Assalamualaikum
Masih lagi cerita kenduri kahwin sabtu lepas. Kebetulan aku pergi bersama-sama anak-anak adik aku, Aina dan Danish. Mama mereka bekerja, hari cuti duduk di rumah emak. Bila dapat geng, macam-macam ragam dan kerenah.
|
Berebut belon - Sebaik tiba di perkarangan rumah pengantin, ini dulu yang mereka kejar. Amirah mengambil untuk adik Yusuf. |
|
Daniel dan Danish - masing-masing seorang satu di tangan. |
|
Amirah dan Aina - Bila seorang tak mahu makan nasik, seorang lagi pun turut tak mahu makan. Walaupun sudah dipaksa oleh emak tetap tak mahu. Sudah dapat apam balik, kuih, aiskrim, sudah cukup buat mereka. Danish dan daniel pun serupa, tak mahu makan nasi. |
|
Yusuf - Kalau ikutkan aku tak mahu beri yusuf makan ni tetapi dah menjerit dan mengapai apa saja yang orang lain makan. Emak pulak tak boleh dengar cucunya menangis, Beri jugak lah apam balik gebu ini. Bukannya makan pun, saja suka gigit-gigit. Lastnya, aku yang makan. |
|
Daniel - Mula-mula tak mahu makan, bila aku diumpan dia dengan lauk sambal udang, baru dia mengalah untuk makan. |
|
Amir - pergi ke tempat kenduri bersama-sama, Apabila sampai berjumpa rakan taulan, dia duduk dengan kawan-kawannya. Segan diejek asyik duduk bawah ketiak mak. Lepas makan ganggu adik-adik. |
|
Aku beratur belakang seorang anak muda menunggu aiskrim untuk emak. Si Yusuf boleh tegur sambil hulur tangan tanda dia pun nak juga. Langsung diberikan kepunyaan dia kepada yusuf. Aku cakap tak payah lah beri, nanti aku boleh ambil yang lain, tapi diberinya juga pada yusuf. Terpaksa anak muda itu menunggu giliran yang lain pula. Dapat juga dia aiskrim tu. Sedut sikit-sikit, yang selebihnya meleleh cair kerana panas matahari. Habis baju dan tudung aku. |
|
Amirah dengan aiskrim batang yang ke-berapa entah. Sebelah kiri pegang belon dan goodies bag. |
|
Waktu sibuk-sibuk mengambil aiskrim, sedar-sedar daniel dengan danish hilang dari pandangan. Jenuh cari tak jumpa. Emak kata tak pe lah, nanti diorang balik lah tu [rumah dekat jer] tapi aku yang risau. Semasa berjalan ke rumah, sedar-sedar mereka keluar dari semak siap jerkah-jerkah lagi, uwaaah!! bagi kami terkejut......kuussss semangat!.
Orang tengah risau, dorang boleh main-main pulak. |
Macam-macam perangai anak-anak aku bila dah ramai macam ni.
Boleh tahan Yusuf ni KB
ReplyDeleteKakak suka sangat tengok dia ni
Kalau kakak dulu macam mak KB daripada anak menangis bagi aje
Bukan dia makan pun buat rasa-rasa... ala janji tak tercekik sudah.
Senang kalau tak pantang-pantang ni. Besar juga pun anak kakak. Sihat alhamdulillah. Harap Yusuf pun macam anak auntie ni apa pun boleh hahaha...
Anak2 kalau pergi kenduri kawin..
ReplyDeleteAda aiskrim dan kuih kegemarannya..
Tak adalah nasi tu dipandangnya..
Itulah yg diulangi nya berkali-kali..
Serupa macam anak akak juga tu..
Dah besar yusoff.
Bertambah bambam..
skrg kebanyakan kenduri mmg ada aiskrim. gelagat anak2 gi kenduri memang excited la kan
ReplyDelete