Assalamualaikum.
Lepas naik kereta kuda petang tu, kami main-main kat padang. Orang tempatan sini panggil padang kawat [tak tahu kenapa]. Di situ juga tempatnya. Sebelah je dengan tempat naik kuda tu.
Sebelum tu, nak bagi tahu, tempat yang aku pergi ni, di Kuala Kangsar jer. Kot-kot ada yang tersilap anggap kata di Ipoh. Lima belas minit dari rumah kami kalau naik kereta/motor. Kalau berjalan kaki boleh sampai juga tapi mau berpeluh satu badan kot. Eh! bukan lawak ek. Kat sini memang tempat sesuai untuk berjogging dan memang ramai pun yang keluar petang-petang berjalan kaki.
Aku memang hari-hari lalu kat sini. Bukan jogging tapi menghantar anak belajar al-quran. Hari-hari nampak kuda tapi tak singgah.
Lepas naik kuda, aku biarkan yusuf jalan-jalan kat rumput. Practice berjalan namanya. Konon-konon nak bagi kaki dia kuat. Padahal aku dah tak larat nak mendukung dia. Naik lenguh tangan.. Tapi dia memang suka kena lepas macam tu. Berjalan jer lah kerjanya. baru dapat kaki kannn.
Sebenarnya petang tu, adik aku ada ikut sekali. Tu..yang bertudung cokelat tu... |
Tengok lah yusuf berjalan, tak tahu erti penat.
Di hujung sana tu, ada family main layang-layang.
Sambil si yusuf ni berjalan-jalan, dia buat aktiviti mencabut rumput. Aku biarkan jer. Baik untuk fine-motor skill anak-anak kecil macam yusuf. Nak bagi jari dia kuat. Bagus juga untuk melatih deria rasa di tangannya. [Sensory Development]
Masa daniel tengah asyik tengok orang main layang-layang, aku dengan mira ralit tengok remote-control helikopter. Tunjuk pada yusuf sekali. Teruja.
Kalau boleh nampak, padang sebelah sana tu, ada budak-budak muda main bola sepak.
Kalau boleh nampak, padang sebelah sana tu, ada budak-budak muda main bola sepak.
Yusuf - bila tengah syok main,tak suka kalau orang pegang-pegang dia. |
Dah puas bermain lari-lari kami balik..tapi bukan balik rumah. Menyinggah dulu kat kuda yang lain. Nanti cerita ye.
Yusuf tu yg cute sangat. Mesti dpt banyak experience baru. Naik kudalah, main cabut dan rasa sendiri rumput yg dipijaknya. Kakak rasa macam nak ambik aje Yusuf ni tau:) Sukalah kakak tengok dia.
ReplyDeleteSeronok anak2 kalau dapat jalan2 santai begini kan...nak2 yusuf tentunya lebih excited dapat bebas berjalan .
ReplyDeleteBest dapat rumah dekat dengan kawasan riadah ,hari2 pun boleh datang.
Btul kak knak2 usia yusuf biar kn dia mneroka bgi merngsang motor halus n mtor ksar dia bkmbng
ReplyDeleteBtul kak knak2 usia yusuf biar kn dia mneroka bgi merngsang motor halus n mtor ksar dia bkmbng
ReplyDelete