Thursday, June 16, 2016

Kisah Anak Teruna

Assalamualaikum

Hari ni tak laratnya aku. Pagi tadi bangun sedar-sedar sudah allahuakbar allahuakbar.... Apakan daya sudah terlajak tidur. Kesian pada anak-anak aku berpuasa tak bersahur.

Sampai di pejabat komputer pulak mogok. Tak tahulah apa salahnya. Tak boleh on. Apa lagi membuta lah aku di meja sendiri. Ternguap-nguap menahan mengantuk.

Aku sebenarnya tak idea nak bercerita ni. Entah lah apa yang nak diborakkan ye. Mood pun dah ke laut. Aku taip saja apa yang terlintas di kepala kaedahnya

Halnya kisah pagi tadi. Bila dah lambat bangun, maka semua kerja jadi lambat. Kelam kabut nak bersiap ke sekolah. Tercari itu tercari ini.

Paling ketara Si Amir. Kerana tak puas hati tak bangun bersahur, dia sengaja melambatkan bangun tidur. Katanya, Ma, lapar ma. Hari ni dah lah sekolah. Tak sahur. Lapar.

Beza dengan adik-adiknya. Relax aje walaupun tahu tak bersahur.

Memang lah aku kesian. Mak mana yang tak kesian tengok anak berlapar kan.

Lepas tu pulak semasa nak masuk kereta dia mencari kad bas (tambang bulanannya) hilang. Dicari-cari, rupanya dalam poket baju sekolah semalam yang sudah dibasuh dan dijemur oleh mamanya. Memang marah sangatlah dia pagi tadi.

Tapi si amir ni, wajahnya memang nampak ganas, segak dan bergaya katanya tapi hati taman bunga.

Hati mudah sangat tersentuh. Kalau dulu masa di sekolah rendah, senang sangat nak keluar airmata. Tak boleh lah papa menyakat sikit, mengalir lah air matanya. Dah nak akil baligh ni baru lah nampak kurang kelembutan hatinya.

Jumaat lepas, masa cuti sekolah dia di kampung rumah emak aku. Lepas solat terawih, sebelum balik dia lepak-lepak di luar surau dengan anak jiran emak aku. Kawan sekolah dia jugaklah.

Tiba-tiba ada satu mamat ni, lalu dengan motor tak semena-mena membaling mercun bola ke arah mereka. Meletus di kaki mereka. Apa lagi menjerit lah dua anak ni.

Balik rumah menangis. Dah form two pun menangis ok. Maksud dahsyat sangatlah sakitnya tu kan.

Abang Amir kena di badan satu das, di kaki dua das tapi panjang-panjang. Kawannya yang banyak kena. Jari-jari kaki dan tangan.

Kesannya teruk juga, macam dicucuh api rokok. Bila terkena baju/seluar memang akan melekat. Tidur pun susah. Asyik mengerang kesakitan aje. Walaupun sebenarnya takde lah sakit mana.

Bila diceritakan pada papanya, bukan dimarah anak orang. Tapi anak sendiri yang kena tazkirah dulu. Menjawablah si abang amir membela diri.

Selalunya memang begitulah kami, sebelum marah membuta tuli, anak-anak sendiri disiasat dulu.

Makbapak kawan dia tu pergi ke wad kecemasan untuk rawatan. Tapi amir aku tak bawak pun. Sapu dengan minyak kambing gurun kepunyaan atok Ipohnya. Dah elok pun lukanya.

Amir ni bertuah kalau nak pergi hospital. Belum apa-apa dia dah nangis dulu. Taknak masuk wadlah, taknak itulah, taknak inilah....mengada-ngada lebih mengalahkan adik-adiknya!

Terbaru-beberapa hari sebelum Ramadhan memancing dengan papa. 








9 comments:

  1. Wah besarnya ikan pancingan amir tu KB..
    Ikan apa tu..

    Tu lah budak2 sekarang kan..
    Suka2 baling mercun tak tahu keselamatan org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan mekong kata mereka. Ikan kolam kak, dah dapat lepas balik...
      Tak semua budak begitu kak. Yang ini mmg sudah terkenal dgn kenakalannya yg tiada tolok bandingan

      Delete
  2. Wahhhhh besaqnya ikannnn..... Stok seminggu tu KB hihi....puas hang makan sorang KB, anak anak tak suka sangat kan....

    So far mak lum tertinggal sahur lagi. Kunci jam 4.15 tapi mata automatik terbukak time ni.....

    Manja kot abg tu. Anak sulunglah katakan....Abg tgh melalui zaman peralihan ke remaja tu. Kacau bilau sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mak, saya pun tak makan ikan sebesar gitu. Nak pegang pun takut apatah lagi nak meratah.
      Tu lah, yg sorang ni mmg terlebih manja agaknya. Tp dia tak ngaku.

      Delete
  3. Pada kakak memang abg tak salah dah mampu menangis apalagi mengadu dgn mamanya. Budak yg baling mercun tu patut kena 'diajar'. Inform pada parents dia sebab kakak percaya parents dia tak tahu perlakuan 'jahat'anak dia. Bermain bukan itu caranya KB. Eh... kalau kakak memang tak terima anak kakak kena. Ingat senang ke nak dpt anak? Hee... kan kakak dah membebel.

    Tu ikan besar masak apa KB? Masak asam pedas ke gulai sedap juga tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya je dah membebel kak, seluruh keluarga saya pun bising dgn budak tu. Adik saya dah report dgn parents dia tp jenis membela anak sendiri. Kita ckp 1, nti dia balas 10...susah nak cakap kak. Anak2 mereka ni mmg sudah terkenal merata kampung jahatnya.

      Ikan tu, dilepaskan balik ke kolam. Tak sapa yg sudi nak makan. Kalau dibawak balik, agaknya saya campakkan ke sg perak aje, hahaha.

      Delete
  4. Amir baru melangkah remaja tu yang masih jiwa lembut lagi mudah nak keluar airmata.
    Melampau betul budak yg campak mercun tu kan...tak pasal2 Amir dgn kwn nya yg cedera.Kalau suami akak bab2 anak ni memang teruk lah mamat motor tu dicarinya.
    Perghhh,tengok ikan besar gitu nak dibuat lauk pun takut kan.

    ReplyDelete
  5. anak2 ni kan macam2 ragam, muka dah cukup ganas tapi hati ada taman..hehehe sait tu kena mercun bola, apalah nak buat macam tu, tengok kat mana tah tadi budak kena mercun bola, teruk sangat lukanya tu

    wah besarnya hasil tangkapan tu

    ReplyDelete
  6. Wah! Kalau saya ni memang marah betullah! Suka-suka hati aje nak campak mercun kat anak orang. Kalau berlaku apa-apa, siapa nak bertanggungjawab? Kita jaga anak baik-baik, boleh pulak orang buat anak kita macam tu. Walaupun katanya takdalah sakit sangat, sakit jugalahkan KB kalau dah kena. Mestilah nak bermanja dengan mamanya. Anak saya pun macam tu perangai. Kena gurau kasar dengan Daddy pun, dah meleleh air mata mengadu kat Mommynya.

    Huish! Kus semangat ikan! Besarnya! Ni kalau tertangkap, memang nak lepaskan balik pun saya takut. Geli pun ya juga tengok badan kus semangat ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^