Tuesday, June 21, 2016

Iftar Di Restoran

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta 'alam. Sudah hari ke-16 kita menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan baik dan doa-doa kita dimaqbulkan.

Semalam papa ajak kami berbuka puasa di luar. Eh! macam tak percaya kan? Eh! Eh! Apakah? Apakah?

Agak-agak dia baca ke entri aku semalam yang konon-kononnya bermadu dengan kerja? Tapi laki aku tu bukan jenis baca blog pun, entah tahu entah kan tidak aku meng'update blog.

Tapi aku suspeklah kan ada orang lain  tukang sekodeng untuk dia niiiiii, lepas tu hantar laporan....boleh jadi ke macam tu? Entah lah tak baik tuduh-tuduh orang.

Atau memang papa sudah mendapat hidayah untuk berbuka puasa bersama-sama.
Wah! ini sudah lebih. Pernah apa kami berbuka puasa bersama. Masa di rumah makbapak dia minggu pertama dulu sampai demam-demam si yusuf, rumah makbapak aku ahad baru-baru ni. Tipu lah tu cakap tak pernah, kan. Kalau papa tau mati aku kena hempuk dengan tong gas. 

Dalam pukul tujuh kami gerak dari rumah. Makan kat kedai siam je pun. Pilih yang dekat-dekat aje supaya nanti senang balik nak kejar maghrib. Tetapi masakannya haruslah sedap. Kalau tak menepati citarasa, tidaklah kami jejak ke sini.

Masa sampai tu anak-anak dengan mama mereka terus mencecet masuk restoran. Lupa pulak nak tunggu papa untuk masuk beriringan. Bila tuan kedai tanya, meja yang mana satu. Entah! manalah akak tahu dik. Tunggu tanya bos, kata aku.

Oh! rupa-rupanya big bos dah siap order. Makanannya pun dah siap terhidang atas meja. wah! wah! bagus sungguh papa ni. nanti buat lah selalu ye. [bawak makan luar baru nak puji]
Menu pilihan tak lain dan tak bukan semestinya nasi putih dengan lauk. Ikan siakap tiga rasa, udang goreng tepung, telur bungkus, tomyam seafood, kailan goreng ikan masin dan sambal belacan/timun. Buah tamar disediakan percuma. Air tembikai laici satu jug.

Takde ayam pun tak apa, janji ada seafood dan telur. Makan berselera hingga licin semua pinggan. Sampaikan mama mereka sekor udang pun tak merasa. Adeh! Takpe takpe makanlah anak-anak, mama tak kesah. Mama dah banyak makan garam udang dari korang.


Bila makan di luar ni, memang tugas akulah menjaga si yusuf. Sebelah tangan makan dan sebelah lagi memegang dia. Ni nampak aje duduk elok-elok tersengeh macam kerang. Kejap aje tu. Tak mahunya duduk diam. Melompat-lompat dalam kerusi. Menghempas badan ke penyandar. 

Kita yang tengok naik seriau, risau terlentang dibuatnya. Dia, relax-relax aje bergumbira. Menegur orang, menegur kucing. Macam tu lah. Disuapkan nasi, diluah semula. Tangan dok meratah udang goreng tepung aje. Lepas tu menghabiskan air minuman mama sampai ke sudah.
Dua anak ni, bila diajak bergambar, senang. Suruh posing, posing. Jangan abang besar. Bila diacukan kamera hp, mulalah....eh mama, tak yah lah. Kalau mama nak gambar amir, ambik yang dalam hp amir. Banyak yang smart-smart.

Yang dalam hp dia tu, nak buat apa. Itu lah amir, kalau gambar nak yang bajet macho aje. Yang nampak kacak dan bergaya. Tapi semalam, papa mintak tolong dia ambilkan sudu untuk cedok buah laici pun tak mahu. Kacak tapi malu. Mira juga yang senang. Bangun terus mintak sudu.

Masa makan, papa tak cukup nasi. Off courselah papa kena makan dua portion baru kenyang. Papa tanya, amir nak tambah nasik tak? Amir jawab taknak. Sebenarnya kami tahu dia nak menyelamatkan diri dari disuruh mintak nasi tambah. Malu.

Tolong mira, mintak satu pinggan nasik lagi. Segera mira pergi ke kaunter kemudian bawak nasi. Ok jer apa yang dimalu sangat entah. Memang selalu begitu, asal disuruh amir je, mesti mira dengan daniel kena ambil alih tugas dia. Tapi kalau bab makan, itu dia laju.

