Playdough. Kalau aku dulu, panggil plastercine. Zaman adik-adik aku pulak, diorang panggil tanah liat. Entah, tak tahu mana yang tepat. Tapi bendanya adalah sama..Sekarang canggih sikit, mereka sebut playdough. Ikut orang putih!
Gambar kat atas tu, hasil kerja tangan aku sama anak-anak di malam hari. Dah lama berjanji sebenarnya. Selepas buatkan rainbow rice dulu. Sampai la daniel merajuk, baru ada kesempatan nak membuatnya. aduyainyapun! mama busy memanjang...
sumber rujukan resepi, aku dah tak ingat dari mana..aku google banyak-banyak, kemudian aku salin mana yang senang. banyak blog omputih yang buat, tak kurang juga blog-blog malaysia.
Bahan-bahan yang diperlukan. Tepung, garam, pewarna, minyak masak, cream of tartar dan off course..air. Itu saja. Senangkan? cream of tartar tu optional, tak bubuh pun tak menjejaskan kejadiannya.
Sukatannya:
2 cawan tepung
1 cawan garam
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cream of tartar
beberapa titis pewarna
air bergantung kepada kelembutan yang diinginkan
Cara-cara membuatnya:
campurkan tepung + garam + cream of tartar, dan gaul-gaulkan ia. masukkan minyak masak. gaul sampai rata.
masukkan pula air sedikit demi sedikit, sampai ia menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
setelah itu, campurkan pewarna makanan yang diingini. kami buat warna biru, hijau, merah, kuning dan ungu. Warna ungu adalah hasil dari warna biru + merah. Rahsia untuk dapatkan ungu yang cantik, lebihkan warna merah, dan titiskan sedikit saja warna biru. uli, uli dan uli...sampai warnanya sekata.
siap! lima doh pelbagai warna. sedia untuk dimain keesokkan hari.
Nak throwback kisah aku sekolah2 dulu...playdough pada aku sangatlah mahal. hanya anak orang kaya saja yang mampu beli. tak tergamak nak minta mak belikan sebab satu kotak tu mahal sangat dah rasanya...kalau tahu cara buatnya, dulu-dulu lagi aku mintak tolong mak buatkan.
hari sabtu mama kena kerja, anak-anak transit duduk kat rumah opah. bawak playdough main ramai-ramai dengan anak jiran.
bila mama balik, tengok korang tengah main ni
mama : buat apa tuuuuuu?
daniel : potong kopok lekor
budak-budak penuh dengan imiginasi luar batasan. biarkan mereka berimaginasi dan berkreativiti.
oh ye, untuk kegunaan jangka masa panjang, lepas main, letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. aku dah buat dua minggu, masih elok keadaannya.
selamat mencuba.
Bagus lah KB..
ReplyDeleteSelamat anak2 buat mainkan..
Boleh akak cuba nanti ni..