Monday, June 27, 2016

Aku Buat Jemput-Jemput Kurma

Assalamualaikum

Minggu lepas, bila ada kawan alam maya sebut pasal jemput-jemput kurma, eh! terkejut jakun lah aku ni. Seumur hidup tak pernah dengar 'jemput-jemput kurma'. Apalagi nak memakannya kan, dah tentulah seumur hidup pun tak pernah makan.. Alahai memang ketinggalan zaman betul lah kan aku ni.

Aku pun pergilah gatal tangan komen, mintak si kawan ni tunjukkan cara-cara nak buat jemput-jemput kurma. Tanpa disangka si kawan membalas. Dah siap komen entri aku, datang lagi membalas komen, beri tunjuk ajar cara-cara nak buat jemput-jemput kurma pulak. Walaupun tak pernah bersua muka, boleh nampak keikhlasan dalam persahabatan tu ada kan. Terharu aku tau!

Cuti hari Sabtu baru-baru ni, baru lah ada kesempatan nak membuatnya. Buat dalam 20 bijik kurma gitu. Tak banyak sangat, tak sikit sangat. Risau gak aku, karang buat banyak-banyak tak diterima makan oleh anak-anak. Maklumlah benda baru masuk dalam rumah. Udah lah kurma tu tak disukai mereka. Ini kan pula cucur kurma.

Kalau dibuat sikit sangat risau jugak tak cukup-cukup pulak dek kerana kesedapannya. Jadi mama mereka ambil jalan tengah saja lah ye.

Masa tengah menggoreng pun si amir dah siap tanya,

Cucur apa mama?

Cucur kurma...

KURMA ???

Ye lah, kenapa

iiieeeww, sedap ke?

Haaa, macam tu lah perangai deme kalau benda baru diperkenalkan.

Tapi bila dah siap masak dan terhidang atas meja masa berbuka, si amir ini lah makan tak ingat orang belakang.

Papa tiba-tiba kena pergi lawat kawasan ke Paris (Parit) pulak petang tu, jadi apa ditunggu lagi....aku dengan anak-anak pun membawa diri ke rumah emak lah. Berbuka di sana membawa bersama-sama cucur kurma ini.

Ikhlas dari hati, setelah di test power kesedapannya, ternyata rasa jemput-jemput kurma ni sedap. Boleh diterima oleh seisi keluarga aku. Nampak gayanya, nanti bolehlah dibuat lagi sementara stok masih banyak. Kalau tak, pertama dan terakhir lah jawabnya. 

Disebabkan julung-julung kalinya aku buat jemput-jemput kurma ni, izinkan aku tayang sikit rupa parasnya ye supaya menjadi kenangan dalam hidup. Janganlah terliur sangat sebab tak berapa nak cantik pun kejadiannya.
\/
\/
\/

- Jemput-jemput Kurma Pertama Ku -

Akhir kata terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mak Hainomokje yang berusaha mengomen cara-cara buat jemput-jemput kurma ni.

Aku pakai ayat dia yang last tu, katanya....'macam jemput pisang jer buatnya'

Jadi, aku pun macam jemput pisang juge lah membuatnya. 

Sekian. 

31 comments:

  1. Replies
    1. Tu lah, tak sangka akak sedap sgt..anak2 pun suka

      Delete
  2. Wah boleh buat lagi macam tu KB..
    Ahli keluarga dah menerima benda baru tu..
    Nanti buat lebih ye..
    Boleh bagi kat akak sepiring hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg nak kena buat lagi ni. Tak puas makan yg ini sbb kena beralah makan dgn anak2

      Delete
  3. Buat keluarga kakak ni dah dari duuuulu lagi KB
    Kami org kampung apa pun boleh.
    Kakak suka juga jemput-jemput kurma ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun anak jati kampung jugak kak. Sampai sekarang pun dok kampung aje. Tp hairan bin ajaib lah mmg tak pernah tahu pun ttg cucur kurma ni..

      Delete
  4. saya pun firstime dengar jemput2 kurma ni.. :D :D
    waa sedap yer.. lama pula x makan cucur ni.. nanti ada masa boleh la try ni..


    Blogwalking sini, jom baca article seo ini

    Terbaru Mengenai Nofollow Link article...


