Wednesday, June 15, 2016

Lupa

Assalamualaikum

Kisah bersahur pagi semalam.....

Sebelum mengangkat telur goreng ke piring, aku kecilkan api dapur. Selesai diangkat dan diletakkan di atas meja terus berlari ke bilik kerana Yusuf sudah bangun dari tidur. Merengek-rengek menangis takde orang.

Dalam bilik, enaknya aku baring-baring dengan Yusuf sambil susukan dia. Dalam hati.....hai! dahsyatnya menggoreng  telur saja pun boleh berasap sampai ke dalam bilik. Masih tak ingat apa-apa lagi. Terus berbaring menyusukan Yusuf sampai dia tertidur semula.

Keluar bilik, ruang tamu pun berasap juga. Kemudian kejutkan anak-anak bersahur. Lepas tu ke dapur semula....masa ni barulah perasan api tak ditutup!

Ya Allah takutnya, dah berasap kuali. Kalau asap dah sampai ke bilik, dapur apatah lagi. Lagi lah berasap-asap. Beristigfar panjang aku dibuatnya. Patutlah berasap rumah.

Minyak yang sedikit lebihan menggoreng telur tu pun dah jadi hitam pekat likat, hangus. Ngeri betul aku bila mengenangkan hal itu.

***********

Waktu berbuka semalam.........

Balik dari kerja terus memasak. Kami makan nasi lauk sambal udang. Aku tambah dengan sayur kailan. Tiba-tiba teringatkan telur masin, aku rebus telur masin pula. Makanlah kami anak beranak lima orang.

Aku duduk di bawah supaya senang nak kawal Yusuf sambil menyuap dia makan sekali. Anak-anak yang lain di meja makan lah.

Punya khusyuk makan dengan Yusuf, aku terlupa telur masin. Sudah selesai makan, bila nak ambil minuman di atas meja, baru terpandang yang itu.

Kata Amir, ingatkan mama tak nak. Eh! apa pulak mama tak mahu, mama yang masak. Bertuah punya anak.

Tak apa lah, simpan peti ais. Nanti bersahur pagi ini boleh makan semula.

Sahur pagi tadi aku masak ayam masak bali. Seronok sangat gamaknya, first time buat, itu yang sampai telur masin nan sebijik terpinggir dalam peti ais. Aduh!




9 comments:

  1. jadi pelupa pulak hehe selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
  2. part berasap dapur tu akak dah kena berkali2 KB.Yalah dah terlupa nak buat camna kan .Sebab tu sekarang ni kalau masak akak matikan dulu api baru angkat apa yang ada dalam kuali....Memang takut bila tengok dah berasap gitu..
    Takpe KB telur masin boleh buat untuk berbuka ...tapi mujor tak rentung telur tu kan KB.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat semua, mungkin telur tu rezeki malam ni, ayam bali dapat la idea untuk bila-bila nanti hehe..sebab hari ni tak da ayam pulak..

    ReplyDelete
  4. Ayam masak bali bestkan. Saya rasa nak repeat lagilah tapi anak bujang saya tak berapa berkenan pulak! Nasiblahkan janji perut kita kenyang waktu berbuka ^_^

    Bahayakan kalau terlupa ni especially bila bab dapur gas tu. Suami saya pernah buat kerja lupa ni tapi tak mahu mengaku lepas tu dok salah-salahkan kita yang katanya pelupa sangat!

    ReplyDelete
  5. Kalau dah kata LUPA memang tak ada apa yg boleh membantu
    Takat lupa mkn telur masin tu tak apa KB yg bahaya tu lupa tutup dapur...

    ReplyDelete
  6. Lupa memang biasa lah tu KB
    tapi yang bahaya tu kena awas lah jgn selalu lupa tambahan kalau umur dah bertambah macam kaknoor ni kadang mmg macam tu jugak

    ReplyDelete
  7. Pernah jugak berlaku cenggitu KB. Mmg paniklah masa tu. Asap penuh satu rumah dah semestinya. Api dah naik dlm kuali dah. Nasiblah laki tak de, kalau tak mesti dah kena marah hihi...

    Tak pe telur masin tahan lama ...hari ni boleh makan. Tak pernah masak balilah...sedap ke?

    ReplyDelete
  8. Bahaya nya akak.....takut kita baca

    ReplyDelete
  9. bahayakan macam tu, tapi betul kadang2 memang kita lupa sangat2 saya pun pernah jadi macam tu, sampai berasap satu dapur

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^