Wednesday, June 22, 2016

Berumahtangga Di Tempat Kerja Lagi

Assalamualaikum

Sebenarnya lah kan, apa yang aku gembar-gemburkan tak pernah berbuka, bersahur bersama-sama satu keluarga tu kurang tepat jugaklah. Yang paling tepat ialah jarang-jarang. Nanti dikatakan asyik merungut aje dan tak bersyukur pulak. (insaf)

Sabtu lepas, sebaik saja keputusan PRK diumumkan....mama dengan anak-anak ni mendapat jemputan ke tempat kerja papa.

Katanya, marilah ke sini, dah ramai yang checkout balik. Aku pun setelah dipikir-pikirkan semasak-masaknya, memberi kata setuju.

Anak-anak pun, bila tahu papa mereka mengajak ke sana,  mulalah....
Jomlah mama,  jomlah mama

Maka, selesai saja memberi salam tahyat akhir, kami berangkat ke tempat yang dinyatakan tadi.
Sebelas malam tiba di sini. Abang besar seperti biasalah bila cuti sekolah suka duduk dengan emak aku. Sudah dihantar gambar ini pun, tak ghairah lagi nak mengekor. katanya takpelah amir nak duduk sini (kampung).

Lepak sini, aku boleh bersenang lenang melunjur kaki tak perlu bersusah payah buat kerja. Rumah tak bersepah. Tak payah susah-susah nak memasak. Jimat bekalan air dan elektrik. Sudah pasti perkara utamanya meluangkan masa bersama-sama papa lah kan.

Memang bersenang lenang aje lah. Apa lagi nak dibuat sementara menunggu mata mengantuk. Anak-anak bermain ajelah. Berlari-lari berkejaran, melompat, memanjat sofa sesekali terjerit-pekik bila ada yang tergigit ekor. Nak menonton astro takde channel pilihan hati. Jadi begitulah jadinya.

Tengah duduk-duduk tu, papa masuk bawa benda ni.....nah! katanya.
Amboi, baru menang terus edar kuih raya. Nak meraikan kemenangan besarlah gamaknya tu. Diorang tak tahu bahawasanya lakibini ini tak ada menyumbang satu undi pun. Dah diberi kita ambik aje lah. Kenduri kuih raya kami anak beranak malam tu. Papa usah tanyalah, dia di ofis.

Anak-anak main aje kerjanya. Selagi tak tidur selagi itulah bermain tak sudah. Aku nak tidur pun tak boleh kalau si yusuf tu masih aktif. Kalau di rumah sudah lama diulit mimpi. Ni kalau dah berubah tempat, mulalah seronoknya lain macam. 

Dah pukul 12, masih nak bermain tak boleh jadilah. Kena tutup lampu baru masing-masing senyap dan terlena sendiri termasuklah mama mereka. Tak tahulah pukul berapa terlelapnya.

Sedar-sedar papa kejutkan aku.
Bangun-bangun, jom sahur......aduh! baru  pukul satu dua pagi sudah diajak bersahur.
Bangun jugak lah aku. Anak dara sorang tu, dah siap sedia di meja nak makan. Rupanya,  dia tak tidur sampailah papa masuk bilik. Maklumlah anak papa.  Mereka keluar berdua-duaan membeli makanan. 

Daniel dah tidur mati, dikejutkan pun tak sedar-sedar. 

Lepas sahur tu buatlah apa-apa yang patut kan. Lepas tu aku tidur balik. Tapi pukul lima bangun lagi aku mengejutkan daniel pulak. Bersahur aku lagi sekali buat kali kedua. Yang lain dah tak nak bangun.

Memang kacau bilau tidur aku dibuatnya.
Masa ni aku tengah temankan daniel bersahur. Sambil-sambil tu dia bagi soalan cepu emas, susah juga mamanya nak menjawab.

Mama, kenapa tak beli kari-kari ranggup?

Papa yang beli. nanti kalau makan tengah-tengah malam, kari-kari tu tak rangup dah. makan ajelah burger tu ye.

11 comments:

  1. Walaupun dalam kesibukan tugas suami KB ingin selalu meluangkan masa dengan keluarga sebenarnya .Kalau dah dekat senang nak jenguk2 kan.
    Awalnya dah diajak bersahur ya KB...oklah tu masih panas2 lagi makanan nya.
    Sebenarnya akak kagum dengan KB walaupun berkerjaya dapat menguruskan anak2 dan rumahtangga dengan baik walaupun suami jarang disisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lah, kalau sempat dia lari2 jgk balik. Kalau tak dapat mcm ni je lah.
      Takde apa nk dikagumkan dgn saya kak. Biasa je. Saya lagi bangga dgn akak, anak2 bijak2 belaka.

      Delete
  2. Memang best kalau dapat tidur rehat kat hotel kan KB. Kita tak penat....baring je kerjanya. Untunglah laki kerja duk hotel sepanjang tahun hihi... Hotel ada buat sahur tak KB?

    KFC ni kalau lama tak makan, bikin tekak mengidam kan. Jadi mak gitulah KB kena korbankan semuanya. Nak buat macamana...
    Si abang tu suka betul duk kat kg. Apa agaknya yg best sangat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat situ ada sediakan sahur tp suami tak bwk kami makan kat situ. Katanya itu utk guess. Diorang byr bilik kan. Kami ni percuma aje.
      Oh abg mmg jiwa kampung. Lagi2 mak saya tu dah mcm mak angkat dia. Tu yg best sgt tu.

      Delete
  3. Pada kakak oklah macam ini KB. Semua dpt kumpul sama. Bukan makanan yg utama tapi rasa bahagia dan ceria itu yg buat 'kenyang' dia lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je caranya kak kalau nak duduk sekali. Kalau malas, duduk rumah je lah melayan diri sendiri.

      Delete
  4. seronok juga kak sesekali macam ni, kalau saya tu tido je terus hahaha, tapi ye lah anak2 takde sape tengok pulak, nak pula sikecik tu kan. oh abang besar seronok duduk dikampung ye.

    sempat lagi tu minta kari2 rangup ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, budak2 ni cepat sgt terpengaruh dgn iklan. Kami ni yg dah old timer selalu order yg biasa2 aje.

      Delete
  5. Ada peluang kita berehat..
    Kita berehatlah di otel ye KB..
    Boleh lunjur2 kaki..
    Kalau akak pun tak lepas peluang hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut hati malas juga nak berpindah randah ni. Tp ingat nak duduk sama, mmg kena rebut peluang yg diberikan.

      Delete
  6. Ada peluang rehat, kita rehatlah. Kalau kat rumah, memang jangan haraplah nak bermesra dengan perkataan 'rehat' ni. Perbuatan merehatkan diri apatah lagi, memang takda dalam kamus mak-maklah senang cerita.

    Saya pulak kalau tidur kat hotel ni memang susah nak lena. Takut hantu kotnyalah yerk ^_^ Bersengkang mata bawa ke awal pagi. Itu aje yang tak tahan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^