Tuesday, September 13, 2016

100 WISH List Before I Die

Assalamualaikum dan salam Aidiladha!

Sebagai pembuka bicara aku mengucapkan terima kasih kerana kesudian Kakzakie mengtag aku untuk entry ini. First time tau, aku kena tag macam ni! Terkial-kial jadinya, apalah yang hendak ditulis, kalau sampai 100 impian tu! 

Sebenarnya, minggu ini aku cuti hingga Jumaat nanti sempena Aidiladha dan cuti sekolah. Namun encik papa totap kerja, kerja dan kerja. Jadi, waktu ini aku sedang menaip dari bilik hotel bersama anak-anak yang sedang nyenyak tidur. Baru saja habis menonton filem Ahmad Albab bersama Amir. ^_^ Tadi juga aku telah terminum kopi menyebabkan mata aku tak mahu lelap. Oh susahnya nak tidur!.

Makanya, marilah membaca 100 impian KB yang bakal digarap ini. Mampu atau tidak sampai ke-100 tu, belum tahu lagi ya. Tapi demi menyahut tag kakak yang dihormati, menghargai rakan alam maya dan memeriahkan lagi suasana berblogging, akak tulis apa yang termampu ya dik nhhas! 

Sebelum tu, 2 perkara aku nak highlight kat sini:-
1) Ini entri ke-100 KB bagi tahun 2016 dan
Adakah ini suratan atau kebetulan? ^o^

Kalau ditanya, sebelum aku menutup mata, apakah impian yang hendak dicapai? Tentulah tak terkata banyaknya!

Semasa bujang dan belum berkahwin sudah tentu mengimpikan kejayaan dalam belajar, mempunyai kerjaya, menikahi kekasih pilihan hati dan menimang cahayamata bersama suami tercinta. 

Sesudah itu, impian sekarang hanya tertumpu kepada anak-anak kesayangan hati selain tidak lupa juga diri ini masih sebagai anak dan isteri.

Oleh yang demikian, 

1) aku sebolehnya ingin menjadi insan yang mampu membahagiakan orang-orang tersayang sepanjang hayat mereka.

Ingin sekali menggembirakan hati emak dan bapak, membalas jasa mereka selagi mereka masih bernyawa.

Menjadi isteri mithali kepada encik papa kerana syurga di telapak kakinya. 

Membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang tanpa ada anak yang merasa tersinggung dan terpinggir dengan tindak tanduk mama mereka. 

2) mempunyai kecukupan masa untuk merasa lebih kualiti bersama anak-anak dan suami. Kerana selama ini aku selalu terkejar-kejar, patah pinggang tercabut lutut dan basah ketiak dibuatnya seperti tak cukup 24jam! 

3) ingin juga rasanya mendapatkan khidmat seseorang yang boleh membantu serba sedikit hal-ehwal kerjarumah. ⊙_⊙....Kalau dapat seorang pembantu rumah yang baik, alangkah indahnya! Seperti dunia ana yang punya. haha... 

4) mempunyai keberkatan dan kelebihan rezeki supaya aku sentiasa mampu membantu orang lain yang memerlukan. Di samping, sedaya upaya mengumpul harta dan aset untuk diwarisi seolah-olah nak hidup selamanya!

5) dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak membesar di depan mata, mendoakan  kejayaan dan kebahagiakan mereka. Moga-moga keempat-empat anak mempunyai masa depan yang baik dan mempunyai pasangan hidup yang baik-baik juga.

6) Diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah kepada Sang Pencipta seolah-olahnya esok dah nak meninggal.

7) Melangsaikan hutang-piutang supaya tidak membebani keluarga yang ditinggalkan. Biarlah mati meninggalkan harta daripada meninggalkan hutang sekeliling pinggang. 

8) Menunaikan rukun islam yang ke-5 bersama encik papa dan keempat-empat anak. 

9) diampunkan segala dosa oleh Allah swt. 

10) dalam masa terdekat ini, teringin bebeno 'periuk noxxa' sebab boleh memasak sepantas kilat, katanya. >____<

Itu je yang terfikir setakat ini ya adik nhhas. Akak tak mampu nak fikir jauh lagi. Dah awal pagi ni!

"andai kutahu kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku. Andaiku tahu, kapan tiba masaku, ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku"
*tetiba teringat lagu ini*

Masa depan kita belum tentu
tetapi 
impian itu boleh dilakar...
betul ke tak? 


p/s: aku tak tag sesiapa. Mana-mana sahabat yang ingin meneruskan entri ini dipersilakan berbuat demikian.

Sekian, terima kasih.












11 comments:

  1. kalau 100 wish tu insyaAllah memang banyak wish kita. banyak simpan dalam kepala, kalau kita listkan memang banyak sebenarnya

    ReplyDelete
  2. Selamat petang KB
    Alahaiii mmg mcm2 yg kita nak sebelum kita menutup mata kan, pokoknya mesti lah semua yg baik2 ye dak!!
    Sama lah kita KB mestilah nak mengembirakan org tersyg terutama family kan..
    Tersentuh hati bila membaca senikata lagu ~ andai ku tau 😭😭

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha... comel lah sis KB.
    TQVM sebab sporting menjawabnya.

    Hihihi.

    Semoga Allah makbulkan impian kita yang baik2. Insya Allah...

    Aameen

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti KB...Wah kebetulan ya KB...100 yang bermakna.
    Yang no 3 tu ,kalau akak dekat boleh juga jadi pembantu KB....hihii.Akak anak dh besar2 ni banyak melingkar je kat rumah.

    ReplyDelete
  5. Waaah.... thanks dear. Sporting macam ini kakak suka:)
    Moga apa yg diimpikan menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat KB, dulu si nhhas ni penah la jadi sahabat baik alamaya, dia penah dtg umh akk raya 2015, tapi ntah nape mskin lama mkn jauhla pshabatan itu, silap akk kot, huhu

    ReplyDelete
  7. 100 wish memang banyak tu kak, tak terfikir dibuatnya...tapi yang paling tak tahan tu periuk noxxa masuk list kikiki...mintak la en.papa belikan hehehe

    ReplyDelete
  8. Sempat lagi kome nyanyi pepagi bute ni ye KB hihi.....
    No 10 tu mak pun teringin gak ada KB, tp tulah harga dia mak aiiii..... seram mak !! Tunggu lelonglah gamaknya haha

    ReplyDelete
  9. Mata tak lena, sampai boleh menyanyi hah! Yalah, KB. Selagi hidup, memang banyak sebenarnya impian untuk dicapai. Selagi mampu digapai, apa salahnya kita berusaha untuk merealisasikan impiankan!

    Nak senaraikan 10 pun semput, kalau nak suruh senaraikan 100, mahu saya tak tidur seminggu ^_^

    ReplyDelete
  10. 100 wish, byk tu.. jappp, SB pikir dulu apa eh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^