Bila cikgu Yusuf sebut 'Mari Menganyam', mula-mula mama fikirkan menganyam tikar......hehehe, tapi bila dah dapat gambar rupa-rupanya Yusuf dok buat lacing - masukkan tali ke dalam lubang, tarik keluar dan masuk lagi.
Pada kita lacing ni 'kacang mak lodeh' sangat tetapi pada anak-anak macam mereka ni, tak berapa nak kacang! Jenuh juga nak memasukkan tali tu. Terkial-kial, berpinar bijik mata agaknya ^_^
Faedah lacing/menganyam :
✔ meningkatkan kemahiran motor halus
✔ menajam daya tumpuan dan fokus
✔ meransang koordinasi mata dan tangan yang baik untuk anak menguasai kemahiran memegang pensel kelak.
✔ mengajar erti kesabaran
hihihi..
ReplyDeletemana-mana lubang jer mereka masuk ye KB..
comel yusof.. tekun ajer :)
Hihi...ye tak ye jugak ye Rul. Kome kejam mata pun jumpa lubang hihi...tapi bagi budak budak mesti hazab rasa agaknya.... Kelakar lak tengok keletah budak kecik ni
ReplyDeleteKalau jaga sendiri anak2 kat rumah tak pernah pulak terfikir nak ajar xtvt ini.Baguslah idea ni utk meransang otak si kecil.
ReplyDeleteBagusslah aktiviti yg taska yusuf buat ni. Mmg xtvt mcm ni meningkatkan moto halus dan koordinasi tgn mata ank2, akk nk buat jugalah kt tadika akk tu.
ReplyDeletetekun nampaknya masing2 menganyam tu
ReplyDelete