Friday, April 28, 2017

Yusuf Minggu 15 :: Hidupan Air 🐳🐙

Jumaat, 1 Sya'ban 1438H


Sejak dua menjak ni saya sangat sibuk. Bukan sibuk yang biasa-biasa, malah sudah menjadi super duper SIBUK! Alahai ... ... ... apa yang disibukkan tu, tak payahlah masuk blog...^_^


Minggu ni saja, saya asyik cuti dan kerja half-day saja. Isnin cuti umum, Selasa kerja. Kemudian Rabu cuti semula dek kerana gambar di atas. Tersangatlah penatnya! Cerita tentang ni esok-esoklah masuk blog.

Semalam Khamis, kerja half day sebab membawa kakak Amirah buat IC. Pejam celik pejam celik dah 12 tahun si kakak! Hari ni pun half day lagi. Petang nanti nak ke sekolah KAFA, ada anugerah cemerlang. Amirah dah beriya-iya minta mamanya datang sebab dia penerima anugerah. Tak akanlah tak pergi kan. ^_~.



Hari ini nak up dulu kisah aktiviti Yusuf di taska yang dah lama tertunggak. Gambarnya dah lama terperap dalam draf tapi ceritanya ingat-ingat lupa dah!

Dua minggu lepas, Yusuf berkenalan dengan haiwan air. Tengok gambar jer lah.....


ISNIN - Ikan



Mengecat piring kertas untuk buat badan ikan.


Tunjuk ikan masing-masing. Seekor seorang jer ek!


SELASA - Sotong

Buat sotong daripada cawan plastik. Kaki sotong guna straw.

Memasing tersenyum dapat candat sotong kurita. Teacher hantar gambar ni jer. Gambar tengah mengerjakan sotong tak ada.

- sotong Yusuf -


RABU - exercise main badminton




KHAMIS - counting 1,2,3....


Mari belajar mengira biskut.
Habis kira, ngap masuk mulut....
[pantun 2 kerat] ^_^


JUMAAT - starfish 

- menabur garam berwarna di atas gambar tapak sulaiman -













3 comments:

  1. Baguslah KB..
    Membina kretiviti anak2 ni..
    Sambil belajar..
    Fun ..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik Yusuf tak minta cikgunya gorengkan ikan tu nak makan! Kalau tidak, naya nangis melolong cikgu nanti ^_^

    Apa yang sibuk sangat ni, KB? Kerja pejabat takdalahkan sampai super duper sibuk. Dah tak memangku kerja kawan lagikan? Ke sibuk pening-pening ni? Hah, sekarang jangan. Asal blogger tak muncul aje, lain benda yang muncul! Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, budak2 ni tak diajar aktiviti masak2. kalau tak mahunya diminta gorengkan ikan...hihihi

      ehhh! kalau 'pening' yg itu saya tak sibuk MD. asyik membuta ajer di waktu siang, apa kerja pun tak jalan!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^