Hujung bulan April hari tu, aku ada mengukus kek coklat. Gara-gara Kak Mira mintak buatkan untuk dia bawak ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan sempena birthday dia katanya. Aku buat satu adunan, dapat dua bekas plastik besar. Satu di bawa ke sekolah dan satu tinggal di rumah.
Satu bekas berkongsi makan dengan anak-anak memang rasa tak puas. Paham-paham saja lah, kalau namanya coklat, semua suka. Dengan mamanya sekali berebut dengan anak-anak. Asyik mengulang ke dapur je lah, kaedahnya. .
Selang beberapa hari, aku buat lagi. Satu bekas besar, dua bekas kecik. Tak payah nak bubuh topping semua tu. Keluar saja dari pengukus, tengah berasap disuruh potong. memang rakus betul lah anak-anak ni. Aku ikutkan saja....sebab mama pun tak sabar nak makan, sebenarnya.
Bukan setakat makan jer berulang-ulang, membuatnya pun berulang-ulang. Yang atas ni, buat lagi di hari lain. Buat dua adunan terus, dapat empat bekas besar. Pendek kata, selagi tak habis stok tepung koko tu, selagi tu aku tak jemu-jemu mengukus. Panjang kata, punya dahsyatnyaaaaaa mama korang ni.
Dah siap masak, aku potong-potong, masukkan semula ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila sejuk lagi sedap dimakan. Lagi laju lah ngap nya pun. Dok mengulang bukak peti ais lah pulak. Walaupun rupa paras nya tak cantik tapi sedar-sedar tinggal bekas jer, you all.
Yang ini, aku buat bubuh dalam acuan rose. Dah siap, keluar sebijik-sebijik bunga rose hitam pekat tapi sodap dimakan. Tak payah potong-potong dah. Sekuntum-sekuntum anak aku ngap.
Haha....kan aku dah kata, jangan dimulakan, nanti susah nak berenti. Nasib serbuk koko dah tinggal seciput je. Kalau tak, ada harapan aku buat lagi ni esok lusa.
Yg bunga rose tu cantiklah KB. Senang nak ngap pun ye juga kan:)
ReplyDeleteKeluarga KB sama macam kakak suka coklat dan buat kek tak suka letak toping. Biar kosong macam ini aje lagi sedap kan..
Yg bunga rose tu cantik hehehe. Senang nak ngappp
ReplyDeleteBila anak2 suka makan ,berkali2 masak pun tak pe KB....apatah lagi ibu mereka pandai masak seperti KB ni.
ReplyDeleteMakan kek tanpa topping baru lah rasa nikmat sebenarnya kan KB.
sedap sgt tu
ReplyDeleteamboi sedapnya kak, lama saya tak buat kek coklat nih, anak2 pun suka makan kek ni
ReplyDeleteWeyh lamalah mak tak membaking ni.... Teringin pulak jadinya KB....
ReplyDeleteKalau budak budak suka, kita yg membuat ni lagilah sukakan KB....Laku keras gitu hihi!
Jangan Yusuf mengacau sudahlah hihi
Oh, inilah gambar recycle dalam entri baru tu ya ^_^
ReplyDeleteMemang sedap sangat nih.. Teruja nk buat juga...
ReplyDelete