Friday, April 14, 2017

Yusuf Minggu 14 :: Majlis Hari Jadi πŸŽ‚πŸŽπŸŽ‰

Jumaat, 14 April 2017, 17 Rejab 1438H


Ini cerita lama. Hari Jumaat April 7, punya cerita.


Disebabkan kemalasan mama Yusuf lambatlah ceritanya masuk blog. Tak mengapalah kan...tak ada guru besar yang nak marah! ^__^

# meja kek

# kek hari jadi untuk 9 orang [Jan - April]
Yusuf pun termasuk senarai lah sebab dia lahir Mac.

Majlis bermula pukul 3:30 petang. Tetapi saya dan seorang lagi mommy datang 15 minit awal dari jadual sepatutnya. Melangkah masuk dengan membawa belon dan kek seperti yang ditugaskan oleh cikgu. Kami terus saja ke dapur dan menyusun belon dan kek. Cantik ke idok kome?...


Waktu ni saya nampak Yusuf dalam kelas tengah bersiap pakai baju. Anak-anak lain ada yang sedang mandi. Menjerit-jerit dalam bilik air bila terpandang mokcik KB masuk bawa belon. Amboi amboi amboi, amboi amboi amboi! ^_~.


Dah siap menghias, sempatlah saya mengambil gambar meja dan kek di atas tu sebelum emak-emak dan anak-anak menyerbu masuk ruang dapur.

Birthday boy pemilik nama Yusuf...hehehe

#1 birthday boys and girls Jan-April
#2 bergambar dengan ibubapa. Ada juga parents yang tak datang...so sad. (-___-)

#1 teachers
#2 makanan -nasi goreng kampung dengan ayam goreng. Minuman -air sirap laici

# anak-anak sedang makan bersama ibubapa dan teachers. Mana yang tiada ibubapa datang, mereka makan dengan kawan-kawan. Di bulan lain, giliran mereka pulak sambut birthday! Fair n square lah kan ^_^

Sesudah makan-makan, anak-anak taska ni ada acara bersama ibubapa. Kami main musical chairs. Gambar takde lah ya sebab saya pun turut sibuk tawaf kerusi dengan Yusuf. Over jugaklah saya sebab emak-emak yang lain rancak bergebang kat tepi dinding!  Bukannya apa, saja nak pastikan si anak dapat kerusi dan tak terkeluar di permulaan acara....haha ^_~

# main musical chairs. [gambar gegar vaganza seperti tangan mengalami parkinson]
Gambar ni saya ambil senyap-senyap dari facebook taska. Jangan tak tahu, saya sudah ada fb...hehehe

Sebelum balik, ada penyampaian hadiah hari jadi kepada anak-anak yang terlibat. Hadiah disampaikan oleh.......ehem, ehem, Mama Yusuf T__T. Maka, lagi sekali gambar Yusuf terima hadiah tak dapat dirakam. Saya dok tunggu kot-kot cikgu nak post kat whatsapp, namun dah seminggu ni nampak gayanya macam nan hado je!

# penyampaian hadiah birthday. Gambar Yusuf terima hadiah tak ada ya tapi Yusuf tetap ada di sisi mama sebagai pengiring. Setia sangat dengan mamanya. ^_^


Jom tengok hadiah yang Yusuf dan kawan-kawannya dapat dari taska...



Tabung duit dengan sehelai facial towel.

Pemilihan dan pembelian hadiah diuruskan oleh ibu yang tak terlibat dengan majlis ni. So, pasrah ajer lah apa yang ibu ni pilih dan saya terima dengan hati yang terbuka. ^_^




p/s: perbelanjaan majlis seperti kek, belon, hadiah adalah menggunakan duit tabung/kutipan bulanan dari ibubapa. Cuma makanan dan minuman saja disediakan oleh pihak taska. HarΓ p maklum! 


# gambar dari fb





7 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY YUSUF N KAWAN2NYA..MERIAH MAJLIS YG BUAT ANAK2 GEMBIRA.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday untuk Yusuf dan kawan2..sekarang ni Yusuf makin happy duduk dekat Taska Permata..banyak perubahan dari hari pertama dia ke sana.. dia dah pandai berkawan dan punyai ramai kawan

    ReplyDelete
  3. Wah meriahnya ada jemput parents sekali, ada musical chair lagi, sporting sungguh.

    ReplyDelete
  4. Wah, meriahnya majlis! Yusuf bukan main handsome lagi dengan bedak penuh di muka ^_^

    Biasalah KB kalau ada majlis untuk anak-anak, mak-mak memang over. Saya pun pernah sekali turut sama menyibuk main musical chairs ni supaya anak-anak saya tak terkeluar awal. Siap dengan lantunan suara gitu, as usual ^_^

    Lepas ni Yusuf boleh start menabunglah ya; tabunglah duit mamanya dulu ^_^

    ReplyDelete
  5. Hihihi..
    Suka sungguh yusof tu..

    Menang ke yusof diakhir muzik chair tu KB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak menang kakT, top 10 ada kot. bila dah tinggal sikit je bebudak yg main, segan pulak saya nak me'round kerusi...^_^

      Delete
  6. Happy Bezday Yusoffff.... rasanya banyak kali dah mokcik ucap hari jadi kat Yusof. Haih.... tak mengapalah kan bukan kena bayo hihi...
    Wahhh bukan calang calang mama Yusof ni. Ala ala dekan dah nampaknya hihi.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^