Friday, May 13, 2016

Lala Oh Lala

Assalamualaikum

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah (2) : 261)


Semasa pergi ke rumah mak dengan anak-anak, menu malam tu lala rebus. Anak-anak aku meratah tak cukup-cukup. Nanti disuruh mamanya masak pula. Disebabkan aku berpuasa, malas rasanya nak ke pasar mencari lala. Masak apa yang ada di peti ais saja. 


Cara senang, aku telefon adik aku yang berniaga suruh simpan 1kg, nanti bila lapang aku pergi ambil. Bila datang ambil, lala yang diberi hampir 2.5kg dengan harga 1kg diskaun satu ringgit. Mengenangkan lala ni tak boleh disimpan lama, aku masak semuanya. Aku hantar sebahagiannya ke rumah mak. Mak bapak aku pun memang suka lala. Kebetulan adik-adik aku yang berniaga selalu juga makan tengahari di rumah mak.


Lala masak lemak cili padi. Aku campur kacang panjang sebab malas nak buat banyak hidangan. Biasa hari bekerja, aku masak menu lauk dan sayur dicampur sekali. Satu menu saja dengan nasi putih.
Anak-anak makan bertambah-tambah. Teringat papa juga suka lala, aku telefon dia tanya nak balik kerja bila. Katanya maghrib begerak dari tempat kerja. Aku pesan pada anak-anak, jangan habiskan, nanti papa balik awal, nak makan.

Tunggu punya tunggu, aku dah terlelap sendiri sampai lupa nak simpan dalam peti ais. Papa, waktu-waktu tahajud baru sampainya.  Keesokkannya basi. Kalau aku tahu, rasanya lebih baik aku suruh anak-anak habiskan, atau sedekah pada jiran supaya tak membazir.

Takpe lah, bukan rezeki aku nak bersedekah dan takde rezeki papa nak makan lala malam tu. Akhirnya, lala yang basi tu aku sedekahkan pada Encik Tong Sam Pah saja.

11 comments:

  1. dah lama x makan lala... huhu

    ReplyDelete
  2. Anak2 akak pun suka lala..
    En suami akak pun balik kerja tak menentu KB..
    Jadi utk jalan selamat memang akak simpan dlm petiais KB..
    Sayang kan bila terbuang..

    ReplyDelete
  3. saya mmg suka lala termasuk la suami n family. Selalu buat tumis dan masak gulai lemak. SEdapnyaaaa

    ReplyDelete
  4. xpenah makan lala...tp mcm sedap je...

    ReplyDelete
  5. Senanglah nak dpt bekalan kalau adik yg berjual
    Dpt diskaun lagi. Sebab tolong masak hantar sebahagian kat rumah mak kan:)
    Lama kakak tak beli dan masak tau KB. Teringin pulak bila nampak yg KB tayang.

    ReplyDelete
  6. saya mmg tak mkn lala,tapi ank2 mkn sedap katanya

    ReplyDelete
  7. amboi sedap tu lala masak lemak cili padi, dah lama tak makan lala nih, sedap

    ReplyDelete
  8. Akak pun dah lama tak makan lala ni...sedap kan .tapi akak tak pernah pulak masak lemak ,boleh try ni kalau dapat beli lala.

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan lala nie.. hmmm

    ReplyDelete
  10. Anak anak mak pun suka Lala ni selalunya goreng buh serai,cili, cili sos dan sos tiram je KB....Sedap juga. Alahai ruginya Lala basi.....

    ReplyDelete
  11. Sedapnya lala! Saya memang suka tapi di rumah tu saya seorang aje yang makan seafood. Adakalanya bila teringin, tak pedulilah. Masak untuk diri sendiri aje. Nasiblah pada yang tak nak makan tu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^