Tuesday, April 4, 2017

Yusuf Minggu 13 : Makanan Dan Minuman 🍊🍒🍹

Selasa, 7 Rejab 1438 H


Hari ini berkisah aktiviti si comel Yusuf lagi 😊. Janganlah bosan nak mengadap gambar-gambar Yusuf di taska yang melambak ni. InsyaAllah akan dimuat-naik ke dalam blog sampai hujung tahun gamaknya.


Sebab musababnya - satu: mama Yusuf dah malas nak memikir idea untuk menulis. Kedua: gambar Yusuf yang banyak-banyak ni cukup ler nak buat modal entri tiap-tiap minggu! Tempek gambar ajer, tak payah mengarang ayat panjang-panjang. hehe 😁


Minggu lepas, Yusuf datang taska dua hari saja, Isnin dan Selasa. Hari Rabu datang sekejap, lepas tu cikgu minta untuk ambil semula sebab badannya panas sampai 39.1°. Namun, sempat juga mewarna gambar buah ^_~ 


Tema pembelajaran minggu lepas - makanan dan minuman. Macam biasa, tempek gambar ajer, ^_^

ISNIN:- Oren

Makan buah oren

Mewarna gambar oren

Yusuf sedang mewarna dengan khusyuk dan tawaduk

RABU :- mewarna buah strawberry

KHAMIS :- roti & jem

#1 menyapu jem strawberry pada roti
#2 bila roti dah disapu jem, makan ler secara jemaah
Yusuf jangan dicari, ponteng sebab demam

JUMAAT:- menyediakan minuman

Memasukkan carrot ke dalam mesin pengisar
untuk dijadikan jus

Cikgu dan murid-murid
Yusuf takde 😑


Aktiviti hari Selasa, esoklah saya tempek gambar. hihihi T__T










4 comments:

  1. Tetap tekun mewarna yusof wlpn demam..
    Cepat sembuh ye sayang..

    ReplyDelete
  2. Senang kerja berblogging macam ni. Padanlah penuh dengan kisah Yusuf lately ni ya! Hahaha! Bagus juga idea ni.

    Baguslah tadika ni, ajar satu persatu dan share gambar dengan parents. Memang jauh berbeza dengan tadika anak saya yang katanya mahal bebenor tu! Geram!

    ReplyDelete
  3. Ohhh bagi makan dulu buah yg nak di kaler, barulah budak ingat ek. Dapat oren sedap jugaklah nak makan tu. Kalau dapat carrot ada ke budak yg makan tu?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^