Wednesday, June 1, 2016

Outing Dengan Anak Bujang

Assalamualaikum

Mood berkursus dan kerja luar aku minggu lepas terbawak-bawak hingga ke hujung minggu. Malas benar nak memasak. Maklumlah anak-anak sudah papa mereka sediakan makanan. Aku, cukup masa makanan dah terhidang atas meja. Sungguh nikmat rasanya. Tapi seminggu tu jer lah.

Hari Ahad baru lepas ni pun rasa malas nak masak lagi. Kak Mira ke Melaka, papa sedia maklumlah, kerja. Aku beritahu papa, nak breakfast di luar saja, lepas tu nak cuci kereta sekali. Tahu apa papa jawab?

"Memang elok sangat lah tu"

Kami pun begerak ke kedai makan dekat rumah jer. Selera Kampung namanya. Tengahari memang lauk-pauk selera kampung, ada ikan bakar, pecal dan yang sewaktu dengannya. Tapi pepagi aku tak nampak pulak tang mana selera kampung nye. Atau aku yang dah biasa duduk kampung tak perasan itu memang menu orang kampung kot? Mungkin orang KL, JB boleh tolong jawabkan.

Sarapan dengan tiga bujang. Bujang kecik atas pangkuan. Bujang tiga kerja. Eh! ye ke bujang tiga? Entah-entah bujang 2, bujang 1, atau tak berbujang lagi. Pengsan!!
Yusuf punya sampai dulu. Roti bakar dengan sup cendawan. Sekeping jer Yuisuf makan, lagi satu, mamanya bantai.

Roti Goyang pilihan Amir dan Daniel. Suruh tambah sup cendawan tak nak. Jimat duit mama mereka.

Ini mama punya. Kueyteow Goreng. Tak main roti-roti, tak kenyang.  Paling akhir sampai. Sudah dinasihatkan oleh tukang ambil order, ambil sup atau kari. Kalau yang goreng-goreng lambat siapnya sebab pelanggan ramai. Dek kerana kedegilan, tetap dengan pendirian, nak jugak goreng. Dah anak tekak teringin yang itu mana boleh tapi-tapi lagi. Lagi pun roti Usup kan ada...boleh paw.
Kami makan macam biasa lah. Tak ada adegan-adegan ganjil atau yang mengusik jiwa berlaku. Selepas makan kami beredar terus ke carwash seperti yang dirancang.

Sampai carwash kereta belum banyak. Lega. Semasa mencuci ada dup dap dup dap dalam hati. Amir pun sama. Mungkin terdengar hati mamanya yang meruntun qalbu. Aduii ayat tak boleh blah.

Senang cerita, masa nak mencuci bahagian dalam kereta kami tu...ada sikit rasa malu lah, kononnya. Bujang besar tu lah yang terlebih malu. Katanya kereta orang bersih jer, bersinar-sinar, kereta kita ? dot dot dot....mamanya selamba jer. Ah! biarlah.

Bila dibuka untuk dicuci lengkap pakej, habuk plus debu plus pasir. Astagfirullahal'aziiiiim, mengucap dua kali syahadah orang tukang cuci.

Tahu berapa lama kereta aku tak masuk carwash?

Tiga tahuuuuun!
Apa?? 3 tahun?? Ye tiga tahun. 
kah kah kah...sebelum aku kena kata, lebih baik aku gelak kat diri sendiri dulu
memang teruk perangai kau KB.

Amir : Mama, nanti sebulan sekali cuci lah

Mama : ye lah ye lah, setiap minggu nanti mama cuci, ye nak.

Sekarang bukan anak diamaran mama, mama yang diamaran anak.
Amboi, biasa sangat dia tu! Babap kang baru tahu.


13 comments:

  1. dah besar anak bujang akak.. jue masih kecik2.. tunggu 10 tahun lagi baru anak2 dah sekolah menengah.. salam perkenalan dari jue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan mama jue :)

      anak bujang akak ada 3 tahap, yg besar, yg sedang, yg kecik...

      Delete
  2. Lahawlawala... kakak ingatkan kakak aje yg malas cuci kereta. KB lagi dahsyat kalau sampai 3 tahun, masya-allah! lamanya haha... ini baru betul lanyak habis ni KB. Janganlah gitu KB sayang duit keluar kat aset tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sayang duit kak, sayang masa...hehe. tak lah main2 aje
      saya harapkan suami yg bawa mencuci,
      harap punya harap tinggal harapan jer lah,
      3 thn ke hulu ke hilir baru tersedar dlm mimpi..
      hidup dalam debu rupanya...

      Delete
  3. Hihiii...3 tahun ya KB ,macam tak caya je:-).Patutlah berdebar2 sungguh.
    Jawapan dari suami KB tu rupanya ada makna....:-)
    Kereta suami akak ni pun setahun sekali payah nak cuci ....jadinya sesekali kenalah akak bersihkan sendiri dlm kereta...dlm je ,luar akak dah tak larat.

    ReplyDelete
  4. seronok juga sesekali dating dgn anak2 kan

    ReplyDelete
  5. Saya tak gelakkan pun. Saya ketawa terbelahak aje ^_^ Sampai 3 tahun? Kenapa tak cukupkan 5 tahun? Tak pun habis aje loan kereta barulah cuci sempena tamat bayar hutang kereta kekdahnya. Hahaha! Oppsss!

    Saya pun malas nak basuh kereta. Bukan apa, suami saya tu isikan minyak kereta memang tak nak. Kerja mudah katanya. Tapi bab servis kereta, cuci kereta kena suami yang buat. Tak boleh pergi sendiri, takutlahkan Bangla tu tackle bininya yang dah suam-suam usia ni ^_^

    Paling lama saya tak cuci sebulan bahana tunggu suami cucikan. Itu pun bila pergi saya rasa nak lari sembunyi kat mana-manalah sebab malu sangat. Nama aje lady driver. Saya ingat tak cuci sebulan tu dah lama sangat rupa-rupanya ada orang lagi terrorlah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii mengata tak sayang jari nampak!
      kata lah selagi boleh kata...tak simpan dlm hati pun

      kalau tunggu habis loan baru nak cuci
      risau kereta bertukar menjadi lori angkut pasir pulak

      Delete
  6. hahahha..part cuci kereta selalu dah kena bebel ngan abh...alasan xsempat...yelah sgt xsempat meround p bandar sempat plak...kikii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part cuci kereta mcm leceh kan? Selalu takde masa...

      Delete
  7. hhahaha kak 3 tahun tak cuci kereta..itu kalau saya pun wajib jadi macam tu juga, mujur ada en.azmi yang selalu bawa kereta tu pergi car wash, memang harap dia je la harap saya..kereta pun jadi rak kasut bersepah-seoah, sejak kawin je kasut tak bersepah dah dalam kereta hehehe

    ReplyDelete
  8. Bukan awak jer yg malas masak KB, mak pun sama weyh walaupun surirumah katanya.
    Uiks kosong je ke kuew teow tu....tak tambah telur mata?

    Biar betul 3 tahun? Tak selalu bawak ke keta tu?....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^