Thursday, May 19, 2016

Bercuti Di Tempat Sendiri 1

Assalamualaikum

Family aku jarang bercuti. Bahasa lainnya, jarang berjalan makan angin. Dah asyik mak pak anak-anak cuti tak sama. Aku cuti, orang tu kerja. Orang tu kerja aku cuti. Mula-mula katanya cuti, tiba-tiba kena kerja....memang susahlah nak adjust bagi sama. Tu yang asyik meronda Kuala Kangsar je tiap-tiap minggu. Kampung pun kampung lah, sunyi pun sunyi lah, takpe, janji jalan kan, walaupun ke kedai runcit atau pasar malam.

Aku pun, kalau dok rumah jer masak, dobi, masak, dobi, letih jugak aih! Sekali sekala nak juga melepaskan wap...hehe.
Baru-baru ni, papa kena transfer dari Ipoh ke Kuala Kangsar. Memang sekangkang kera jer pejabat dengan rumah. Tapi tak bermakna 9-5 di pejabat, malam di rumah. Takde maknanya.

Kalau nak together-gether di hujung minggu, kenalah berumahtangga kat pejabat dia. Lepak hotel, konon-konon pergi bercuti gitu. Papa akan duduk office dia lah, sekali sekala masuk bilik walaupun nak kencing jer. Lawak sangat lah tu.
Yusuf tu...Yusuf!
Buatlah aktiviti dalam bilik hotel...membaca, tengok tv...main lego, main game...makan minum, pendek kata semua lah. Lebihnya banyak bergusti, bertinju. Dah anak jantan jer yang tinggal. Tonggang terbalik bilik, pedulikan. Nanti nak balik, pandai-pandailah kau kemas.

Kak Mira takde, keluar dengan kawan, ada projek hadiah hari guru. 
Anak-anak suka lah, cuti sekolah..tak payah fikir apa-apa. Aku pulak yang bosan. Mereput atas katil hampir-hampir beku dibuatnya. Baik dok rumah, boleh cuci baju....Pulak dah, tadi kata nak melepaskan wap kan. Dah 24 jam dalam aircond, maknya off, anak on balik. Bertambah-tambah wap dalam badan nampak gayanya.
Memang kami teperuk bilik jer dari pagi ke petang. Eh! tapi tengahari tu aku balik rumah jap.......MASAK. Seram sejuk aku nak mintak papa beli makanan, teringat cendawan sisir dalam peti ais tu belum masak lagi.

Tak tahu aku nak panggil apa kalau bercuti macam ni, Vacation In The Hotel kot nama yang sesuai ek.

10 comments:

  1. Bagus jugak idea tido di hotel, releks ja sambil bersantai, rasa nak makan, makan.. tapi sejuk ye, mama tutup anak-anak on balik ye hehe..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya nak bonding time bersama papa mereka. Asyik kena kerja aje mana boleh tahan. Lagi-lagi tengok Yusuf yg makin ligat tu. Rindu rasanya kalau lama tak jumpa.

    Kakak gelihati tengok Yusuf yg ready nak terjun kat sofa tu KB:)
    Seronok kan ada anak kecik:)

    ReplyDelete
  3. ok juga tu kak sesekali buat macam ni lepaskan wap, bercuti tak semestinya jalan2 kan duduk kat bilik hotel dengan anak2 lain sikit suasananya tu..hehehe

    tapi tu lah mati kutu jugak kita ni kalau macam tu kan, baik dok rumah ada juga benda yang boleh dibuat sental bilik air ke, dapur ke ada juga keluar peluh hehehe

    ReplyDelete
  4. Takpelah asal anak2 seronok KB...seronok dorang main dalam bilek hotel ya.Bukan main lagi Yusuf ya landing kat atas tu...
    Yalah KB kalau kat rumah boleh sambil2'buat kerja kan...tapi ok gak hotel dekat boleh lah balik masak.

    ReplyDelete
  5. Hihi.... oklah tu BP. Yg penting dpt tido hotel. Nampaklah sikit mcm bercuti kan....

    Kesian kadang tu tengok suamikan....sepanjang masa cari nafkah utk anak isteri, nak menguap pun tak sempat. Nasiblah isteri rajin mcm KB, siap balik rumah kejap, masak......mmg isteri mithali sangat tau!
    Tp yelah dah hotel dekat gitu, nak makan luar pun serba salah kan, tentu arahlah hotel jauh!

    ReplyDelete
  6. Hihi.... oklah tu BP. Yg penting dpt tido hotel. Nampaklah sikit mcm bercuti kan....

    Kesian kadang tu tengok suamikan....sepanjang masa cari nafkah utk anak isteri, nak menguap pun tak sempat. Nasiblah isteri rajin mcm KB, siap balik rumah kejap, masak......mmg isteri mithali sangat tau!
    Tp yelah dah hotel dekat gitu, nak makan luar pun serba salah kan, tentu arahlah hotel jauh!

    ReplyDelete
  7. Assalamuaalaikum KB
    anak-anak mmg suka sngt tidur hotel
    ingat dulu2 masa anak-anak kecik mmg memerap dihotel lama2 diaorang tak kisah
    kita yg tak boleh duduk dok teringat nak buat keja macam2
    boleh gitu balik masak dulu di rumah kemudian ke hotel lagi
    tkpe tkde orng buat KB buat hahaha kann

    ReplyDelete
  8. Memang rare lah ko KB..
    Siap balik rumah masak..
    Nampak sangat rumah sekangkang kera dgn hotel tu kan..
    Kira jimat belanja mkn kat hotel tu..
    Dapat tido santai2 kat hotel tu pun cukup lah..
    Janji anak2 dekat dgn ayahnya..

    ReplyDelete
  9. Sesekali kak, mmg buat camni seronok.Yela macam aktiviti santai2 walopon dekat hehe

    ReplyDelete
  10. Janji boleh dipanggil bercuti, okeylah tu. Yang penting anak-anak happy. Kita ni berwap ke tidak, tak kisahlah. Saya kalau di rumah pun tak rajin masak, kalau dapat bercuti macam ni memang rasa nak lepak-lepak aje atas katil. Anak-anak biarlah buat apa mereka suka sebab bilik bukan luas mana pun. Senang sikit nak kawal mereka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^