Tak tahulah apa sebabnya ya, hari Selasa lepas Yusuf di taska buat DIY jam tangan. Jika diikutkan tema minggu itu ialah makanan dan minuman.
Agaknya, ini sorotan daripada aktiviti minggu sebelum itu kotnya lah. Tak sempat nak buat, bersambung di minggu berikutnya. Apa-apa pun saya tak pernah kisah pun apa saja aktiviti yang dijalankan di taska tu, asalkan anak-anak seronok bermain dan belajar ☺
Teacher dan anak murid sebelum memulakan projek jam tangan. Cikgu tunjuk jari, Yusuf pun ikut sama sambil tersenyum. Mama yang tengok gambar ni boleh tersenyum melihat gelagat si Yusuf. 😊
Proses mengecat kertas gelung tisu dengan warna air. Tekunnya masing-masing! Sudah siap, cat dibiarkan kering dahulu, kemudian anak-anak diberi tiduuuur....😪😪😪
Mesti lena tidur sebab penat mengecat!
Sebelah petang, mereka menyambung tugas yang belum siap - menampal kain felt sebagai muka jam dan dilekatkan pada gelung yang dicat tadi.
Akhir sekali, bila sudah siap bolehlah bergaya dengan jam buatan sendiri. Yusuf ada dua jam di kanan dan kiri tangan sambil tersenyum kambing...hehe
Amboiii dia, melampau! 😀
Everyday they are learning new things.. to challenge their creative mind. Minah Kiwi support this kind of learning
ReplyDeleteMcm2 aktivt taska yusuff, bestnya. Nak buat aktivt ni mesti byk barang, ni taska permata ke?
ReplyDeleteYe kak, taska permata..☺
Deleteamboi bestnya yusof ada 2 jam lagi tu
ReplyDeleteYusof bagi Mak Ti satu..
ReplyDeleteCantiklah jam yusof..
Yusof ada 2 tu 😆
Bestnya! Kecil-kecil dah pandai buat jam ^_^ Memangnya setiap hari/minggu cikgu taska ni hantar gambar anak-anak di taska ke, KB? Bestlah kalau macam ni. Walaupun kita takda di sana, dapat juga mengikuti perkembangan anak-anak. Saya sukalah macam ni, malanglah tadika anak saya takdalah nak buat macam ni!
ReplyDeleteAmboi, Yusuf! Jam sampai dua, kiri-kanan tangan. Pandai tak tengok jam tu? Jam belah kiri tu statik ajekan? Hahaha!
Ohhh jam tangan. ingat jam dinding hihi....
ReplyDelete