Tuesday, March 29, 2016

Family Outing - Pergi Pawagam

Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas anak-anak gembira sangat. Sebab apa? Sebab, papa dah berjanji nak pergi menonton wayang. Cerita Boboboi pulak tu. Seronoklah budak-budak termasuklah amir yang bukan kategori 'budak' lagi. [amir tiket dewasa]

Lepas dah semak masa tayangan di internet, masa yang sesuai 10 malam. Ada juga pukul 2.30 petang di Ipoh Parade tapi tak sempatlah sebab papa pukul 4-5 baru habis kerja. Pukul 6 - 6.30 baru nak tiba rumah. Sebenarnya aku rasa, pukul 10 tu sesuai sangat. Dah lepas waktu sembahyang, waktu makan malam, yusuf pun mungkin kurang aktif dah. [pada fikiran aku].

So, ini dia tiket wayang kami. Tengok di TGV Kinta City, Ipoh. Kuala Kangsar tak ada panggung wayang maaa. Tengok nombor seat D5 - D9. Di barisan empat dari depan. Yang belakang semua dah habis dijual. Tak per lah kan, daripada tak dapat  masuk langsung.
Seperti dijanjikan, pukul 7 malam bergerak dari rumah. Perjalanan ke Ipoh, mencari parkir kereta, membeli tiket wayang semuanya dah sekian waktu. Bila semua selesai terus ke surau solat dulu. Kami pecah dua. Seharusnya lah pecah dua, kan? Mengikut jantina kecuali yusuf masuk ke surau wanita.

Aku dengan mira bergantian solat dan menjaga yusuf. Surau dah padat dengan orang, bila turn aku nak berwudu' dan pass yusuf pada mira..yusuf boleh melalak-lalak pulak dia. Takut agaknya tengok ramai orang di sekeliling. 

Selesai kewajipan. Lepas tu kami pergi makan. Nak mencari makan pun satu hal. Mula-mula nak makan di food court saja. Dekat. Mira nak makan Mc D, kena turun bawah balik...cari-cari rupanya Mc D dah takde di Aeon. Naik atas balik, pergi food court. 

Nasi Ayam Hainan-pilihan amir dan daniel. Sebenarnya mereka nak makan chicken chop, beratur punya panjang, sampai giliran habis pulak. Kena cari menu lain.

Sizzling Yee Mee - papa dengan mama. Akhirnya, papa punya diberi pada mira. Mira pun asalnya nak makan chicken chop, sebab dah habis, tukar beratur di gerai sizzling mee...sampai giliran habis juga. Last sekali, papa makan wantan kicap. Yusuf kongsi makan sizzling mee dengan mama.

Sementara ada masa, lepas makan jalan-jalan cuci mata. Anak-anak dapat sesuatu dari papa mereka.

Aku dengan encik suami tak menyangka orang seramai ini. Ingatkan dah lama ditayangkan, mungkin dah tak ramai orang. Mujurlah kami awal. Ticket sold out. Masa makan pun, ada sekali sekala menjenguk di luar cermin. Nampak jalan masuk ke Aeon dah mula sesak, pergerakan kereta jadi lambat.

Dalam panggung, setengah jam pertama aku tak dapat fokus pada jalan cerita. Fokus aku hanya pada yusuf yang tak nak duduk diam. Merangkak atas carpet. Tegur orang belakang. cuit-cuit makcik depan. Pegang-pegang kepala anaknya, lepas tu ditariknya rambut dia. Kesian budak tu. Bila dipegang, dia melangkah ke sebelah kanan tempat papa. gagau popcorn papa, suap mama. kemudian dikoreknya semula dalam mulut mama. Bila dah bosan, dia ke kiri, ke tempat kak mira pulak. Tak heran langsung dia dengan skrin besar di depan, efek bunyi yang kuat pun dia tak kesah. Last-last aku susukan dia secara paksa, baru dia diam. Akhirnya tertidur. Barulah boleh fokus.

Pada aku jalan ceritanya menyeronokkan, Memang tak bosan dari awal sampai habis cerita. Ada selang seli dengan adegan kelakar.  Aku pun tergelaklah jugak tengok. Part sedih pun ada jugak, masa boboboi nangis bila ocobot hancur. Oklah, boleh dibanggakan.

Tiga orang ni berposing dulu depan poster masa papa dengan amir beratur membeli pop-corn. 
Daniel sampai ke pagi esoknya terkesan dengan cerita tu......asyik-asyik "kesian klamkabot.......kesian klamkabot". Mujur juga esoknya Ahad, cuti. Kalau sekolah, mesti mengantuk dalam kelas.


# Anak-anak bila ditanya PAWAGAM tu apa, rupa-rupanya mereka tak tahu. jawapan yang diberi 'wayanglah'. Bila diterangkan PAnggung WAyang GAMbar, baru mereka...ooooohhh. Alahai anak-anak, mujurlah mama bertanya.



5 comments:

  1. si kecik kat rumah tu pun sibuk boboboi boboboi katanya...heee...

    ReplyDelete
  2. Boboiboy ni bukan anak-anak seusia anak-anak KB yg suka tau
    Anak kakak yg dah remaja pun pergi dgn kawan-kawan mereka. Sama katanya sesak betul kat pawagam dek kerana masa dia nak menonton tu ada cerita apa tu.. eh lupa pulak kakak anak Yusuf Haslam punyalah.. eh betul terlupa pulak huhu..

    ReplyDelete
  3. Oh... dah ingat KB
    Munafik tajuknya hihi.. dah tualah dik:)

    ReplyDelete
  4. memang best cerita boboiboy nih, bukan setakat anak2 maknya ni pun sakan menengok nye hehehe

    salam kenal

    ReplyDelete
  5. waaa.. feedback yang tengok semua kata best. menarik ni.. boleh la tgk nnti..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^