Wednesday, March 15, 2017

Yusuf Minggu 10 :: Catatan Tingkah Laku

Rabu, 16 Jamadilakhir 1438H


Memandangkan cikgu/teacher Yusuf sangat sibuk minggu lepas, mereka tak dapat nak menghantar gambar-gambar setiap aktiviti anak -anak murid, katanya. Maka, kita akur sajalah dengan cakap teacher dan tunggu ajer gambar itu masuk ke group whatapps nanti. 


Walau bagaimanapun, setiap hari buku catatan taska tetap dikemaskini dengan baik oleh teacher Yusuf. Dah kata takde gambar bebudak ni, saya upload 'hitam putih kehidupan' tulisan teacher mengenai Yusuf di minggu ke-10/2017 ni. Sajalah ya buat tersenyum simpul ketika membaca di hari Rabu. Jom, baca [dalam hati]  ^_~


ISNIN, 6/3/2017


Tingkah laku : Yusuf nampak extra happy hari ni.
Yusuf jawab "peti ais" bila ticer tanya contoh peralatan di rumah. Tak pasti Yusuf sebut sendiri atau cikgu yang bagi jawapan. hehe


SELASA, 7/3/2017


Aktiviti : Memasukkan getah ke dalam batang kayu.

Tingkah laku : Yusuf masuk banyak tapi bila kawan dah start main dia pun ikut sama....Dah pandai ikut kawan....cakap ticer Yusuf tak heran dah...aduhai lah!


RABU, 8/3/2017


Aktiviti : Musical Chair - Yusuf main mula-mula tak mahu bangun, hehe. Bila dah faham sikit-sikit and ticer tolong-tolong carikan tempat dapat le Yusuf top-10......cayalah!

Tingkah laku: Yusuf akan tanya dulu 'apa ni?' pada makanan yang dia nak makan. Lepas ticer jawab baru masuk dalam mulut. hehe....banyak akai. ☺


KHAMIS, 9/3/2017


Aktiviti ; Mengenali haiwan jinak dan menyanyi lagu rama-rama

Tingkah laku : kebanyakan haiwan Yusuf dah kenal. Tahniah!!! hehehe"


JUMAAT, 10/3/2017



Tingkah laku : berkelakukan baik 





p/s : sekarang ni saya menulis entri di malam hari. Keesokkannya, baru dipublishkan. Kalau malam tu saya rajin atau tak mengantuk, atau tak penat atau tak malas, maka ada ler entri baru pagi-pagi tu. Jika sebaliknya berlaku, berlegar-legarlah entri lama untuk beberapa hari. BW pun dah jarang, maaf ya. Terima kasih kerana singgah sini ^__^






7 comments:

  1. Esok Yusuf besar completelah satu jilid mama dah karangkan. Dak Yusuf cuma perlu, bukukan lepas tu juallah mana tau laku hihi.... Mama makan royalti je.... Makcik kayooo

    ReplyDelete
  2. YUSUH ANAK BAIK MUDAH DIAJAR TICER

    ReplyDelete
  3. semoga yusuf sukses dalam study and life ya :)

    ReplyDelete
  4. Budak sekecil Yusof ni memang mudah di ajar.Mudah2an Yusuf jadi ank yg cemerlang kelak.

    ReplyDelete
  5. Hamboii, dah boleh cakap tak heran dah,mana belajar tu? Hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^