Sambung kisah Vacation In The Hotel semalam.
Dah siap masak kat rumah, aku packing makanan bawak ke hotel. Cadangnya nak seludup masuk ikut balkoni jer. Segan aku nak lalu kat lobby bawak benda ala-ala piknik tu semua. Air muka suami kena jaga juga. Apa pulak kata staff hotel nanti, sudah berumahtangga di bilik,...nak berpiknik pulak dalam tu. Padahal si suami yang suruh bawak, tak sempat nak balik katanya.
Dah siap masak kat rumah, aku packing makanan bawak ke hotel. Cadangnya nak seludup masuk ikut balkoni jer. Segan aku nak lalu kat lobby bawak benda ala-ala piknik tu semua. Air muka suami kena jaga juga. Apa pulak kata staff hotel nanti, sudah berumahtangga di bilik,...nak berpiknik pulak dalam tu. Padahal si suami yang suruh bawak, tak sempat nak balik katanya.
Baru nak adjust kereta kat balkoni, Raja Muda Perak pulak datang check-in. Bilik tuanku sebelah bilik papa, tempat kami lepak tu. Ada garaj dan pintu dari luar terus ke biliknya. Takkan aku nak terhegeh-hegeh kat situ pegang bakul piknik. Memang mintak ceramah dengan papa lah jawabnya. aku tukar plan, masuk ikut lobby.....receptionist ok jer, aku yang perasan malu-malu kucing.
Makan tepi balkoni |
Barang-barang yang aku bawak, takde lah banyak mana....lauk-pauk, seperiuk nasik, air minum, cawan, pinggan dan tak lupa juga kegemaran si suami iaitu petai dan sambal kicap. Lauk yang dimasak tidaklah kebabom hebatnya. Cukup sekadar mengisi perut yang lapar. Itu jer yang termampu aku sediakan. Takdelah mithali sangat aku ni. Belasah apa yang ada di rumah je kaedahnya. Meh zoom sikit.
Lunch Yang Tak Seberapa. Masak yang senang-sennag aje. Janji aku senang, anak kenyang. Banyak kira, masak sendiri. |
Cendawan syisyio [sisir], ayam masak merah dengan carrot. Yang bulat-bulat tu, cucur manis ranggup di luar lembut di dalam. Nama cucur cukup gah disebut, tapi bila dah sejuk tak ranggup jadinya. Aku goreng buat kekudap. Bila cuti sekolah, anak aku lapor memanjang. Itu pun dah nak habis dimakan.
Begitu lah ceritanya, 'Vacation In The Hotel Complete With Picnic Masak Sendiri'.
Ada lagi sikit sambungan cerita percutian kami ni. Minggu depan aku kursus Isnin sampai Khamis. Blog pun akan sepi 4 hari juga. Kot rajin aku update, kalau malas, tak dapek lah nak nolong.
Selamat berhujung minggu semua.
Mr. papa anak-anak KB kalau masuk kebun bapak kakak mesti suka sebab kebun bapak kakak baaaannnyak petai. Tapi biasa pekerja bapak kakak petik dan jual aje.
ReplyDeleteSelamat berkursuslah nampak gayanya minggu depan ye KB.
hihihi petai bak kawan karib papa ye KB..
ReplyDeleteJanji selera sapedek naik bertambah makan ..
Ok lah KB..
Akak esok pergi kursus 2 hari ..
Kat Cameroon Highland..
KB kursus kat mana.. ?
menarik tu, yang penting anak2 happy
ReplyDeleteBawa makanan yang dimasak dari rumah lagi lah berselera anak2 dan suami kan KB.
ReplyDeleteSuka sungguh suami KB dengan petai ya.Suami akak tak sentuh pun kalau ada petai depan mata.Bukan tak pandai makan cuma dah tua agaknya mudah sangat masuk angin kalau menjamah juga.
Berpicnic dalam hotel lebih selesakan tambah lauk kegemaran.. yeke ada Raja Muda pula berjiran semasa bercuti ye hehe comel je dengan bakul :)
ReplyDeleteberpicnic dlm hotel ya,yg penting petai tu mmg sedap
ReplyDeleteSaya pun biasa aje buat macam tu dan selalu juga kena kecam dengan suami. Kata suami, orang tidur hotel selalunya nak merehatkan minda tapi saya ni kalau tidur hotel sibuk pasal makan! Nak makan apa, nak makan kat mana, nak bawa makanan apa! Stress tengok saya katanya. Makanya memang takdalah feeling-feeling ala honeymoon gitu ^_^
ReplyDeletebest nya KB ada petai kaknoor pun fav sngt petai tu
ReplyDeletetk kisah busyuk2 yg penting sedappp
nanti satu bilik bau petai hahaa kann
Saya pun dengan petai berpisah tiada. Haha.
ReplyDeleteLauk simple gitu makan kat dlm bilik hotel tambahlah sedap weyh....mau tak berselera En Suami....
ReplyDeleteKalau mak jadi suami pun mak tak toleh kiri kanan haha....
Wah!! dasat hang KB duk sebelah bilik raja tu... huntung no boleh skodeng hihi...
bagusnya duduk hotel boleh balik rumah masak lagi tu hehehe
ReplyDeletesama pula dengan suami saya hantu petai, hatta makan bihun goreng dikala sarapan pagi pun mencari petai