Monday, April 25, 2016

J Untuk Apa?

Assalamualaikum

Dalam empat anak-anak aku, daniel selalu buat lawak antarabangsa. Dalam tak sengaja jer dia buat lawak, lepas tu buat muka tak bersalah.

Korang tahu lagu Jangan Pisahkan? Dulu-dulu, bila di radio ada main lagu tu...dia selalu ikut nyanyi sekali..tapi nyanyi ikut sedap mulut dia lah. Dengan mimik muka bersahaja, beriya-iya nyanyi. Kuat pulak tu.
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, kecikkan dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan dukaaaaaa

Kami yang dengar ni, pandang muka masing-masing, gelak sesama sendiri. Hahaha...tapi dia tak paham apa-apa. So dia buat don't know jer lah.

Baru-baru ni, tiga beradik tak berdosa ni...amir, amirah dan daniel main teka-teka. Tajuknya anggota badan. Sorang akan beri satu huruf dan ingat anggota badan yang dia fikirkan. Orang lain akan teka apa yang dia fikirkan itu. [korang paham ke?]

Amir : M
Mira : muka
Amir : bukan
Daniel : mulut
Amir : betul

Mira : K
Amir : Kaki
Mira : bukan
Daniel : Kepala
Mira : bukan
Amir : Ketiak
Mira : betul

Daniel : J
Mira : Jari
Daniel : bukan
Amir : Jantung
Daniel : bukan

Amir dan Mira berfikir.....
Aku pun pelik....apa lah yang si daniel ni fikir
jadi aku menyampuk dari jauh

Mama : Janggut
Daniel : bukan
Amir dah mati kutu, dia sebut jubur [dubur]
Daniel : bukan

Mira : habis tu, apa?
Daniel : dia ada kat muka amir je
Amir : Jerawat
Daniel : betuuuul
Amir : @$%$^&^*%%
Mira : hahahahaha...amir ada jerawat

Mira: mama, tahu tak apa J tu untuk apa?
(sambil muka tak tahan gelak)
Mama : apa dia?
Mira : Ada kat muka amir ...jerawat.
         betul lah kan, j untuk jerawat
Mama : hahaha...betul lah haha

Amir : siap kamu daniel...[muka tak puas hati]

7 comments:

  1. bolehler tu... payah nak tekakan...

    ReplyDelete
  2. hahha...dlm ramai2 adk beradik mesti ad yg creative sorang...baru la hari2 ceria...hahahha daniel o daniel..penyeri sungguh ni

    ReplyDelete
  3. Hihi... mestilah Amir panas sebab jerawat bukan anggota badan
    Bertuah betul anak. Manalah tak gelak dibuat anak-anak kan KB
    Best anak-anak masih kecik lagi. Meriah dia lebih sikit:)

    ReplyDelete
  4. :-) lawak antarabangsa anak KB kan...
    Panas Amir dikenakan adek2 ya...
    Seronok kan bila anak2 bermain bergurau senda gitu...satu hari nanti bila anak2 dah besar kita akan merindui suasana itu.

    ReplyDelete
  5. hahaha kelakarlah anak-anak ni. macam2 kan boleh pula tu nak menyakat, J untuk apa> jerawat rupanya

    ReplyDelete
  6. ha hah a...
    sel sel memang sedang berhubung dgn baik sgt nih!

    ReplyDelete
  7. Banyak gelak bagus.
    Elok untuk kesihatan seisi sekeluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^