Thursday, April 28, 2016

Naik Kereta Kuda

Assalamualaikum

kudaku lari gagah berani
ayuh lari hai kudaku lari
kudaku lari kencang
rasa hatiku girang
kawan-kawanku riang
[KUDA KU LARI-SHARIFAH AINI]


Sejak anak kecil aku dah mula berjalan, aku merajinkan diri keluar outing di hujung minggu. Sabtu lepas, ada kenduri kawan office-mate aku di Ipoh. Kami pergi sekeluarga. Selesai makan kenduri, kami tergesa-gesa balik sebab papa nak masuk kerja. Lepas turunkan papa, kami terus balik.

Petang, kami bersiar-siar di kawasan tempat letak kereta istana. Gambar atas tu, nampak sayup-sayup jer kubah Istana Iskandariah. Zaman aku kecik-kecik dulu nampak jelas sangat tapi sekarang susah nak ambil view istana sebab semuanya dah ditutup pokok-pokok yang tinggi.

Kat sini, macam-macam aktiviti boleh buat. Dulu rajin ke sini teman papa main bola. Kat sini jugalah, aku mencuba bawak kereta sebelum ada lesen. Tempatnya memang luaaaas. 

Kuda ini menanti untuk ditunggang
Kali ni aku ke mari bawak anak-anak tengok kuda. Boleh datang dekat-dekat. Kalau berani boleh pegang. Macam Yusuf ni, disuruh pegang, takut dia. Tapi hati-hati...silap hari bulan kalau kuda moody boleh kena tendang. Kuda paling sensitif kalau kita lalu lalang atau berdiri di belakang bontotnya. Ingat!.




Kami memilih untuk naik kereta kuda. Anak-anak saja yang naik. Aku cuma tengok kan dia orang saja. Seorang budak cajnya RM5, dua pusingan. Dewasa RM10. Okaylah kan? Kereta kuda mampu milik bayar. Keretanya pun biasa-biasa saja. Untuk anak-anak berseronok.

Aku dan anak-anak
Dah habis, anak muda yang bawak kereta kuda ni bagi peluang kami untuk bergambar, Katanya, 'makcik nak tangkap gambar sekali, naiklah atas'. Nampak beno aku ni dah tua, dipanggil makcik, hihi.

-bersambung di entri seterusnya-



notakaki: minggu ni aku sibuk, baru hari ini ada kelapangan.


3 comments:

  1. Bukan selalu dpt peluang macam ini
    Anak-anak mesti teruja. Yusuf tu ok pulak bila kak Mira pegang taklah dia takut sangat KB. Sebab ada budak terus meraung bila kuda bergerak. Gayat agaknya.

    ReplyDelete
  2. oo ada juga di ipoh ya. anak2 saya pun suka naik kete kuda

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! ini di kuala kangsar....15 minit saja dari rumah saya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^