak saya ni semua suami yg beri, saya ikut saja. nama YUSUF paling pendek antara adik-beradiknya. senang nak tulis dan panggil.

      ha'ah memang best, dok kampung jer saya ni. tak pandai duduk bandar. sungai perak ni kak, mestilah ada ikan, port org memancing lagi!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^