    ReplyDelete
  5. Akak pun dh biasa jemput jemput kurma ni sejak budak2 lagi KB.Dulu orgtua je yang suka ,jadinya mk akak selalu buat masa puasa.Skg akak dh jadi orgtua ni pula yg suka ,pasti buat wlpun sekali masa bulan posa.
    Baguslah anak2 KB suka jemput2 ni,ank akak tak layan pun ,lagilah si Iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg hairan, mereka suka pulak. lepas ni boleh buat selalu. bagi mereka makan sikit makanan sunnah ni. kalau nak harap mereka makan yg buah tu, mmg dipandang ajelah. tak heran dek deme...kata org Perak.

      Delete
  6. saya tak pernah buat jemput2 kurma ni kak, sedap tu kira bolehlah dibuat lagi ye sementara stok kurma masih ada kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg stok tgh melambak ni Ilah. hasil tangkapan dari org berkempen minggu lepas. berkotak-kotak akak dapat tau.

      Delete
  7. Hihi.... mana ada tunjuk ajar sangat pun, sukatan pun tak de, ajar apa tu namanya....malu ai hokey hihi.....
    KB awat jemput jemput kome cantik...bulat bulat mcm bola ping pong? Hang buh tepung naik sendiri ek?

    Hish ni nampaknya lawan tokey ni hihi... Tak boleh jadi! nak buat jugak ptg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada lawan tokey. dah kata buat mcm jemput2 pisang. saya ikut resepi jemput2 pisang lah mak. cuma pisang kasi tukar sama itu kurma lah.
      saya bubuh soda bikabornat dan baking powder jer. tepungnya tetap gandum lah mak.

      Delete
  8. mesti sedap cekodok kurma nampak bulat2 bentuknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap kak paridah. Saya dah buat kali kedua.
      Tak rugi mencuba

      Delete
  9. Xpernh dicuba lg ni sis.. Trm ksh atas ideanya.. Hihi.. Nk cube jugaklah..

    ReplyDelete
  10. Mesti sedapkan jemput-jemput kurma, good idea tu. Boleh la aunty cuba, inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah, gerenti sedap. semalam akak dah buat kali ke-2. licin piring.

      Delete
  11. Oh, yalah! Si kawan tu jiran sebelah rumah sayalahkan! Oh, saya tak leh ngumpat banyak. Nanti dia datang lagi baca komen, habis saya kena serbuk. Hahaha!

    Saya pun tak pernah buat jemput-jemput kurma. Kat rumah saya pun samalah. Kalau ada menu baru, semua tercengang macam nampak langsuir aje tau! Itulah yang buat malasnya.

    Tapi saya dan suami suka kurma. Baru lepas borong kurma untuk dimakan sepanjang tahun selepas bulan puasa ^_^

    Nantilah kalau saya rajin, saya buat sebab saya nak show off sikit kat jiran sebelah tu ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah memborong banyak tu, nanti boleh lah cuba buat MD.
      boleh jugak tu tayang2 kat jiran sebelah rumah, tengok apa dia nak komen hihi

      Delete
  12. Okler tu.. akak biasa buat jemput deroyanjer selain dari pisang.. alah kita orang Malaysiani semuapun bolehjerkan... raya balik perakker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucur deroyan tu dah lama tak makan lah. akak sebut dah terkenang-kenang balik saya kat cucur deroyan. sedap nya.
      saya mmg dok perak kak, orang kuale kangso hihi

      Delete
  13. kaknoor belum pernah buat jemput kurma
    boleh lah try
    sbb anak2 ni kurang suka
    lepas ni boleh paksa diaorang makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, macam mana chef terkenal belum pernah buat jemput kurma ni
      oh! patutlah anak2 tak berapa suka ye kaknoor
      nanti kaknoor boleh lah cuba, mana tahu tiba2 kena dgn tekak mereka, terus tersuka. macam anak2 saya.

      Delete
  14. jemput2 kurma belum pernah try lg... biasa tgk jer... kalau kurma yang digoreng ala2 goreng pisang tu pernah la makan... itupun mak yang masak...

    nnt leh try sbb kurma banyak lagi kt rumah''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala2 pisang goreng? Huish itu lagi hebat, macam mana ke membuatnya tu?

      Delete
  15. xpernah mkn lg jemput2 dr kurma

    ReplyDelete
  16. dah pegi ke blog hainom.
    tapi tak de lah pulak recipenya..

    apa diblend kan kurma nya tu ye..
    kira manis lah kan.

    ReplyDelete
  17. Pn azian, kurma tu dibuang biji, kemudian diblend dgn sedikit air. Tmbh tepung gandum, soda dan baking powder, sedikit garam dan gula. Goreng mcm jemput2 pisang.
    Selamat mencuba.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^