Wednesday, May 11, 2016

Pau Goreng Yang Senang Nak Buat

Assalamualaikum

Hujung minggu baru-baru ni, aku tak ke mana-mana pun. Duduk rumah, mengemas apa yang patut. Selebihnya lepak dengan anak-anak. Waktu petang sekarang selalu hujan. Boleh kata tiap-tiap petang. Kalau tidak di petang hari, waktu malam selalunya hujan. Sejuk lah sikit, kadang-kala tak perlu bantuan aircond untuk menyejukkan kamar tidur.

Tengah lepak-lepak petang hari minggu tu, tekak terasa nak makan pau goreng. Aku tanya anak-anak, nak makan pau goreng tak? apa lagi, semuanya naaaaakkk lah jawapannya. Hujan-hujan ni perut pun rasa lapar jer.

Belek-belek bahan, mauripan tak de pulak. Dan-dan tu jugak ke kedai merendah hujan. Semangat betul lah nak makan pau goreng punya pasal.


Membuatnya tak lah susah mana. Aku guna resepi donut yang selalu aku buat. Tapi kali ni aku tak bubuh shortening sebab dah habis. Yang lainnya ikut sama macam nak uli donut.

Rendam 1 pkt mauripan, 2 sb gula, 2 sb susu, 50gm majerin dengan air suam dalam 10 minit, sampai yis berbuih. Tambah 1 biji telur, kacau. Masukkan 1sk garam dan 1/2 kg tepung dan gaul menjadi doh. Rehatkan seketika hingga ia mengembang. Dah buatlah bulat-bulat macam pau tu.

Untuk inti pau, aku guna kentang yang dipotong dadu kemudian digoreng hingga layu. Tumis bawang, masukkkan cili kering kisar dan masak hingga kering. Kemudian aku perasakan dengan sedikit gula dan garam. Akhir sekali masukkan kentang tadi dan gaul. Masak kering-kering, kalau berair susah pulak nak masukkan inti ke dalam doh. Kalau inti kentang kari dengan ayam pun sedap juga kan?

Aku buat agak besar. Setengah kilo tepung boleh dapat 18 ketul pau. Bila siap digoreng, pau menjadi lagi debab. Maksimum aku boleh makan tiga ketul je. Bakinya, diulang-ulang makan oleh anak-anak sampai malam.

Bila malam, semuanya sudah 'mengalah' angkat tangan, tak mahu makan nasi lagi. Masing-masing sudah kekenyangan.

Oh ye, untuk resepi donut gebu tu boleh SEMAK KAT SINI

9 comments:

  1. Bukan budak-budak aje suka ni KB
    Kakak pun suka. Biasa kakak buat inti sardin ok juga tau:)

    ReplyDelete
  2. sedap nampaknya pau tu, saya tak pernah buat lagi pau macam ni

    ReplyDelete
  3. Wah mudahnya KB..
    Nanti akak nak cuba lah..
    Nak bubuh inti sardin macam kakzakie cakap tu..
    Nanti nak terjah resepi tu :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat lagi pau goreng KB..... donat pernahlah jugak buatnya ....Itu pun tahun lepas kot haha...Punyalah lama. Yelah tu kalau campur kari dengan ayam hancur tu mesti lagi mabeles pau hang tu KB hihi...
    Kalau buh sambal tumis dah jadi pau sambal ek.... Faveret laki mak tu

    ReplyDelete
  5. Ada anak2 nak makan seronok kan nak buat sendiri.Camtu lah kat rumah akak ni kalau mereka2 balik pasti hari2 ada je kuih perlu dibuat.Tapi akak tak pernah lagi buat pau goreng....inti boleh pelbagai kan KB

    ReplyDelete
  6. lama x makan pau goreng.. nak buatnya.. agak kemalasan..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Baru je makan aritu.. macam2 inti ade.. ehehe

    ReplyDelete
  8. ooo senang je buat pau ni ya.. hehe..
    ni kalau buat masa puasa nanti sebagai makanan buka puasa ni mesti sedap ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^