Sewaktu ketika dahulu, kami pernah bergambar berlatar-belakangkan helikopter yang mendarat di padang kawad istana. Masa tu Yusuf baru berumur satu tahun dan dia tak pernah mengenali apa itu helikopter ^_~.
Sekarang, Yusuf sudah dua tahun. Dari kejauhan sudah menjerit helikopter....helikopter.....kalau dia nampak! Kebetulan, Sabtu minggu lalu selepas kenyang makan nasi minyak kenduri kahwin, kami meronda kawasan istana dan ternampak helikopter. Eh! mama pun terus corner baring masuk ke padang kawad sebab nak tunjuk pada Yusuf.
Yusuf pun gembira sebab dapat tengok helikopter dari jarak dekat. Kalau orang tua, apa lah sangat tengok helikopter tu ya hihihi....
~ Amirah ~ Kubah Istana Iskandariah kecik aje sebab jauh! |
~ Daniel ~ Datang serapat ini pun dah seriau sebab ada pak polisi yang memerhati |
~ Yusuf & Mama ~ ala-ala gambar taknak pandang kamera |
~ Gambar keluarga yang jarang lengkap ~ |
Gambar di atas dirakam oleh Amir yang tak mahu bergambar sekali. Encik Husband pula meneruskan perjuangan mencari nafkah. Justeru itu, saya post gambar-gambar ini ke husband. Tiba-tiba husband membalas dengan gambar di bawah ini............
\/
\/
\/
\/
~ Kubah istana yang besar dan helikopter yang ciput ~ |
~ Suasana malam di tempat yang sama ~ Helikopter sedang berlegar di angkasa |
\/
\/
\/
\/
teringin nak naik helikopter hehe
ReplyDeletelaksa nyer x macam laksa la Kak KB..dah macam mee kuning jer
ReplyDeletelaksa kuala kangsar special sikit, berbeza dari tempat lain ^_~
Deletedatang kk, cubalah rasa
Lain sikit laksa Kuala Kangsar ye KB..
ReplyDeleteNak Jalan2 cari makan di KK lah..
Makna nya en papa berada didalam istana tu lah ye..
Eh pandai akak meneka!
DeleteYe kak, laksa KK berbeza sikit dr laksa yg biasa tu, kdg2 org luar yg mkn tak berapa gemar.
"Eh! mama pun terus corner baring masuk ke padang kawad sebab nak tunjuk pada Yusuf."
ReplyDeleteMacam mara rupanya khairul koner baring masuk padang kawad. Tak terbayang saya.
bayangkan ajer, pusing stereng laju-laju melipat belok nyaris-nyaris tak terbalik kereta...hahaha
DeleteAmboi mama.....nak jugak ambik gambo sisi. Jeles dengan maklah tu. Hihi...
ReplyDeleteKiranya masa mama dan anak anak bergambo gambo kat helikopter tu papa tengok dari kejauhan ajelah ek...Sajalah tu nak mintak simpati papa....
Ambik sebekas tak perasan tu Rul