Thursday, April 21, 2016

Lupa Pakai Kasut

Assalamualaikum

Pagi tadi bila daniel sudah bersiap, dia duduk bermain dengan yusuf. Aku tanya sudah sarapan atau belum, katanya, sudah. Sementara tunggu mira bersiap, aku suruh dia bawa beg dan bekal airnya ke kereta.

Siap semuanya, kami gerak menuju ke sekolah. Dalam perjalanan, mira tanya, daniel kasut kamu mana? Ha'ah laaaa...Dalam hati aku, sudah, kasut sekolah lupa pakai pulak.

Kena patah balik ke rumah. Bila sudah melepasi simpang tiga dekat rumah aku tu, susah sikit nak buat pusing U, jalan pun sesak diawal-awal pagi kerana orang keluar bekerja dan sekolah.

Bising lah kak mira sebab dah pukul 7:15. Lagi lima minit nak bunyi loceng. Menunggu jalan selamat untuk u-turn, satu hal jugak. Mira presure-presure aku, ok mama boleh dah, boleh dah...darah tinggi aku dibuatnya. Sempatlah mulut ni ceramah kejap. Sebenarnya, tak salahkan dia sebab tengah stress risau lambat. Aku pun stress jugak sebab kereta banyak sangat.

Tengah menunggu nak u-turn, jam tu jugak lah si yusuf tu 'membuat kek' dalam kereta. Sekali-sekala semerbak bau tinja dia menyusuk hidung. Sabar je lah.

Sampai rumah, kebetulan papa dengan amir baru masuk kereta nak ke klinik. [kes sakit mata]. Bila nampak kereta aku balik ke rumah, papa keluar kereta, tanya 'kenapa? Aku diam saja, tiada perkataan nak diucapkan dah....

Daniel pun keluar terkulat-kulat tunduk malu, turun dengan kaki berstokin mengambil kasut sekolahnya yang terlupa dipakai. Papa gelak tengok daniel....Aku? tak tahu nak gelak ke apa....

Lepas tu merempit la ke sekolah.

Disebabkan dia tak sengaja, aku betulkan semula emosi, tenang dan relax. Nanti kesian anak-anak hilang mood nak belajar.

Hai lah anak-anak, macam-macam lawak pagi ini. Dulu, amir, tertinggal beg sekolah. Lepas ni, jangan lah tertinggal apa-apa lagi.


7 comments:

  1. Masya-Allah... itulah kalau dah kata lupa nak cakap macamana kan. Anak kakak pernah tertinggal beg sekolah tau sebab selalu papanya yg bawa masuk kereta. Hari itu busy halau anjing nak berak depan rumah dia lupa ambil beg anak. Yg anak ingat papanya dah buat macam selalu. Patah balik sebab dah sampai sekolah masa tu. Lagi teruk!

    ReplyDelete
  2. Singgah balas..
    Laaa... bagaimana lah boleh tertinggal kasut .Memang kalut lah jadinya jika dah lupa ...

    ReplyDelete
  3. Haha.....nasiblah ada ibu yg penyabar. Gitulah anak anak KB, mcm mcm ragam, kekadang menggembirakan kekadang menjengkelkan.... Satu masa nanti kita akan rindu saat itu.

    Salam kenal...

    ReplyDelete
  4. Anak2 KB mcm2 perangai..
    Nak kata apa kan dah terlupa..
    Macam akak tu hari..
    Kalut2 siap mereka..
    Tengok pakai selipar jer..
    Dah lah kat ofis tak ada kasut spare..
    Mujur tak ada meeting atau keluar 😀

    ReplyDelete
  5. betul kadang2 taknak spoilkan mood anak2 pagi2 nak ke sekolah tu, tapi kadang2 mama ni kurang kesabarankan, sama saja dengan saya ni haa

    ReplyDelete
  6. hi hi adoi la...
    anak aida pernah tau.
    da sampai skola. da kuar and nak masuk pintu pagar skola.
    cikgu yg jaga kat luar pagar tu dgn pengawas skola, perasan anak aida pakai stokin tapi berselipar.
    sib baik aida tak gi lagi.
    dia berlari masuk balik dlm kereta.
    hmmmm rempit la balik tukar kasut :)
    anak oh anak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^