Monday, June 13, 2016

Yusuf Demam Lagi

Assalamualaikum

Alahai panas betul cuaca di luar sana tu. Aku baru saja lepas menghantar anak-anak ke kelas kafa. Masuk ke pejabat semula, baru lah terasa sejuknya.

Hari ni anak-anak dah mula bersekolah. Mata aku ni rasa mengantuknya lahai. Semalam selepas tidurkan Yusuf, aku bangun semula pukul dua pagi lebih kurang. Mula dari itu tak tidur-tidur lah aku sampai ke subuh. Menguruskan rumah yang tak terurus.

Boleh cepat siapnya, tapi dah banyak sangat komersil break, semua jadi lambat sampai bawak ke sahur. Setengah jam kerja, break pun setengah jam juga keadahnya. Yusuf asyik jaga-jaga dari tidur.

Ceritanya bermula hari Sabtu. Pagi aku ke pejabat sekejap ada kerja. Kemudian terus ke pasar membeli lauk-pauk bekalan untuk minggu ini. Balik rumah tidaklah aku terus memasak, bergolek-golek dulu atas katil. Cadangannya petang baru nak mula memasak.

Bila tengahari, papa whatsapp dari tempat kerja katanya 'nanti pukul lima siap-siap kita balik Ipoh'. Tak ada lah aku nak memasak dah kalau begitu rencananya. Aku buatkan agar-agar milo oreo untuk dibawa ke rumah mertua. Itu saja lah pun.

Sebelum ke Ipoh tu, amboi berbondong-bondong makanan dibeli papa untuk kesayangan-kesayangannya. Ayam golek, pecal untuk papanya, bakso untuk ibunya dan air soya untuk satu-satu adik perempuannya. Ditambah tehpeng pior (teh tarik ais) untuk kami sekeluarga. Itu pun nak dibeli kuih untuk papa tersayang tapi udah aku buatkan agar-agar, cukuplah tu pencuci mulutnya.

Sampai di rumah PIL biasa lah kami bersalam-salaman, berciuman lah cucu-cucu dengan atok opah. Maklumlah makbapak 'rajin' sangat membawa ke sana. Tapi Yusuf mula menjerit-jerit bila didukung atok. Tersedu-sedan, terpekik, terlolong. Tak boleh lepas dari mamanya.

Tak boleh lah nak ditinggalkan sekejap dengan orang tak dikenali nya. Kalau bukan dengan mama, kakak atau papanya. Itu saja yang boleh dia percayai. Yang lain jangan cuba-cuba pegang atau ambil. Ha! memang mintak jeritlah jawabnya.

Dengan kakaknya pun kadang-kadang menangis. Kakak pun satu, bila dijaga, kemudian pergi main dengan sepupu sepapat, ditinggalkan Yusuf sorang-sorang. Menjerit lah kawan tu ditinggalkan seorang diri.

Sampailah ke waktu berbuka dan solat maghrib, isyak, terawih memang berkepit aje kami berdua. Aku terlepas lah nak solat berjemaah bersama-sama dek kerana menjaga si Yusuf ni yang tak mahu main sendiri. Bukan itu saja, terlepas juga mamanya dari kerja-kerja di dapur yang banyak tu.

Balik dari Ipoh, esoknya itu (semalam), Yusuf demam. Biasanya macam tu. Ini kali ketiga Yusuf menangis teruk bila jumpa orang tak kenal. Macam jumpa makhluk asing gayanya. Esok mesti demam. Hari Ahad semalam, Yusuf melekat dengan aku dari siang ke malam. Sakit-sakit badan aku dibuatnya. Diberi susu formula, jangan harap mahu kalau mamanya di depan mata. Susu cap gantung juga lah yang sedap di mulut dia.

Kepala sudah dilekatkan cool fever. Lepas hilang cool fever dicampaknya entah ke mana, aku letakkan tuala basah. Kalau cool fever itu pun dicabutnya, ini kan pula tuala basah, lagilah laju tangan mencampak. Ubat jangan sesekali, baru nak suap ke mulut sudah ditepis.

