Assalamualaikum
Ini cerita minggu bila, lupa dah aku. Si amir punya cerita, beriya mengajak aku ke padang kawat..nak menunggang kuda putih katanya. Hari tu kan dah naik kereta kuda....hari ni nak menunggang pulak. Ada-ada saja lah budak-budak ni.
Sampai padang kawat, kuda tak mandang. Yang ada helikopter kat atas tu. Membawa Tuanku Sultan Perak ke istana. Patutlah masa kami nak ke mari, nampak kereta Sultan dengan eskot-eskotnya dari istana menuju ke Masjid Ubudiah. Rupa-rupanya.....ini ceritanya. Cerita apa, aku pun tak tahu. Kami rakyat jelata ni, pandanglah, lihatlah...... itu aje lah yang dibuat. hihi.
Suatu ketika dulu, anak aku yang sulung ni pernah berlagak kat adik-adiknya. Katanya, amir sorang jer pernah naik heli. Orang lain semua tak pernah. Ewah-ewah belagaknya dia masa tu.... ayat budak kecik belum berakal, macam itu lah. Sekarang ni, melambai tangan dari bawah je lah yang mampu.
Lepas dah habis sessi tengok helikopter berlepas, berlegar di awan sampai tak nampak dari pandangan, kami balik. Kuda pun tak keluar-keluar petang tu. Dah dibawa ke tempat lain rupanya. Aiseyman......!
Sekali sekala tengok heli gedabak landing depan mata. Jadi jakun tak tentu arah. Bukan anak-anak, mak nya pun beriya nak selfie. Tudung dah macam pelampung, kena tiup angin.
Korang jangan tak tahu, masa heli tu nak berangkat terbang, macam puting beliung pasir-pasir. Kami yang jakun ni, lintang pukang lari....apa kes pasir dah masuk mata. Kepala yusuf apa tah lagi lah...menadah pasir berbutir-butir. Tergelak-gelak kami lepas tu. Jakun sangat kan. Hambik kau!
Suatu ketika dulu, anak aku yang sulung ni pernah berlagak kat adik-adiknya. Katanya, amir sorang jer pernah naik heli. Orang lain semua tak pernah. Ewah-ewah belagaknya dia masa tu.... ayat budak kecik belum berakal, macam itu lah. Sekarang ni, melambai tangan dari bawah je lah yang mampu.
Lepas dah habis sessi tengok helikopter berlepas, berlegar di awan sampai tak nampak dari pandangan, kami balik. Kuda pun tak keluar-keluar petang tu. Dah dibawa ke tempat lain rupanya. Aiseyman......!
Tapi memang logiklah KB. Kakak ni kapalterbang dah berkali-kali tapi helikopter tak pernah lagi tau. Untunglah abang long dah rasa:)
ReplyDeletekalau pakai skirt kembang mau terbang skirt tu kan kak..haish bahaya tu helikopter nih kipasnya berpusing kuat...saya tak pernah naik helikopter, tengok pernahlah, untung along pernah naik
ReplyDeletekegembiraan kita rakyat jelata ni mcm ni pun dah happy..
ReplyDeleteingat dulu masa kecil..g jln kat airport semata2 nak tgok kapal terbang berleps dan mendarat.. rasa happy sgt, bila tua ni...fikir balik..apa ntah yg seronoknya tgok kapal terbang, bukan naik pun..hahaha..
skrg bawk anak tengok Thomas, sebab rumah dekar stesen komuter..suka betul budak tu..mesti bila dia besar..dia pun terfikr, knpalah aku seronok sgt tgok Thomas..haha
seronok nye dpat lihat helikopter mendarat dpn mata..
ReplyDeletesaaya sendiri un belum pernah lagi naik heli.. humm
Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye
Bina Blog Berkualiti site...
wah seronok juga sesekali tengok copper ek. saya tak pernah lagi tengok dekat copper. kalau setakat pameran tu byk kali jugalah
ReplyDeleteTak payah bebudak ,akak yang dah tua ni pun jakun kalau ada helikopter mendarat gitu walaupun dah berkali2 tengok.Hihiii...tengok je ,naik tak pernah lagi.
ReplyDeleteHihi..... kalau mak ada pun, mak pun harus jakun jugak gamaknya tu.....
ReplyDeleteTak takut pulak si Yusuf tu KB. Sure bunyi kuatkan... Budak budak sekarang ni mmg beranilah kan, tak mcm mak dulu, dengar bunyi kapal terbang mmg takut betul
Mahu tak jakun, kalau saya pun sama aje jakun. Bukan pernah pun dapat naik helikopter. Sesekali dapat tengok memang haruslah ada sifat jakun dalam diri. Nasib baik heli nak berlepas, kalau tidak mesti dah posing depan heli tu kan ^_^
ReplyDelete