Tuesday, May 17, 2016

#yusufsensoryplay : Main Lumpur Mencari Cacing

Assalamualaikum


Yusuf sekarang ni, dah makin ligat
Apa yang orang buat, itu yang dia sibukkan
Lego abang Daniel, dia kecai-kecaikan
Aksesori Kak Mira dia main campak-campak
Hp Abang Amir dia nak pegang
Padahal mainan dia...lagi banyak
Saja suka usik-usik barang orang bagi orang geram

Baru-baru ni, dia korek-korek gel rambut papa
Habis separuh bekas, disapu semua ke kakinya
Jadi minyak urut ye Yusuf
Bedak compact mama dah berderai tinggal serbuk
Bila mama ambil, dia menangis

Gambar ni, semalam punya cerita. Main bedak sendiri. Sapu muka, sapu lantai.
Bila ke rumah opah,
Tempat mula-mula yang dia tuju, bilik atok
sebab bilik tu 'astro', macam-macam ada
Berterabur satu bilik barang-barang atok

Kalau dibawa ke luar bilik
Dia kacau opah memilih kacang
Kalau terlepas ke luar rumah, dia main pasir
Macam tu lah dia hari-hari...
Tak boleh terlepas pandang

Minggu dulu, mama buat kek coklat
Yusuf pun nak buat kek...sibuk sangat aih!

 Ini dia, buat kek di pinggir pintu bilik air. Nanti senang mama kau nak mengemop. Kacau Yusuf, jangan tak kacau. Gaul puas-puas. Memang suka sangat dia, dapat main macam tu.

 Sebenarnya, aku buat 'lumpur' buatan sendiri. Tepung gandum dengan serbuk koko campur air. Aku ambil playdough pintal-pintal jadi cacing, letak dalam tu sekali. Biar dia cari. Dah dapat tahu pulak dia geli. Cepat-cepat campak ke luar. Benda ni, kalau masuk mulut tak bahaya, playdough tu pun buat sendiri.
Dah puas mengaul, dia terbalikkan bekas, sapu-sapu ke lantai. Mama dah tau memang ini akhirnya.


Kat bawah ni, kek air tangan Yusuf, uhuk...uhuk, terbatuk aku


Tergamak ke nak makan?
Kalau macam tu pembikinannya. hihihi

10 comments:

  1. Hihii..tengah aktif ya KB.Seronoknya Yusof ....Part yang diterbalik kan tu yang bikin pening mama nya.

    ReplyDelete
  2. Usia macam Yusuf ni memang tengah ligat KB. Belum tahu mana bahaya. Tapi enjoy kalau dpt main sama-sama. Peluk lagilah best:) Buat apa pun tak ada rasa besalah. Seronok adalah apa lagi kalau kita senyum/ketawa lagilah dia suka:)

    ReplyDelete
  3. Haha..... baye baye Yusuf ni memang tgh ligat nak menyepahkan barang kan KB. Bertabah ajelah maknya mengemas hihi...
    Rajinnya awak KB. lumpur dengan doh pun buat sendiri. Kalau mak mmg tak kuasa weyh! Dasar mak femalas gitulah hihi....
    Ayoooo kena fikir 10 kali jugak nak makan ni

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya yusuf:) rajin mamanya sediakan playdough buatan sendiri

    ReplyDelete
  5. seronoklah yusuf bermain lumpur tu, saya nih masa suami ada tak boleh buat macam tu, dia tak suka rumah bersepah, kalau saya dan anak2 je memang saya biar mereka sepahkan...lepas tu mengamuklah suruh anak2 kemas balik hahahaha

    ReplyDelete
  6. hihihi..
    Banyak ke jumpa cacing tu Yusof :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dik
    aduhh sanggup nya sampai buat lumpur utk Yusuf tu
    lepas tu mmg keja memcuci dan mengelop lah pulak kan
    tapi oklah asalkan anak2 happy apa yg dia buat kan

    ReplyDelete
  8. Hihihihi seronok gila yusof ya. Time mcmni seronok main. Semua nk di explore.

    ReplyDelete
  9. Hahaha! Seronok tengok anak aktif bermain tapi lepas tu emak pun pitam-pitamlah sekejap. Pengsan nak mengemas balik ^_^

    Minta maaf banyak-banyaklah Yusof. Aunty pun tak sanggup nak makan kek tu. Lain macam pulak. Dahlah buat dough pun kat tepi pintu bilik air ~_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^