Friday, April 29, 2016

Zarif dan Baby

Assalamualaikum

Ok last, cerita kuda lagi ek. hik hik

Naik kereta kuda sudah, main-main di padang sudah...ke mana lagi nak di tuju?

Cadangnya, kami nak terus balik. Tapi mira ajak tengok kuda lain. Lagi besar katanya. Mira dan Daniel dah biasa tengok sebab dekat dengan tempat mengaji dia orang. Jadi, aku terus lencong ke kawasan perumahan bersebelahan dengan padang kawat/parkir kereta istana, tempat kami naik kereta kuda tu.

Amir bergambar dengan Zarif (kanan) dan Baby (kiri)
Zarif dan Baby (nama kuda) adalah kuda racing. Sekarang mereka dah tua dan tak sesuai lagi untuk berlumba. Mungkin dah tak cekap berlari agaknya. Disebabkan dah tidak ekonomi, kuda-kuda ini hendak dilupuskan, maksudnya nak ditembak mati.

Kita sebagai manusia mesti sedikit ada rasa belas kasihan kan? Aku yang mendengar cerita ini pun, terkejut pada mulanya. Mengenangkan kuda-kuda ini adalah haiwan, atas perikemanusiaan, maka tuan mereka ni telah membeli dari tempat racing kuda tu. Harga tiap-tiap seekor dikatakan RM30k. Jadi kalau dua ekor, kiralah sendiri...berapa kan.

Begitu lah al-kisah ceritanya, wallahu'alam. Aku cerita ni berdasarkan apa yang disampaikan dan apa yang aku dengar dari penduduk sekeliling dekat situ. Kalau tak tepat, aku mintak maaf.

Tuan kuda yang berbaju-t hitam (belakang) sedang melayan Zarif minum.

Adik aku dengan Yusuf
Sekarang, Zarif dan Baby duduk di kawasan perumahan tempat tuannya menginap. Sesiapa nak datang tengok, boleh jer datang... dibenarkan.


Masa kami sampai, tuan kuda tu kata boleh pegang. Dia tunjukkan caranya, mula-mula tengok telinganya, kalau biasa saja, tepuk-tepuk lehernya. Cakap..."easy Baby, easy. easy. Tapi kalau telinganya terpacak naik ke atas, jangan cuba ganggu dia.

Bila Amir cuba nak tepuk leher Baby, dia berhengus, terus tak jadi.

Kami dengan Baby.
Semalam, semasa menghantar anak-anak mengaji nampak Zarif dan Baby meragut rumput di padang kawat.

-kuda, makhluk Allah yang sangat sinonim di zaman Rasullah s.a.w-

3 comments:

  1. Kalau dah banyak duit sanggup beli kuda mahal macam itu kan KB
    Kalau kakak baik beli kereta boleh jalan jauh mana-mana hihi...

    Yusuf! auntie geramlah tengok awak:)

    ReplyDelete
  2. Alahai...kalau ditembak mati sedihnya kan KB... Nasiblah ada org yg sanggup beli. Ikutkan kudrat org mcm saya ni mmg tak mampulah....

    ReplyDelete
  3. sedihnya kalau ditembak mati, mujur ada yang sanggup beli dan jaga kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^