Friday, June 10, 2016

Lauk Kegemaran

Assalamualaikum

Pagi tadi aku sedar-sedar dah nak dekat pukul lima. Kelam kabut jadinya tau. Nasi belum ditanak, lauk pun tak ada. Cepat-cepat bangun terus ke dapur. Masak nasik, sambil-sambil tu ligat fikir nak masak apa.

Lagi sekali goreng telur. Potong bawang dengan cili padi. Goreng dengan ikan bilis. Itu saja yang sempat dimasak. Makan dengan sambal kicap pedas. Air milo masing-masing. Sementara goreng telur dan bawang tu, nasik pun masak. Kejap ajer. sebab aku masak nasik sikit, cukup-cukup ajer Sebab tak nak membazir lepas tu. Mujurlah Yusuf tak bangun mengkucar-kacirkan keadaan. Sempatlah kami sahur sebelum azan subuh.

Nampak gayanya, sampai 5 Ramadhan ni...hari-hari kami makan telur. Tapi sedap tau. Anak-anak tak merungut pun, suka lagi ada. Tambah-tambah si Daniel, memang favourite dia lah telur tu. Siang malam telur pun tak apa. Syaratnya, telur goreng mata kerbau, yang kuning mesti cair. Tapi kalau aku tergoreng keras pun dia bantai juga, janji telur.

Pilihan kedua anak-anak, menu ayam. Tak kisah ayam masak apa. Goreng pun tak apa. Aku sampai jemu tengok ayam. Kalau pergi kenduri ke atau ada jamuan mana-mana...ayam mesti aku tak ambik sebab jemu. Abang Amir, kalau nampak ayam makannya bertambah-tambah. Mira, Daniel pun sama lah jugak.

Berbuka, kami semalam makan daging masak kurma. Aku tak masak tapi ambik lauk di rumah mak. Mak aku masak banyak jadi aku paw sikit bawak balik. Selain tu, ada sayur campur. Itu ajerlah makan berbuka kami selain buah kurma.

Pagi tadi suami aku si papa, dah bagi pesanan penaja. Mintak beli paru untuk makan hujung minggu ni. Bukan setakat paru aje, tapi katanya kalau ada ketam ambil lah, atau pun kalau takde ketam beli udang. Bagi anak-anak makan. Nak masak apa belum difikirkan lagi. Kita beli aje lah dulu ye apa yang diperintahkan tu.

Paru memang kegemaran papa. Selalu aku goreng, kemudian buat sambal kering-kering. Atau kadang-kadang kalau dah malas sangat goreng tepung ajer. Guna tepung goreng ayam tu. Sedap jugak lah.

Anak-anak aku kalau paru, daging mereka kurang sikit minatnya. Kena tengok menu, kadang-kadang boleh terima, kadang-kadang langsung tak mahu. Kalau diletak ayam, daging, ikan, seafood atas meja.....tahu lah aku mana yang mereka pilih. Dah tentu seafood dulu, lepas tu ayam. Daging tolak tepi. Ikan lagi lah, pandang pun tidak agaknya. Tapi jangan keli lah ye. Mungkin itu dulu jadi rebutan mereka.

Itu lah kisah makan anak-anak. Selalu mereka jarang sangat nak merungut apa yang aku masak. Apa yang dimasak, makan aje.

Mamanya, semua makan. Tak ada kegemaran. Tapi kalau diberi pilihan, aku suka lauk-lauk kampung. Kelmarin dengan muka tak malu, aku tanya akak cleaner pejabat, kat rumah banyak tak pucuk ubi. Katanya ada, nanti Jumaat kak bawak.

Pagi tadi bukan setakat pucuk ubi kayu dibawaknya, pucuk paku, limau nipis serai kunyit dihangkutnya bagi aku. Seganlah pulak kan. Tapi apa kan daya, orang dah bagi, ambik aje.

Rasa nak masak lomak cili padi pucuk ubi esok, tapi tengoklah macam mana nanti.
Eh! kalau buat pecal pun ok.
Tak pun rebus aje cicah sambal belacan pun sodap! 

Dah siap-siap park dalam kereta sebab malu, kawan tanya apa tu, apa tu. Besar tau plastic bag dia, haruslah malu.




8 comments:

  1. Amboi kak bestnyer sayur kampung tu, saya pun suka pucuk ubi,celur cicah sambal belacan pun jalann

    Saya lagi teruk kak, akk masak juga nasi goreng telur untuk sahur, saya ni dah 2 kali sahur suami makan oat je dengan biskut

    ReplyDelete
  2. Kita ni tukang masak biasa memang ikut selera yg mahu makan KB. Ikut aje perintah. Bila tengok mereka makan dgn selera kita pun boleh senyum puas. Macam telur/ayam selagi anak suka tak ada masalah buat ajelah. Telur mata kalau panas letak kicap memang sedap:)

    ReplyDelete
  3. kalau bulan puasa ni mmg stanby telur...
    kalau tersasar goreng telur je

    ReplyDelete
  4. Anak akak Iman dengan Azim memang suka mkn telur ,kalau boleh sahur dan berbuka mesti ada.Gitulah juga suka telur mata,kalau boleh nk agak cair...lepas tu Iman makan kuning je ,..ditinggalkan tengah nya berlubang ...huhuu.
    Bagus anak2 KB tak cerewet makan,Iman susah nk bagi mkn sejak baby lagi sampai la ni.
    Sayur kg lah sedap kan KB...baik hati pd cleaner yg memberi tu ya.

    ReplyDelete
  5. telur kat rumah kaknoor mmg tak pernah putus KB
    anak2 suka makan lagipun projek kuih selalu je anak2 minta

    ReplyDelete
  6. Samalah kita. Hari-hari tengok ayam. Jemu dah. Nak masak apa pun tak tahu. Tapi sebab anak-anak suka, kenalah akur! Kalau yang lain-lain tu mereka memang kurang minatlah.

    Saya pun pagi tadi bangun sahur siap garu kepala lagi tak tahu nak masak apa. Walaupun malam sebelum dah tanya suami dan anak nak makan apa untuk sahur, tetap jugalah konpius! Last-last minum Milo cicah roti ajelah! Si bujang makan biskut Oreo aje!Dah berbuka pun sebab sakit perut pagi ni!

    ReplyDelete
  7. Mak kalau paru mmg jarang sangat masak sendiri KB....Kalau teringin nak makan, beli aje Rm5 henggit mmg puaslah meratah. Pandai jugak ye En Papa request request lauk cenggitu. Laki mak tak pandai, apa hidang dia makan je.

    Budak budak mmg gitu agaknya KB, sama je ngan anak mak ni, Seafood ngan ayam mmg win, yg lain boleh je makan tapi kalau dah tak de lauk sangat kot

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^