Monday, May 30, 2016

Bukan Setakat Kubu Perang

Assalamualaikum semua

Rindu tak?
Tak rindu?
Ya lah ya lah paham.

Hari ni Isnin kan?. Baru rasa segar bugar lepas kepenatan balik dari kursus, outstation dan sebagainya. Balik dari kusrus hari Khamis lepas, masuk pejabat. Dalam hati, berbunga-bunga.....boleh santai-santai, update blog ke apa, kan. Tapi baru je nak melangkah masuk dah dapat arahan kena ke Ipoh.....Aaahh! outstation lagi. aduuuuh duh duh duh duh duuuuih, letihnya.

Kursus empat hari, ulang alik setiap hari. Memang penat yang tersangat-sangat. Pandu kereta tu biasa lah kan, tapi pandu jauh-jauh berpuluh km setiap hari dah lama dan malas nak buat  oleh aku yang dah tua ni. Letih dia lain maciam.

Bila sampai rumah aku dah terjelepok kepenatan. Masak tidak, apa pun tidak. Mencuci basuh dilupakan sementara waktu hingga hujung minggu. Pilih-pilih mana yang perlu saja. Yang tak penting tunggu hujung minggu, baru buat. Melipat apatah lagi, memang tidaklah kan. Daripada aku menongkat mata dan tersenggok-senggok menahan ngantuk teramat, ada baiknya aku meroloh. Simpan tenaga buat bekalan di hari esok. Barulah nikmat.

Hal rumahtangga yang aku abaikan 4 hari lepas, sangatlah mendukacitakan mereka anak beranak. Makan tengahari anak entah apa-apa entah. Mulanya aku siap masak tapi papa belikan makanan. Sampai tak berusik makanan yang aku masak. Keesokannya, aku tak masak. Sebab fikir si papa yang akan beli. Papa pula fikir mamanya masak. Hanya beli ayam goreng untuk tambah-tambah lauk. Akhirnya, tahu apa jadi pada anak beranak itu? Mereka meratah ayam semata kerana tiada nasi dimasak oleh si mama. Nak memasak atau membeli dah tak sempat sebab papanya kesuntukan masa untuk balik semula ke pejabat. Mujur ada pamoga ayam goreng untuk diratah kan? Hari-hari seterusnya membeli aje lah...memang aku tak masak.

Weekend baru berhempas pulas mencuci dan mengemas segala. Tapi tak siap-siap jugak dek kerana anak kecik si Yusuf tu. Tak boleh mamanya hilang dari pandangan. Mulalah dia menjerit terpekik-pekik macam kena dera. Air mata jatuh berjujuran. Walhal aku ke toilet jer nak membuang. Susah betul lah. Kak Mira yang selalu tolong jaga adik takde pulak. Dia ke Melaka ikut rombongan sekolah. Yang lelaki kalau menolong hal ehwal rumah memang aku menadah tangan bersyukur tak berkesudahan. Akhirnya, urusan rumah tergendala lagi hingga hari ni. Bila nak siap pun tak tahu lah ni.

Masa berkursus minggu lepas, ada jugak aku tengok blog secara halus tanpa disedari urusetia. Tengok entri Coretan Hidup kak SI. Gelak berdekah-dekah aku. Tapi dalam hati je lah. kuat-kuat nanti dikata gila pulak...apahal sawan, takde angin takde ribut tetiba gelak sorang-sorang.

Ustaz kata macam kubu perang....KB kata bukan setakat kubu perang. Dah macam lautan dalam, berenang-renang kuak kupu-kupu mencari spenda tak jumpa-jumpa.

Gambar: Ihsan Google.

Ini lah bahana nya urusan rumahtangga bertangguh-tangguh.

Esok, ke Ipoh lagi aku. Uwaaaah... menangis.

6 comments:

  1. Mak yg baca ni pun dapat bayangkan camne tonggang langgangnya hidup hang tu KB hihi...

    Mmg betul jerja rumah ni kalau bertangguh gitulah jadiknya, pirak peranda hidup bokeh tak bersependa anak beranak kahkahkah...

    ReplyDelete
  2. Hihii...jadi kubu perang ya KB.Takpelah tinggal kan je dulu masalah tu...buat pekara yang penting je dulu.Akak dapat bayangkan bertapa sibuknya KB dengan urusan rumahtangga dan kerja apatah lagi ada anak kecil.Dalam kesibukan jangan lupa jaga kesihatan...
    Mudah2an dipermudahkan segala urusan KB.

    ReplyDelete
  3. Hihii...jadi kubu perang ya KB.Takpelah tinggal kan je dulu masalah tu...buat pekara yang penting je dulu.Akak dapat bayangkan bertapa sibuknya KB dengan urusan rumahtangga dan kerja apatah lagi ada anak kecil.Dalam kesibukan jangan lupa jaga kesihatan...
    Mudah2an dipermudahkan segala urusan KB.

    ReplyDelete
  4. Hahaha! Janganlah buat saya gelak sorang-sorang depan komputer ni. Nanti adalah pulak yang label saya 'mereng'! Dah kuak lentang, kuak kupu-kupu pun masih tak jumpa juga benda yang dicari tu ya. Dalam sungguh lautan ni, kalah Lautan Hindi ^_^

    Saya bab melipat pakaian, takda masalah. Serius! Takda masalah ~_^

    ReplyDelete
  5. Melipat baju ni tak boleh bvertangguh KB. Sebab itu kakak memang buat tiap hari tak kiralah sambil berbual dgn abang ke tengok tv ke. Tapi mungkin KB punya banyak memanga letihlah kan..

    Tak apa tunggu anak besar sikit mereka akan buat punyalah. Masa tu dah relaks.

    ReplyDelete
  6. jenuh tu kak nak cari spender pun tak jumpa hahaha...tapi saya pun biasa macam tu,bukan takmo lipat tapi tak sempat..nahh alasan dibagi hehehe,memang hujung minggu la kalau nak melipat baju,hari kerja tak sempat macam2 nak dikejarkan. akak dah la outstation lagi,saya yang tak outstation ni pun berbakul2 baju tak dilipat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^