Friday, April 15, 2016

Pengalaman Pertama :: Ke Taman Permainan

Assalamualaikum

Sebagai ibu bekerja, jadual harian aku sangat padat. Anak-anak sudah beberapa kali mengajak ke taman permainan, baru kali ini dapat ditunaikan. Kebetulan, anak kecil aku sudah melewati umur satu tahun dan sudah boleh bertatih-tatih dua tiga tapak.

Ahad lepas, apa yang dijanji, dikotakan. Sebelum itu, aku minta mereka untuk bereskan tanggungjawab mereka dahulu seperti mencuci kasut sekolah, simpan pakaian yang telah dilipat dan kemas bilik masing-masing. Laju saja anak-anak buat semua tu, bila itu syarat yang dikenakan. Sebenarnya saja jer aku bagi syarat, kalau tak...lambat jer kerja berjalan, macam siput. 'Nanti kejap', itu saja yang diucap.



Kami sampai awal. Masa ni orang masih kurang. Senang nak bermain tanpa berebut-rebut. Bagi Yusuf, ini pertama kali aku bawa dia ke sini. Kesian dia, mama tak pernah bawak ye dik? Sebelum ini memang tak pernah dedahkan dia dengan suasana macam ni. Bukan aku tak suka, tapi aku rasa sebab dia belum boleh berjalan, tak ada apa sangat yang boleh dia buat kalau ke tempat macam ni.






Mula-mula sampai, Daniel yang banyak bermain ke sana ke mari. Yusuf tak berapa minat atau tak tahu apa nak dimain. Ye lah, berjalan pun bertatih-tatih saja. Baru dua tiga tapak, jatuh. Muka ketat je bila mira bawak dia naik gelongsor. Naik jongkang-jongket pun sama. Diam je.  Aku cuba letak dia atas enjut-enjut tu pun, tiada reaksi jugak. Naik buai pun sama. Dia lebih kepada tengok orang sekeliling. Pandang kanan pandang kiri.

Hai yusuf, pelik mama kau dik? Mungkin pengalaman pertama kot...tak pandai lagi nak berlari-lari. Tunggu dapat kaki nanti. Haa..masa tu jenuh la nak mengejar. 


Akhir sekali, aku bawak dia ke satu gelongsor yang rendah sikit. aku gelongsorkan dia banyak kali. Naik turun, naik turun. Barulah dia suka. Nampak happynya. Sampai ke bawah tak mahu di dukung, terus badan menghala ke gelongsor mintak nak buat lagi....sampai tak nak henti-henti pulak. Lenguh tangan mama dibuatnya.

Agaknya, tadi tu...otak dia baru nak mentafsir 'oh! ini tempat untuk bermain rupa-rupanya. seronok juga ye'.  Ha ha..Mama kau ni jer yang lambat bawak ke sini. Nanti kita pergi lagi ye nak.

Ini salah satu aktiviti aku bersama anak-anak di hujung minggu. Selain tak perlu berbelanja besar, dapat juga menggembirakan hati anak dan mengeratkan lagi kasih sayang, ewah!.



"Jika anak anda gemarkan aktiviti bermain di taman permainan, ia adalah satu petanda yang bagus! 


Keupayaan kanak-kanak untuk melakukan kemahiran motor kasar secara langsung berkaitan dengan kecergasan fizikal. Jika dia seorang yang aktif bergerak ,mereka tidak ada masalah dalam aktiviti-aktiviti seperti melompat tali, memanjat pokok, dan mengayunkan ke atas peralatan taman permainan. Jika kanak-kanak tidak sukakan aktiviti luar (outdoor) , tabiat ini cenderung untuk kekal sehingga dewasa menyebabkan kanak-kanak tidak aktif secara fizikal untuk membesar menjadi  orang dewasa yang kurang aktif.


#yusuf13bulan

4 comments:

  1. Dah fitrah anak2 bermain KB..
    Akak pun macam tu KB..
    BZ memanjang jadi payah benor nak ke taman yg sekakang kera jer dari rumah akak ni..
    Nak bagi dorang main sendiri takut pulak..

    Seronok dah yusof dapat main gelongsor..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, cantik taman permainan sini, happy Yusuf dapat main tu..

    ReplyDelete
  3. Betul juga KB sebab baru pertama kali tengok pulak ramai org lain bukan ahli keluarga biasa. Tapi bila dpt main dgn mama barulah adik rasa seronok sampai nak ulang-ulang...

    ReplyDelete
  4. anak2 aida kalu ke tmn mainan, memang happy takde penghujung.
    tak mau balik !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^