Assalamualaikum
Satu senja yang nak hampir maghrib, mama mengejut amir yang tidur tak sedarkan diri. Letih sangat agaknya. 'Amir, amir...bangun dah nak malam ni. Pergi mandi', kata mama. Tak ada reaksi dari amir.
Mama sekali lagi masuk semula ke bilik amir dan dikejutnya lagi. Amir, mengeliat. Malas-malas membuka mata dan bangun. Mencapai tuala di pintu dan terus ke bilik air. Mandi.
Sejurus selepas mandi, dia duduk di tepi katil. Termenung seketika. Mama pehatikan saja dari dapur sebab pintu biliknya bersebelahan sahaja dengan dapur. Perlahan-lahan dia mencapai baju sekolah dan memakainya. Cepat-cepat mama tegur. 'Kamu dah kenapa Amir, malam-malam nak ke sekolah pulak. mengigau le tu.'
Dia tersentak, terkebil-kebil tengok jam dan bertanya 'Tujuh malam ke ma?'
Mira dan Daniel di ruang tamu tergelak, 'hihihi.....Amir nak pegi sekolah'
* * * * * * * *
Semalam...selesai solat subuh, mama masuk semula ke bilik menyusui yusuf yang menangis. Sedang enak berbaring dengan yusuf, mira datang dengan rambut kusut masai, baru terbangun tidur. Katanya, 'Ma, dah lambat dah. Kenapa tak kejut?.
Mama jadi hairan. 'Kenapa, kamu nak ke mana?' tanya mama. Mira menjawab, 'sekolah lah.'
'Hari ni kan cuti', jawab mama ringkas. 'Hari ni Isnin, ada periksa, jawab mira risau.
Mama menyakat, 'takpe takyah pergi sekolah, dah lambat. Nanti kertas exam mintak cikgu ganti hari lain'
Hiiii, mana boleh...... muka nak menangis.
Amir dari luar masuk ke bilik, menyampuk, 'hari ni Ahad lah...hahaha mengigau' Hahahaha masih tak habis-habis menyakat.
Dengan muka tak bersalah masuk semula ke bilik, sambung tidur. Mentang-mentang ABC.
gambar sekadar hiasan - Mira dan Amir enam tahun yang lalu - |
hehehe...macam2 gelagat anak2 kan, comey saja boleh mengigau tu nak ke sekolah, semangat tu nak periksa
ReplyDeleteHaha....tp mmg betul kalau tido maghrib mmg boleh jadi ngigau kan KB.... Tido lepas Asar ni biasanya nyenyak dia lain macam tau.
ReplyDeleteTulah....sekejap jer mereka dah besae kan. Terasa cepat jer masa berlalu kan KB...
hehehe boleh plak mengigau nak g sekolah yer..
ReplyDelete