Cuaca panas saban hari, siang malam berpeluh, apabila dapat limpahan hujan hujung minggu baru-baru ni bagai satu nikmat yang dinanti-nanti. Sangat bersyukur apabila, tanah yang kontang, daun-daun pokok yang kering dapat disimbah air hujan mencurah-curah. Walau seketika sudah cukup untuk mengucapkan kata syukur.
Anak-anak aku pun sama bermandi hujan. Macam tak pernah jumpa hujan lagaknya. Yusuf apa dikenangkan, memang tiap-tiap masa suka main air. Kalau mandi, semahu-mahunya dia tidak mahu berhenti mandi dan keluar dari bath tub dia. Menjerit-jerit dia kalau diangkat.
Ini masa mula-mula, belum berhujan lagi. Tadah lah korang air tuuu.
Dah mula basah kuyup.
Hujung minggu aku dan anak-anak duduk di kampung. Berjumpa adik aku yang baru berhijrah dari KL dan akan menetap di Perak. Mula-mula kami beramai-ramai duduk berangin-angin di beranda, tengok hujan turun. Lepas tu, ada lah tangan-tangan yang gatal menadah air yang turun. Kemudian minta nak mandi hujan. Bila mama bagi lampu hijau kata boleh, pergi lah...., semuanya sorak yeeeaahhhh!!!. Terus berlari keluar.
Suka sangat, berlari-lari...melompat-lompat. Naik basikal, ronda keliling laman. Aku tak melarang kalau sekali sekala anak-anak nak bermain. Kutiplah pengalaman itu. Zaman aku kecik-kecik dulu pun, selalu mandi hujan, siap terpacak berdiri bawah cucur atap. Sengaja biarkan air menimpa kepala. Berlari berguling atas rumput dengan adik-adik. Di sini juga lah tempatnya.
Tapi kalau dah berhari-hari main hujan, mau kena piat telinga. Tak larat lah pulak mak nak mencuci baju kotor penuh rumput.
"Mama tak kasi yusuf main hujan. Dia suruh duduk dengan Chik Teh kat sini jer"
Bapak aku tengok, bising.
Tok :: astagfirullahal'azim, cubalah buat benda berfaedah dari buang masa tak tentu arah ni.
Amir :: Tok, nanti dah besar tak boleh main hujan dah.
Hahaha... terkenang kakak dulu masa kecik-kecik macam inilah KB
ReplyDeleteSiap berdiri kat tong drum bawah pancuran air sebab bila penuh kan dia terkeluar dari drum kakak tadah dgn kepala. Kelakar bila tengok anak-anak KB ni macam budak negara arab jumpa hujan lagaknya:)
Sesekali boleh lah ye KB..
ReplyDeleteSelalu kena piat telinga 😁
Happy dorangkan..😃
Kalau tak de kilat petir tak perlah KB....takut tetiba dtg tu....
ReplyDeleteTp mmg bestlah main hujan tambah yg lebat tu hihi...
seronoknya dapat main hujan..sampai jatuh2 tu haa..hehehe comellah anak2 nih
ReplyDeleteSerius kak bgi jek ank2 main hujan ni la kenangn kta msa kecik2 dulu best!
ReplyDeleteseronok. sgt seronok. teringat dulu masa aida kecik2, few times abah jadik sporting and kasik kitorang main hujan.
ReplyDeletebut anak2 aida x pernah lg aida benarkan. hi hi hi...