Ini entri kedua untuk hari ni. ^__^. Sebenarnya hari ni saya cuti kerana menjaga Yusuf yang demam dari hari Rabu. Bila anak tak sihat, mamanya kenalah bercuti. Dari hari Rabu jugalah tak masuk pejabat.
Menjaga si kecik ni sepanjang masa kena duduk depan mata dia. Kalau hilang dari pandangan mulalah menjerit. Amboi, tak bolehlah mamanya nak ke mana pun. Bila dia terlelap, saya ambil kesempatan tulis blog!
Oklah, tema pembelajaran Yusuf minggu lepas ialah pakaian. Pagi tadi dah up entri pasal budak-budak ni belajar pakai baju sendiri.
Entri ni pula, teacher mereka pakaikan lagi sekali costume haiwan. Nampaknya semua sudah boleh terima untuk pakai. Takde lah macam bulan dulu tu melalak, meraung bagai sampai berjujuran airmata. Hihihi..
Ini Yusuf dengan costume burung...
Burung kakak tua,
Hinggap di pintu gerbang,
Yusuf sudah dua,
Giginya sudah terbang.
😊
Pakai costume, main puppet.
Costume itik tu Nia...makwe Yusuf, opps!! ^_~
Bermain puppet dalam khemah.
Hihi...kenapa agaknya budak budak takut ek tengok costume binatang. Kelakar betullah diaorang ni.
ReplyDeleteTeringat mak kecik kecik pun takut dgn robot.
tak nangis dah ye, kira dah ok lah tu kan
ReplyDelete