Meh main-main dengan serangga pulak. Kita tengok mereka ni takut atau berani ^__^
ISNIN - berkenalan dengan pelbagai jenis serangga
teacher sedang tunjukkan macam-macam jenis serangga. Serangga plastik lah ya. Kalau yang betul, mahu pengsan kena sengat dek lipan!
Sorang-sorang dok pegang pulak. Ikutlah pilihan hati nak yang mana agaknya. Kata teacher, Yusuf suka beno main kelawar.
Masa teacher menghantar gambar dalam group wA, ada juga mak-mak yang geli-geleman nengoknya. Tapi anak-anak relax jer kan. Mama Yusuf pun tengok biasa ajer, tiada perasaan!
SELASA - re-cycle bekas telur jadi semut merah
teacher tengah bagi penerangan agaknya. Semua khusyuk nampaknya tu....
mula mengecat bekas telur.
Masa teacher tengah memotong bekas-bekas telur ni, mulut Yusuf pot-pet-pot-pet bertanya....
"teacher nak buat apa?"
"teacher buat apa tu?"
"teacher nak buat apa?"
"teacher buat apa tu?"
selagi teacher tak jawab, selagi itu Yusuf dok bertanya, ulang-ulang.
Dah siap 5 ekor semut merah.
RABU - fizikal aktiviti, membawa bola ping-pong dalam sudu
JUMAAT - buat ulat beluncas
Yusuf punya ulat yang di tengah-tengah belah atas tu.Macam terputus pulak badan ulat tu eh!
wah banyak xtvt yusof sepanjang minggu ....bagus betul tadika permata ni,kecik2 dah diajar pekara2 yang membuka minda anak2 kecil.
ReplyDeleteKB kenapa takde perasaan lihat haiwan2 kecil tu...ni mesti bukan pengeli kan.
Ye lah kak, saya tak rasa geli pun. Kalau yg real pun takde lah takut atau geli...biasa2 ajer, relax2 ajer ☺
DeleteHebatlah kome, KB takda rasa gentar/geli pun tengok serangga plastic ^_^ Eh, tapi kita pun tak takutlah kalau setakat plastic aje. Kalau betul tu, jauh dah larinya! Dalam banyak-banyak haiwan, kelawar yang Yusuf suka yerk...
ReplyDeleteBagus betul tadika ni tau. Macam-macam aktiviti lepas tu berkongsi cerita dengan ibubapa pulak tu. Kalau emaknya blogger, memang jenuhlah nak update blog dengan aktiviti anak di tadika ^_^ Tak sempat nak cerita lain.
KB, ni nak Tanya... ada berapa banyak uniform tadika ni? Kejap warna lain, kejap warna lain pulak. Anak kita yang bayar mahal tu, satu aje tau uniform, takda kaler-kaler lain! Ni lagilah nak marah!
haha...tu lah kan, katanya kelawar tu Batman, salah satu superhero dia lah tu ^_^
DeleteSejak cikgunya kongsi gambar2 taska, mulalah saya rasa malas nak fikir cerita lain dah. asyik2 cerita Yusuf ajer sepanjang tahun gamaknya. Cikgunya tak tahu emak si Yusuf ni blogger...kalau tahu entah apa lah kata cikgu, habis anak2 org lain pun masuk blog!
uniform dua jer MD, Isnin dengan Rabu saja pakai uniform, hari2 lain pakaian bebas. Ye lah kan, kalau kita bayar mahal2 mesti nak kan yang terbaik. Kalau kes macam Adik tu, saya pun geram baca...Taska Yusuf ni RM50 jer sebulan ^_~
Huish! Janganlah sebut harga. Marah yang dah lama padam, boleh membara kembali tau!
DeleteApa? RM50 aje? Berdebar-debar saya jadinya tau! Tetiba teringat kisah semalam ^_^