Thursday, March 9, 2017

Yusuf Minggu 9 :: Mari Kita Menconteng

Khamis, 10 Jamadilakhir 1438H


Tema : Peralatan di Sekolah - Alat Tulis - Memperkenalkan Pensel, Pemadam dan Pembaris ^_~


Menconteng adalah salah satu aktiviti yang paling disukai oleh anak-anak termasuklah Yusuf. Kalau di rumah, habis dah cadar tilam, seluar malah kakinya sendiri dicontengnya....Kebiasaannya, saya biarkan saja Yusuf menconteng buku-buku lama dan kertas sebab dengan cara itu Yusuf boleh meransang kreativitinya!

~ Yusuf di rumah ~

Dengan contengan juga, anak-anak dapat meningkatkan kemahiran motor halus, genggaman, koordinasi tangan dan mata, serta kekuatan otot. Oleh tu, mereka dapat mengawal pergerakan jari dengan baik dan dapat menggunakan pensel dengan cara yang betul di awal usia T_T.

Di taska - Yusuf dan rakan-rakan diberi peluang menconteng kertas oleh teacher. Lukislah apa saja dan luahkan isihati serta perasaan melalui lukisan tu yer..hihi

Menggunakan pensel dan pembaris


~ ini hasil karya dari imaginasi Yusuf ~
Ada gaya tak Yusuf pegang pensel dan pemadam? hihi





6 comments:

  1. Dah betul lah dia pegang pensil tu KB..
    Jadi lama2 semakin sebaik cara pegangan nya tu..
    Baguskan didikan dari awal ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, bestnya yusoff dah pandai sgt pgg pensil dan pemadam tu, kagum2 baru 2 thn lbh kan? Ada ank murid tusyen akk darjah 1 pun masih salah pegang pensil. Yg umur 6 thn pun ada tk pandai pgg pensil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum 2 thn kak. baru aje nak sambut birthday 2thn hujung bulan ni nanti ^_~

      Delete
  3. Yusuf nampaknya dah terer pegang pensil ye KB. Dah macam kita kita nilah....Ada jugak budak yg tak pandai lagi tu nampaknya. Mcm nak mencucuk jer gayanya hihi...
    Mesti mengulik mak dia je tu kat rumah

    ReplyDelete
  4. Makin kreatif si Yusuf ni kak Minah Kiwi tengok dia.. setiap hari banyak yang dia belajar kat Taska Permata tu

    ReplyDelete
  5. Kata orang 'melentur buluh biarlah dari rebung'
    Sybas Yusuf.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^