Cuti sekolah minggu lepas kami tak makan angin ke mana-mana.
Sebabnya Amir dan Amirah ada kelas tambahan. Kemudian, Sabtu Ahad Amirah bersambung pulak training bola baling untuk ke peringkat daerah.
Sebabnya Amir dan Amirah ada kelas tambahan. Kemudian, Sabtu Ahad Amirah bersambung pulak training bola baling untuk ke peringkat daerah.
Yusuf ke mana lagi kalau bukan ke taska. Daniel, Sabtu pertama cuti sudah ikut rombongan sekolah buat lawatan ke Kedah dan Penang.
Makanya, mama papa kerojelah macam biasa. Nak balik kampung, dekat sangat! Hari-hari pun memang balik kampung sepanjang cuti lepas kerana menghantar Daniel yang tak ada apa-apa program untuk transit kat rumah Atok.
Hujung minggu pulak, papa ada games bola. Amir wajiblah mengikut, almaklumlah bodyguard papa. Amirah ada training bola baling lagi.
Tinggallah kami bertiga..... Lepas hantar Amirah ke sekolah, mama terus tegak ke padang kawad istana, menghabiskan masa nak bermain dengan Daniel Yusuf. Kalau mengikut kata hati aku suka dok rumah ajer menguruskan rumahtangga yang diabaikan selama seminggu. Tapi kesian kat anak-anak kalau mamanya bersilat kemas rumah, dia orang tengok tv jer lah, tak buat apa-apa.
Jadi, minggu lepas korbanlah sikit masa aku untuk mereka......

Main bola di padang
Tengok burung atas pokok
Memegang embun pagi
Kejar burung yang landing kat atas tar
Walkton dengan anak-anak. Kami jalan sampai hujung. Penat woi, basah ketiak dibuatnya!
Dah penat, kami rehat dulu sambil sarapan yang dibawak dari rumah.
Lepas makan sambung main bola lagi. Gambar bermain bola takde sebab aku pun dok main sekali dengan mereka.
Cukup masa nak ambil Amirah baru kami berangkat balik. Itupun jenuh memujuk si Yusuf.....
Mama : Yusuf jom kita balik, ambil kakak
Yusuf : Taknak! Mama jom-jom main bola [sambil pegang bola]
Mama : ok, jom.
Dalam masa yang sama aku remind banyak kali kat Yusuf - 'sikit lagi kita balik ye'.
Aku bagi tempoh 5-10 minit kat Yusuf, cukup masa angkat masuk kereta. Dia 'rela terpaksa' ajer lah sebab dah mind setting kena balik......huhuhu
p/s: budak-budak usia ni, tak payah jalan jauh-jauh. Aktiviti macam ni pun dah seronok sangat bagi mereka. 🏃🏃🏃
Emaknya pulak yang penat tak terkata, sebabnya bukan kategori 'ibu muda' lagi. 😂😂😂
Time cuti sekolah la kan nak spend lebih masa dengan anak.. Plan mcm2 xtvt mesti seronok.
ReplyDeleteBetul tu...masa yang sikit pun sekiranya dimanfaatkan bersama anak2 dan keluarga akan lebih mengeratkan silaturrahim kan... Anak2 riang, ibu bapa senang...
ReplyDeleteSpending masa dengan anak anak or family member amat seronok and enjoy
ReplyDeleteBetul tu KB..
ReplyDeleteJanji keluar dari rumah..
Suka lah dorang bermain..
betul tu kak anak2 ni dapar main dekat padang depan rumah pun jadi, asalkan dapat bermain kan
ReplyDelete