Monday, April 11, 2016

Kenduri Kahwin April # 1 - Makan-Makan

Assalamualaikum

Boleh dikatakan bulan April ni, hampir setiap minggu kami dapat jemputan kenduri kahwin. Dari minggu lepas, Sabtu baru-baru ni sampai hujung bulan nanti. Ada saja orang mendirikan 'masjid'. Mungkin nak berpuasa dan beraya bersama sebagai suami isteri agaknya.

Seperti biasa, kalau orang menjemput, tak ada aral melintang, insyaallah aku hadir. Anak-anak kenalah bawak sekali. Nak tinggal dengan sapa pulak kan. Emak? Emak pun pergi sekali dengan aku. Minggu lepas, kenduri kahwin jiran emak. Dah hari-hari aku lalu lalang depan rumah dia menghantar yusuf.  Dia menjemput haruslah ditunaikan.

Sebelum pergi, saja lah foto-foto dulu. Daniel, kalau ambik gambar suka buat muka.
kami pergi berlima.
Dah pukul 11.30 pagi. Yusuf yang tengah tidur kena angkat sebab dah berjanji dengan emak nak ke tempat kenduri pukul 12 tengahari. mujur dia tak meragam. Kesian, muka monyok je baru bangun tidur.

Sampai rumah emak, berjalan kaki ke rumah pengantin. Jumpa mak pak pengantin, kemudian kami terus ke khemah dan makan. banyak betul makanannya.Tak macam anak dia yang kahwin dulu, kalau dulu gotong-royong, kali ni katering. Makanan sampingan lain, ada laksa, apam balik, kuih dangai, aiskrim, abc, pelbagai jenis air-soya, bandung, sirap, oren, satu lagi aku lupa air apa. Kuih-muih tradisional pun adooo.  Meriahnya ya ampun. 


Aku, yusuf, daniel dan emak.
Yang belakang, hujung sana tu ada gerai-gerai kuih dangai dengan apam balik. Ada nampak seorang dua makcik tengah menunggu kuih dangai.


Aku makan ni - nasik lauk kari daging campur umbuk pisang, sambal udang, kerabu perut dan ayam goreng. Tembikai tu, aku suap yusuf. Ada jugak ikan patin masak tempoyak. Aku tak ambik. Mulut aku ni, kalau tempoyak, tak syiok kalau makan campur dengan kuah-kuah lain. Biar tempoyak semata baru terasa nikmatnya.

Lepas makan nasik, ambik dangai dengan apam balik. Jangan tak merasa orang kata. Lain-lain menu, tak daya doh nak makan...

Apam Balik Perisa Biasa dan Pandan. Jenis rangup. Emak makan jenis gebu.
Dangai - comel-comel dan panas-panas. Sedap.
Anak-anak aku melayan aiskrim ulang-ulang kali. Aiskrim batang, aiskrim kon. aiskrim batang, aiskrim kon. Makan sampai melekit-lekit jari. Nak balik pun, sempat tapau lagi se-round...untuk makan sambil berjalan ke rumah. sabo je lah.

Pengantin Baru - semasa nak balik, sempat snap satu gambo pengantin yang baru tiba.

Hari ni dah 3 Rejab. Kejap betul masa berlalu. Sebulan dua lagi, Ramadhan pun menjengah. Sambil-sambil makan kenduri tu, teringat jugak nak puasa Isnin Khamis sempena Rejab Syaaban ni. Dah lama tinggal sebab pregnant dan breasfeeding setahun dua yang lepas. Sekarang yusuf dah makan, bolehlah mula balik. Jom puasa..

3 comments:

  1. Begitulah KB. Macam dah tersusun jadual utk org kita bila nak masuk ramadhan tersusun sudah jadual majlis nak kena hadir terutama majlis kahwin. Raya nanti jumpalah pasangan pengntin baru beraya kali pertama.

    Makan kenduri sekarang banyak dah guna katering aje. Senang.

    ReplyDelete
  2. hari tu saya ada juga ke majlis akikah kawan mama, tapi saya susah sikit nak snap2 ni sbb asyik melayan anak2. pastu melayan makan pun sama gak. hihih

    ReplyDelete
  3. kata org..lagi banyak makanan lg lama tetamu 'duduk'..makan2..sembang2...sampai tetamu yg baru tiba takda kerusi meja nak duduk..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^