Papa ambil separuh je nasi tambah tadi. Akhirnya sapa yang habiskan nasik tu.....amir jugaaaa! Udah dia aje yang lalu, habiskan lah daripada menjadi sahabat syaitonnirrojim. Membazir.

Kemudian kami tergesa-gesa balik.

Masa nak bangun balik tu, mira cakap, mama takde ke lauk nak bagi kucing ni...dia lapar. Alahai, kesian pulak.

Tu, bagi dia ekor ikan tu.

Kami pun beredar.

13 comments:

  1. Bukan main puji lagi eh sebab dapat 'jemputan' makan di luar. Untunglah boleh gantung kuali, tak payah masak. Samalah anak bujang saya pun pemalu tapi takdalah seteruk ni. Kalau saya suruh memang dia kena pergilah. Kalau tidak, kena jegil ler ^_^

    Ada anak kecil memang macam tulah. Makan pun terkujat-kujat tak kenyang. Tapi takpalah, mamanya dah banyak makan udang berbanding anak-anakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh puji kena lebih baru lah kembang setaman cik abang yg bawak belanja makan tuu.
      Anak bujang saya tu sbnrnya malu terlebih campur malas. Ha itu baru betul
      Bwk anak makan luar itu yg ruginya, takleh makan sampai menghayati. Apa yg ada depan kita itu aje yg boleh dicapai.

      Delete
  2. puasa tahun ne baru sekali je fae makan i mean iftar di restoran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa hari lg puasa ni, boleh lah mkn di luar lagi kan

      Delete
  3. amboi seronoklah dapat makan dekat luar..haaa siap puji2 lagi cik abg tu,lepas ni konpom dapat berbuka kat luar lagi, hmm...mesti ada yg tolong sekodeng blog nih agaknya kak, tapi ok juga macam tu kan..

    ada anak kecik memang macam tu kan, nak makan pun jenuh menepis, tapi kalau saya kak saya makan dulu suami yang tengokkan anak..hehehe penuh perut sendiri dulu la, kalau lapar yang melampau jatuh fengsan saya ni niaya dia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak2 je ada org sekodeng tu..dulu2 mmg ada. Skrg tak tahu org tu masih rajin ke tak
      Kami kalau makan,bersama-sama. Takde pulak istilah ko makan aku tgk, aku mkn ko tgk gitu. Lain org lain cara nya kan ilah.

      Delete
  4. Yalah KB suami KB tu nak topup balik masa2 dia bersama keluarga tu sebab ada suprise ifftar kat restoran.
    Abang Amir pemalu ya KB...biasalah budak sedang melangkah remaja .Memang best Mira semua boleh kan...
    Memang agak sukar kalau makan kat luar bila ada anak kecik ni.Masa anak2 akak kecik dulu kalau makan kat restoran suami akak yang pantau ,akak relax je makan...hihii.
    Amboi yusof bukan main sukanya ,tersengih lucu gayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala ada masa free tu boleh lah buat gini kak.
      Amir bab2 mmg pemalu tp bab makan laju
      Mira dgn papanya apa2 yg disuruh semu rajin
      Untung akak, suami rajin layan anak. Biasa kami kalau makan,sama2 makan takde tunggu2 dah.

      Delete
  5. Wahhhh.....harus kenyang sampai sahur tu KB, maklumlah tak payah berpeluh ketiak hihi.....

    Laki mak kadang kadang rajin gak skodeng blog bini dia. Bagus jugak tau KB, kalau agak agak malu nak mintak depan depan silalah mohon dlm blog hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weyh mak belasah aje buat jejemput kurma tu.....Ambik kurma buang biji dan blend selebihnya koyak koyakkan buh dalam tepung...Banyak mana ko belasah jerlah KB hihi....agak agak...Gula tak payah sebab dah manis. Mcm jejemput pisang jer buatnya

      Delete
    2. Alamak mak, kenyang waktu itu aje lah mak. Sahur kena membasahkan ketiak pulak.
      Takde maknanya tulis blog utk tuju kat suami, dia bukannya rajin baca pun.

      Delete
  6. Iftar di luar memang best jugak sekali sekala kan KB
    mengiratkan ikatan kekeluargaan jugak tu
    Sbb duduk semeja kalau di rumah mesti ada yg nak duduk dpan tv lah
    atau spot2 fav kan
    alhamdulillah rezeki lah tu kena belanja oleh hubby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kaknoor, duduk bersama2 baru ada kemesraan gitu. Berkat rezeki tu kan hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^