Semalam, bila tiba waktu-waktu petang nak berbuka, aku merengek lah kat papa. 'Pa, yusuf ni dari tadi tak lepas-lepas, apa pun tak masak lagi. Paru dah rebus tapi baru nak masak, Yusuf dah jaga'

Makanya, ke pasar ramadhan lagi kami semalam. Aku kidnap papa dari tempat kerja, terus bawak dia ke pasar. Semua lah terpaksa ikut termasuk Yusuf yang demam ku hangkut jua. Papa dan amir beli nasi kerabu lauk ayam, amirah dan daniel chicken chop. Aku nasi kerabu juga tapi dengan solok lada saja. Air - teh pheng pior sorang satu. Papa air tebu. Selesai membeli ku hantar papa semula ke tempat kerja. Sebelum masuk tu, papa sempat pesan, nanti sahur masak paru.

Pagi tadi dah aku masakkan paru, tapi sudah ada bau yang tak enak pula. Mungkin semalam tu lepas merebus aku biarkan di luar sampai ke petang. Sebab Yusuf menangis lupa terus nak simpan dalam peti ais. Mujur ada sambal ikan bilis kering aku buat pagi-pagi Sabtu menyelamatkan keadaan.

Oh! sahur hari ahad, kami makan lauk yang ku kaut tanpa segan silu dari rumah mak mertua. Antaranya, tempoyak masak dengan ulam keladi lambuk.

Hari ni, Yusuf dah sihat. Udah boleh main-main dengan opah kuale. lega mama hehe....




8 comments:

  1. Kesian KB,akak yang baca ni pun terasa kepenatan KB,Begitu lah keadaan ada anak kecil,apatah lagi bekerjaya memang tak terkejar tangan nk uruskan hal rumahtangga.
    Kesian juga si kecik yusuf ,menangis sampai jadi demam ya KB.Jarang balik rumah tok nenek dia ke.

    ReplyDelete
  2. Kesian kalau anak kecik demam asyik nk bekepitt je mmg tk jdi kerja apa pun tpi bazar ramadhan ada penyelamat jugak tu Kb kan harap lepas ni lega la sikit kan

    ReplyDelete
  3. Memang ada jenis budak yang tak mahu dgn stranger. Belum kenal lagi tu. Tapi bila dah kenal ok aje. Sebab itu tak boleh dan-dan aje terus ambil memang mengamuklah dia. Tapi siapa pun geram kan tengok Yusuf itu yg nak tunggu dia kenal mana boleh tahan hihi... nangis-nangislah janji dapat gomol/cium baru puas:)

    Alhamdulillah dah sembuh pun..

    ReplyDelete
  4. Yusuf memang bijak. Bukan apa, dia nak menyelamatkan mamanya dari kerja rumah kat rumah atok ^_^ Tapi kalau dah namanya anak demam, jangan haraplah dapat bersenang-lenang, ya tak? Cukup tidur pun tak payah ceritalahkan. Memang layu aje mata menahan ngantuk.

    Saya pun macam tu tau. Kalau dah terjaga di tengah malam, jangan haraplah mata ayu ni (hahaha) nak terlelap balik. Boleh sampai ke pagi tak tidur. Lepas tu memekak berkemas itu ini mengganggu orang tidur sebab stress katanya tak tidur!

    ReplyDelete
  5. Budak budak mmg senang nak demam.... Nasiblah demam sekejap je. Legalah awak kan KB...Tulah..... baye baye Yusuf ni kalau demam mmg melekap kat mamalah apa lagi. Bijak Yusuf tu, bagi mama rehat , tak yah tolong kat dapur hihi...Boleh basah baju tu kalau ambik kontrak basuh pinggan hihi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Yusuf dah sembuh dah, kalau aunty nak dukung tak nak ek, tK pa kita main dari jauh dulu hehe..kalau terjaga dan ada mood nak mengemas memang terus je buat kan..

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    salam kenal...

    semoga Yusuf cepat sembuh,...:)

    ReplyDelete
  8. itulah kak kan, kadang anak2 ni memang takmau beregang langsung, tapi kalau saya lagi best takyah buat koje dok kelek anak je lah hahaha...hantu sungguh menantu ini.

    alhamdulillah..yusuf dah sihat, bila anak2 tak sihat ni kita pun susah nak bergerakkan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^