Assalamualaikum
Jumaat lepas papa ke pasar malam dengan Amir. Maklumlah orang tu dah transfer kerja ke Kuala Kangsar. Bolehlah merayap ke pasar malam mencari petai. Dalam merayap-rayap tu, terbeli cendawan sisir. suruh masak. Aku, kalau bab suruh masak..ok jer. Yang tak ok nye, dah masak...tak makan.
Cendawan ni, ada orang panggil kulat/cendawan kukur. Kalau mak bapak aku...sebutannya cendawan syisyio (sisir). kalau pasir, jadi pasyio. Biasalah orang Kuala Kangsor. Kalau speaking dengan dorang, aku pun kena sebut cendawan syisyio masok lemok....hehe.
Ok lah merepek.
Seciput banyak ni, RM10. Zaman dulu, sambil mengekor opah aku menoreh getah dah boleh kutip seplastik buat lauk. Sekarang nak jumpa pun susah. Dah jumpa, mahalnya ya amat.
Cendawan sisir masak lemak cili padi campur kentang. |
Sebenarnya, ada rahsia yang dorang tak tahu. Biasa aku masak rencahnya ikan bilis. Tapi kali ni masak aku terlupa sampai ke sudah. Bila dah nak tutup api baru teringat, Kira abaikan jer lah ikan bilis tu. Tapi licin jugak. Dah kata air tangan mak, semuanya sodap belaka, kan.
suka gak makan... tapi dah tak murah mcm dulu kan...
ReplyDeleteKakak lama teringin nak makan cendawan kukur ni KB
ReplyDeleteDulu masa kakak kecik-kecik senang nak dapat.
Tapi sekarang memang dah payah nak jumpa
Mahal pun tak apa kalau ada boleh lagi dibeli.
Ikan bilis tak ada pun sedap sebab santan pun dah lemak-manis:)
Sedapnya, lama tak jumpa cendawan ni. Tula kalau ada jual nak beli, anak-anak KB pun suka memang terbukti sedap masakkan ibu tu..
ReplyDeleteeeii sedapnya cendawan ni,dulu2 kita cari dlm kebun getah...
ReplyDeletesekrg susah nak jumpa,masak lemak cili api ...
sedap bangat ni...terliuq nya tgk hihi
Betul lah kata kakzakie tu KB,mahal pun tak pe asalkan dapat beli.Kat sini akak tak pernah lagi nampak orang jual,kalau ada pasti akak beli.Susah kan nak jumpa cendawan ni skg.
ReplyDeleteTak bubuh ikan bilis pun memang dah sedap apatah lagi air tangan mamanya yg masak.
kalau kat kampung kelantan memang beli ni kalau jumpa. nenek suka makan
ReplyDeletesedapnya kak cendawan sisir tu,payahlah nak jumpa dekat sini
ReplyDeleteSuka juga cendawan ni tapi biasanya goreng tepung aje. Tak tahu pulak kalau masak lemak sedap ya!
ReplyDeleteAnak-anak sayalah kalau masak macam ni, memang mereka pandang aje pinggan lauk tu terkebil-kebil. Memang tak makanlah, cerewet!
Hahaha.. setuju la kak ayat last tu win. Air tangan mak mmg la sodap! Selalu buat sup cendawan n cendawan goreng. Menu baru ni buat lemak. Blh la aina cuba. =)
ReplyDeleteAhaha org perak memang nyebut syisior. Kalau cicir pon cicior. kalau kencing pon berdesyior haha.
ReplyDeleteMmg sedap ni. Eka dlu sllu ngutip cendawan ni. Kat belah slim river panggil cendawan kuko (kukur) Siap bawak piso nak pg kutip sbb letih nak cabut. Haha
alahaii sedapnya cendawan sisir ni
ReplyDeletedulu2 mmg mudah sngt nk dpt free lagi
tapi zaman dah berubah skg ni dah la susah nk dpt mahal pulak tu kan
kaknoor, saya selalu pergi blog akak, baca dan komen
Deletetp bila nak publish tak boleh..kenapa ek?
rasa bersalah pulak, bukan tak pernah balas bw akak
tp tak boleh nak komen...cam mana tu, boleh tlg tak?
Sedapnya cendawan sisir..
ReplyDeleteAkak pun suka ni KB..
Bila musim hujan ni..
Banyaklah tumbuh..
Lama tak makan cendawan sisiyor ni KB...hihi teringin nak ikut loghat K. Kangsor.
ReplyDeleteJarang jumpalah KB kat KL ni...
Yelah sekarang ni semua barang pun mahal, tak de yg murahlah senang cerita.
Tak de ikan bilis pun licin, kalau ada lagilah...hihi
Lama tak makan cendawan sisiyor ni KB...hihi teringin nak ikut loghat K. Kangsor.
ReplyDeleteJarang jumpalah KB kat KL ni...
Yelah sekarang ni semua barang pun mahal, tak de yg murahlah senang cerita.
Tak de ikan bilis pun licin, kalau ada lagilah...hihi